"HARI sukan nanti awak tak nak join mana-mana aktiviti ke?" soalnya sambil wajah gadis di sebelahnya itu ditatap lama. Jelas kelihatan gadis itu sedikit pun tidak menunjukkan minat terhadap acara sukan.
"Tak naklah," jawabnya ringkas sambil mengeluarkan buku-buku latihan mata pelajaran bahasa arab dari dalam beg sekolahnya. Dapat dia dengar keluhan kecil oleh sang rakan di sebelah.
"Kenapa? Ada masalah ke?" soalnya dengan wajah beku yang ditayang. Anak mata hazel milik Hana ditenung bersahaja.
"Bukan apa tahu. Kita ada tempoh kurang dari setahun je nak duduk dekat sekolah. Sampai bila awak nak macam ni? Sekurang-kurangnya bersosial la sikit. Tak dengan orang lain pun, dengan saya sahaja cukupla," gumam Hana sambil matanya dijatuhkan ke lantai simen.
Cinta tergelak sedikit lalu kedua-dua tangan Hana di atas meja dia raih laju. Perbuatannya itu membuatkan anak mata Hana kembali memandang ke arahnya.
"Saya minta maaf. Kalau macam tu, nanti saya tengok-tengokkan aktiviti mana yang masih ada kekosongan. Kita join sama-sama. Okey?" Lembut dia berkata seraya segaris senyuman manis ditarik pada wajah.
Serta-merta riak wajah Hana yang tadinya membawa seribu satu kisah hiba kini bertukar teruja seakan tiada hari esok. Membulat bebola matanya. Laju sahaja kepala kecil itu mengangguk sebagai respon akan kata-kata Cinta.
"Dah, jom ke kantin. Nanti ramai pula, tak sempat kita nak beli nasi ayam." Hana bangun dari duduknya lalu kedua-dua tangan diregangkan ke atas. Terasa hilang seketika lenguh yang membebani tubuhnya sepanjang sesi pembelajaran tadi.
"Okey, jom." Sempat Cinta menyimpan kotak pensilnya di bawah meja sebelum kakinya mengorak langkah ke kantin bersama Hana.
"Sebenarnya saya tak ada la lapar sangat tahu, tapi sebab bau ayam goreng ni terus perut saya bunyi," omel Hana sendiri. Cinta tergelak lalu lengan kiri Hana ditampar lembut.
"Itu maksudnya awak memang lapar! Dah, tak payah nak berdalih lagi. Saya dah muak dengar awak punya plan nak diet bagai," ujar Cinta bersilang tawa.
Hana menayangkan senyuman sengetnya. Pipi yang tidak gatal digaru pula. Akhirnya tangan kanan Cinta diraih laju lalu kakinya melangkah menuju ke kantin bersama Cinta.
"Uish, laju eh heret kita?" Cinta masih bersama sisa tawanya. Gelagat Hana sungguh lucu pada matanya, susah sekali untuk tidak ketawa.
"Shh, diam. Saya lapar." Riak wajahnya sengaja dibuat-buat kebuluran. Sekali lagi Cinta tergelak sakan.
Setibanya di kantin sekolah, Hana terlebih dahulu menuju ke kaunter manakala Cinta pula hanya menunggu Hana di tempat duduk paling belakang. Teringatkan roti yang sudah dibawa dari rumah, niatnya untuk membeli nasi ayam kantin serta-merta mati.
YOU ARE READING
Dia Badboy Kiriman Syurga
Teen Fiction﷽ Previously known as : Cinta Milik Fayyadh 𝕭𝖔𝖔𝖐 𝕺𝖓𝖊 𝕺𝖋 𝕿𝖊𝖆𝖗 𝕯𝖗𝖔𝖕 𝕾𝖊𝖗𝖎𝖊𝖘 "𝙄𝙯𝙞𝙣𝙠𝙖𝙣 𝙖𝙠𝙪 𝙢𝙚𝙣𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖𝙞 𝙨𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙨𝙚𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙞𝙣𝙨𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙚𝙣𝙜𝙠𝙖𝙪 𝙝𝙖𝙙𝙞𝙧𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙞 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥𝙠𝙪 𝙨𝙚...