Aku mengeluarkan bekal yang aku siapkan pagi tadi sebelum keluar berkelah di tepi Sungai Han ini bersama-sama mereka. Terdapat bibimbap, kimchi dan beberapa lagi makanan sampingan.
Yunho pula sedang sibuk merakam gambar di kamera digitalnya itu. Memang itu pun yang digilainya sejak dulu. Kamera, kamera, kamera. Tak kamera, permainan video. Itu sajalah.
"Lepastu kita letak ni."kata San kemudian Seunghae menuang segala macam sayur ke dalam bekas nasi itu bersama pes yang aku sediakan. Disebabkan San yang memasukkan pes itu terlalu laju, ia terpercik di pipi Yunho.
Tawa Seunghae, Seungwoo terletus melihat wajah Yunho yang seperti mahu menerajang San di hadapannya itu. Nasib tak terkena kameranya.
"Sorrylah weh aduh. Bekeng semacam muka tu."kata San sebelum mengacau bibimbap itu tanpa mengendahkan Yunho yang masih mahu menumbuknya di situ. Aku tertawa kecil sebelum mencapai tisu daripada beg aku.
"Nah,"
Aku menghulurkan sehelai tisu kepadanya. Yunho menoleh ke arah aku sekilas lalu terus mengambil tisu tersebut.
"Thanks."ujarnya lalu mengelap pes itu dari pipinya. Aku hanya memandangnya lama. Wajahnya masih sama, sama seperti apa yang aku ingat waktu sekolah menengah dulu. Baru saja aku mahu berangan dengan lebih lama, suara San, Seunghae dan Seungwoo bersorak membuat aku menoleh.
Yunho tidak henti menangkap gambar bibimbap yang San sedang agihkan ke dalam mangkuk yang dibawa daripada rumah itu. Seungwoo memberikan sebuah mangkuk kepadaku.
"Terima kasih."
"Sama-sama, kakak."Seungwoo tersengih. Aku mengucup pipinya sekilas. COMEL BETUL!
"Jom makannn!!"
Yunho mencapai sudu dan menghulurnya kepada aku memandangkan tiga ketul manusia di hadapan aku ini sudah mencapai sudu terlebih dahulu. Aku mengambil sudu tersebut dan mula menjamah bibimbap yang disediakan oleh San, Seunghae dan Seungwoo.
"Sedap tak?"soal San. Seunghae dan Seungwoo mengangguk laju lalu tersenyum. Dia memandang ke arah aku yang senyap dari tadi.
"Hyejung ni tak happy ke kita picnic di tepi Sungai Han, cuaca yang redup tambah lagi angin sepoi sepoi bahasa."
"Mana ada. Happy je."balasku laju. Aku menyuap makanan ke dalam mulutku untuk mengelak San bertanya apa-apa lagi soalan. San mengecilkan matanya lalu mengangkat bahu. Dia mengalihkan pandangannya ke arah kembar.
"Lepasni kita main bubble nak?"
"NAK!!"
+++++
Aku memerhati mereka bertiga bermain dengan buih-buih yang besar itu setelah selesai aku mengemas makanan-makanan tadi. Yunho pula hanya bersantai di sebelahku sambil melihat gambar-gambar yang ditangkapnya tadi.
Aku menjeling ke arah kameranya sekilas dan terlihat gambarku sedang mengucup pipi Seungwoo sebelum makan tadi.
"Comel."ujarku memecah kesunyian antara kami berdua. Yunho menoleh ke arahku sebelum tersenyum kecil.
"Siapa? Awak? Memang comel pun."
"Oh please."aku menggulingkan mataku mendengarkan apa yang Yunho kata. Dia tertawa kecil melihat reaksiku sebelum meletakkan kameranya ke tepi.
"So... I think you owe me longggg explanation."
Aku menghela nafas perlahan lalu memandang ke arah Yunho yang sedia memerhatikan aku.
"First of all, I am really sorry that I left you without any explaination."ujarku sambil menyatukan tapak tanganku. Yunho memegang tanganku kemudian menurunkannya.
YOU ARE READING
Babysitter || Choi Seungcheol
FanfictionSetelah kematian isterinya, Seungcheol mengambil langkah untuk mencari seseorang yang dapat menjaga anaknya dengan baik. Semua penjaga sebelum ini tidak memenuhi kriteria dan kehendaknya sebagai seorang penjaga anaknya. Yoon Hyejung, gadis yang baru...