𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 '𝟎𝟕

395 63 52
                                    

CINTA langsung tidak berganjak, sengaja membiarkan anak mata mereka saling menatap, lama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

CINTA langsung tidak berganjak, sengaja membiarkan anak mata mereka saling menatap, lama. Masing-masing masih lagi menayangkan wajah ketat.

"Kau ni nak masuk toilet ke tak nak?" soal Fayyadh senada. Cinta menggulingkan bebola matanya ke atas, tanda menyampah akan sikap selamba Fayyadh itu.

Tombol pintu kemudiannya dipulas lalu kaki melangkah masuk ke dalam tandas. Belum sempat tubuh itu memasuki ke dalam ruangan tandas, wajah Fayyadh sekali lagi dipandang.

"Terima kasih," ucapnya dengan nada yang agak tidak ikhlas namun tetap sopan. Tanpa menunggu sebarang respons dari Fayyadh, Cinta terus menutup daun pintu.

"Huh, acah." Fayyadh gumam sendiri sebaik sahaja kelibat Cinta hilang dari pandangan. Sejujurnya, diri itu masih malu untuk menghadap seketul Cinta Nur Athifa. Tetapi apakan daya, ego!

Ting!

Bunyi notifikasi dari aplikasi WhatsApp itu membuatkan dia lantas mencapai telefon pintarnya dari dalam poket seluar.

"Mamat ni nak apa pula dari aku," omelnya saat nama Luthfi terpapar pada bahagian atas notifikasi itu. Malas hendak melayan, Fayyadh kemudiannya tutup telefon pintar miliknya lalu menyimpan semula di dalam poket seluar.

Rasa dahaga yang ditahan semenjak tadi membuatkan dia terus ke dapur. Suasana sibuk di dapur membuatkan kehadirannya tidak terlalu menonjol. Sebuah gelas seramik dicapai lalu mesin penapis air yang sedikit jauh dari kawasan dapur menjadi pilihannya.

Mujur ada dua mesin air di rumah itu. Jika tidak, buntu jugalah dia. Mesin air di dapur itu tadi sungguh penuh dengan cawan-cawan yang belum dibasuh, membuatkan dia berasa geli.

Jeda, kerusi kecil yang terletak di sebelah mesin air itu ditariknya sopan. Sempat dia melabuhkan punggungnya terlebih dahulu sebelum segelas air itu dia titip pula.

Usai menghilangkan rasa dahaga, dia kemudiannya meninggalkan kawasan tersebut. Niatnya ingin keluar semula, dia perlu terus berada di bahagian menyambut tetamu meskipun sekarang sudah ramai yang pulang.

Jika tidak ada tetamu sekalipun, setidaknya ada kerja yang mampu dia tolong di luar sana.

Bunyi flush yang baru sahaja ditarik talinya itu didengari dari dalam bilik air. Fayyadh tersentak seketika namun dia endahkan sahaja dan lalu di hadapan bilik air itu dengan selamba.

Sebaik sahaja figura Fayyadh Aldari melepasi bilik air, terdengar pintu bilik air dikuak dari dalam.

Entah kenapa, automatik kepala jejaka itu berpaling ke belakang kerana ingin melihat siapakah gerangan yang baru sahaja keluar dari bilik air itu. Dia cuma ingin tahu sama ada Cinta sudah pulang ataupun tidak, itu sahaja.

Hutang maafnya terhadap gadis itu masih belum dilangsaikan.

"Kau dah kenapa?" soal Cinta kasar saat Fayyadh berpaling ke belakang, membuatkan anak mata mereka bertaut.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 11 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dia Badboy Kiriman SyurgaWhere stories live. Discover now