07 || late

73 6 0
                                    

"Kakak,"

Aku yang sedang mengemas buku-buku di atas meja belajar si kembar itu terus menoleh ke arah Seungwoo dengan laju. Dia memuncungkan bibir sebelum memeluk kakiku erat.

"Kenapa Woo?"

"Woo mengantuk."ujarnya sebelum menyandarkan kepalanya pada pahaku. Aku tersenyum kecil lalu mendukung tubuhnya itu.

"Woo kata nak tunggu papa balik?"soalku sebelum membawa Seungwoo ke arah sofa tersebut. Seunghae sudah aku tidurkan di biliknya.
Aku perhatikan selama 5 hari aku bekerja, Seunghae tidur paling awal tetapi Seungwoo mahu tidur selepas papanya pulang.

"Kalau Woo tidur dulu papa tak marah kan?"soalnya pula lalu menyandarkan kepalanya pada bahu aku. Aku menggeleng perlahan.

"Papa tak marah. Papa mesti nak Woo dengan Hae tidur awal. Esok sekolah."balasku sebelum menepuk belakang badannya, berharap Seungwoo akan tidur.

"Kalau papa marah?"

"Kakak marah papa balik. Siapa suruh dia balik lambat."balasku sambil mendodoikan Seungwoo lagi. Seungwoo tersenyum.

"Papa selalu balik lambat. Bau busuk."ujar Seungwoo perlahan. Aku menganggukkan kepala bersetuju dengan kata-katanya.

Betullah daripada apa yang aku perhatikan, Seungcheol selalu balik lewat malam. Bau yang melekat padanya ialah bau alkohol dan rokok. Bukanlah aku mahu membiarkannya tapi takkanlah setiap hari dia balik lambat dan biarkan anak-anak ni tidak terjaga?

Memanglah dia mengupah aku untuk menjaga anaknya tapi mereka juga perlukan perhatian daripada lelaki itu.

Kan?

Lamunanku terganggu apabila terdengar dengkuran halus daripada Seungwoo, aku terus mendaki tangga tersebut dan meletakkan Seungwoo di biliknya.

Dengan perlahan, aku menutup pintu biliknya dan melangkah masuk ke dalam bilikku. Baru saja aku mahu memulas tombol pintu tersebut, kedengaran bunyi kereta masuk ke dalam perkarangan rumah.

Aku melangkah turun dan berjalan ke arah pintu dengan perlahan sebelum membukanya. Kelihatan Seungcheol yang baru sahaja keluar daripada kereta memandang ke arah aku. Bibirnya mengukir senyuman kecil.

"Ingatkan dah tidur."ujar Seungcheol sambil menanggalkan kasut kulitnya. Aku hanya menggelengkan kepala dan menghadiahkannya sebuah senyuman manis. Dia memandangku lama sebelum senyuman kecil terbit di bibirnya.

"Kenapa?"soalku. Seungcheol menggeleng perlahan lalu tertawa halus. Kami melangkah masuk ke dalam rumah itu walaupun soalanku masih tergantung sepi. Setelah aku mengunci pintu rumah tersebut, dia berpusing ke arahku.

"Anak-anak dah tidur ya?"

"Haah, baru saja. Woo nak tunggu encik balik tapi dia dah mengantuk sangat. Em, encik nak air ke? Saya boleh buatkan."

"Boleh juga."balas Seungcheol dan kami terus melangkah ke dapur. Aku membuat air kopi untuknya sementara dia duduk di table top tersebut.

"Your coffee."ucapku sambil meletakkan mug kopi itu di hadapannya. Seungcheol tersenyum sebelum mengucapkan terima kasih dengan perlahan. Aku hanya melihat dia menyisip kopi yang aku buatkan untuknya.

"Awak buat saya teringat mendiang isteri saya."ujar Seungcheol lalu meletakkan mug itu. Keningku terangkat sebelum menelan liur.

"Sorry."

"No it's not a big deal. It just... I feel a familiar feelings when you're around."kata Seungcheol lalu menyisip lagi kopi itu. Aku mengemam bibirku tidak tahu untuk membalas apa-apa.

"Encik rindu isteri encik?"

Seungcheol tertawa kecil sambil menundukkan kepalanya. Jarinya bermain dengan pemegang mug itu.

"Gila tak rindu? Rindu... sangat."

