𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 '𝟎𝟒

460 80 129
                                    

"MAKSUDNYA betul la?" soal pelajar perempuan yang tadinya takut-takut menyoal Cinta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"MAKSUDNYA betul la?" soal pelajar perempuan yang tadinya takut-takut menyoal Cinta. Kini riak wajahnya berubah terkejut. Cinta meraup wajahnya lembut. Nafas dihela dalam sebelum dia kembali menabur kata.

"Saya dengan Fayyadh, tak ada apa-apa. Kami berkawan pun tak," jawab Cinta tenang juga diselit nada tegas, meyakinkan mereka bahawa dia dan Fayyadh langsung tidak ada sebarang hubungan.

Kini pelajar perempuan yang beruniform pengawas perpustakaan itu menyiku lengan rakannya di sebelah. Pelajar itu tersentak lalu dia dongak sedikit, memandang rakannya yang tampak kasar itu.

"Um, betul?" soalnya seraya anak mata kembali menatap wajah Cinta. Cinta tergelak hambar.

"Betul la, buat apa saya tipu pula..." Entah mengapa, dia dapat rasakan pressure yang tinggi, cuma membebani lagi seketul dirinya itu.

"Oh, okey. Tak apalah kalau macam tu, kami balik kelas dulu ya. Maaf sebab ganggu." Sopan gadis itu meminta izin untuk mengundur diri. Cinta tersenyum nipis lalu kedua-dua pelajar perempuan itu beredar pergi.

"Kenapa?" soal Hana tatkala Cinta kembali ke tempat duduknya. Wajah Cinta yang kelihatan serabut dia pandang lama.

"Saya tak tahulah..." Pasrah dia menjawab. Hana masih bingung. Buku latihan matematik di tangan sudah ditutup lalu dimasukkan semula ke dalam beg sekolahnya.

"Tiba-tiba saya rasa malas nak tayang muka hari ni. Nanti rehat awak sajalah keluar ke kantin, saya nak duduk dalam kelas aje." Senada Cinta melontarkan kata-katanya.

"Kenapa ni? Apa dua orang tadi cakap dekat awak?" soal Hana tidak berpuas hati. Kedudukan kerusinya diatur selesa sebelum tubuh badannya dipusing separa menghadap Cinta.

"Ada ke patut dia orang tanya saya, saya dengan Fayyadh tu couple ke?" Kepala ditundukkan sedikit, dibiarkan telapak tangan kanannya mengampu dahi mulusnya itu.

"Hah? Dah kenapa pula?" Riak wajah Hana mula menayangkan reaksi geli dan menyampah. Nama jejaka itu sungguh boleh merosakkan mood mereka.

"Entahlah, Hana."

Kerutan di dahi Hana masih setia menghiasi wajah. Apa yang telah berlaku sehinggakan dua orang pelajar perempuan tadi bertanya sedemikian?







"LUTHFI, kau nak pergi mana?" Terhenti langkah jejaka berkaca-mata itu saat panggilan Thaqif mengetuk gegendang telinga. Tubuh badannya dipusing separa ke belakang.

"5 Orked." Sepatah Luthfi menjawab. Kaki kembali membuka langkah namun soalan kedua Thaqif sekali lagi menyekat perjalanannya.

"Nak buat apa?"

"Bincang pasal hari sukan nanti."

"Eh? Dengan siapa?" Kini Luthfi menayangkan senyuman menjengkelkan ke arah Thaqif. Sudahlah tengah sibuk, boleh pula dia tanya macam-macam.

Dia Badboy Kiriman SyurgaWhere stories live. Discover now