"Is that why you always come home late and drunk?"soalku lagi. Seungcheol mengangkat kepalanya kemudian memandang aku dengan pandangan yang tidak dapat ditafsirkan.

"Is that wrong, Hyejung? I just feel lost when she's not here."

"Tak salah pun, encik. Tapi kalau sampai encik abaikan anak-anak encik, tak luangkan masa dengan diorang, tak best lah macam tu."ujarku dengan berhati-hati. Bimbang dia akan mengamuk tak tentu pasal. Namun, Seungcheol hanya diam.

"Encik, kembar tu dah takda ibu. Janganlah buat diorang rasa diorang takda ayah pula."tambahku lagi sebelum tersenyum kecil. Seungcheol mengangkat kepala memandang aku. Dia mengangguk mengiyakan kata-kataku.

"Thanks, Hyejung. But this is none of your business."

Aku terdiam. Balasannya itu membuatkan aku hilang kata-kata untuk membalas. Mungkin alkohol memberi impak kepada cara percakapannya.

"Saya naik atas dulu."kata Seungcheol sambil mencapai briefcasenya yang berada di atas kerusi. Aku menganggukkan kepala sebelum mengambil mug kopi yang telah habis diminum.

Tak perasan pula dia minum banyak tadi.

Baru saja aku hendak berpusing ke arah dapur, Seungcheol berhenti melangkah dan berpaling ke arahku.

"Hyejung,"

"Saya?"

"Thanks for the coffee. Sedap coffee yang awak buat."ucapnya kemudian mendaki anak tangga ke tingkat atas. Aku menganggukkan kepalaku sebelum tersenyum kecil.

Baik pula tutur bicaranya. Aku menggaru kepalaku sebelum membasuh mug itu dan meletakkannya di tempat cawan biarkan ia kering. Pelik betullah bos aku ni.

Ah sudahlah, dah lewat malam. Baik kau siap siap pergi tidur. Esok terlambat, mau kena jerit dengan bos kau tu.

+++++

Bunyi alarm yang memekik di tepi telingaku mengejutkan aku daripada tidur. Mataku terpisat-pisat cuba untuk melihat waktu yang tertera di skrin telefon itu.

8:41 a.m.

Oh pukul 8:41 pagi.

APA?! PUKUL 8:41 PAGI? MATI AKU MATI MATI MATI MATI MATI! MATILAH KEMBAR AKU BELUM SIAPKAN! HABISLAH AKU KENA PECAT BARU SEMINGGU KERJA SUDAH LAMBAT!

Aku terus mencuci wajahku dan memberus gigi. Tanpa berlengah, aku menyarung hoodie pada badan dan melangkah keluar daripada bilikku.

Kenapa rumah ni sunyi? Aku sudah mula seram sejuk. Matilah aku tak siapkan kembar itu untuk pergi ke sekolah. Aku melangkah turun anak tangga itu dengan laju.

Sampai sahaja di ruang tamu, aku terlihat Seungcheol sedang menyediakan sarapan di meja makan. Dia menoleh ke arahku sebelum mengukirkan sebuah senyuman.

"Good morning, Hyejung."ucapnya tanpa ada nada marah atau tinggi suara. Dia menuangkan susu ke dalam tiga gelas.

"M-morning, encik."balasku perlahan lalu menghampirinya di meja makan tersebut. Dia menarik kerusi itu dan menarik aku supaya duduk. Aku hanya diam dan akur.

"Saya baru ingat nak kejutkan awak lepas siap hidang. Awak duduk sini, saya kejutkan anak-anak."

"Takpalah, encik. Saya pergi kejutkan—"

"No, awak duduk. Biar saya kejutkan anak-anak."kata Seungcheol tegas sebelum membuka apron dan menyangkutkannya pada kerusi.

Aku terkebil-kebil memandang makanan yang terhidang di atas meja makan itu. Wah, tak sangka dia boleh sediakan makanan banyak ini. Aku mencapai gelas yang mengandungi susu itu dan meneguknya sedikit.

Pintu rumah yang diketuk sebanyak 3 kali mendapat perhatianku. Aku terus bangun untuk mendapatkannya. Tanpa berlengah, aku membuka pintu tersebut.

Wajah San yang sedang tersenyum lebar itu menjamah pandanganku. Namun apa yang mendapat perhatianku ialah lelaki yang berada di belakangnya.

Yunho?

#####

Babysitter || Choi SeungcheolWhere stories live. Discover now