TANPA sedar air mata sudah mula membasahi pipi. Dia terlalu terkejut untuk menangani situasi ini. Melihatkan keadaan Cinta, Fayyadh tergelak sinis.
"Alolo, nangis pula sayang saya ni." Pipi Cinta selamba disentuh membuatkan Cinta pantas mengundur ke belakang. Fayyadh tersenyum sumbing.
"Kau pilih la. Nak aku mula dari mana, dari atas atau..."
"Sudahlah!" teriak Cinta kuat membuatkan Fayyadh tersentak. Terdiam sejenak jejaka itu. Figura Cinta ditenung lama.
"Awak fikir saya ni apa hah? Awak boleh sentuh sesuka hati? Awak boleh takutkan saya dengan ayat-ayat awak? Awak fikir awak hebat sangat ke buat dekat kaum hawa macam ni!" Gagah dia sambung melenting meskipun tangisan mula berjurai. Tersekat-sekat suaranya kerana marah dan takut bercampur-baur.
"Saya cuma buat benda yang betul, apa lagi yang awak tak faham? Cikgu Melati singkirkan awak pasti ada sebab. Awak ni bodoh tahap apa sampai semua benda yang awak tak puas hati, awak nak kaitkan dengan benda kotor? Otak awak dah rosak ke? Rasa hormat awak mana? Hilang dah ke rasa malu tu!"
Fayyadh kehilangan diksi. Cinta yang tidak henti menabur kata setajam pisau itu sungguh membuatkan dia terdiam seribu bahasa. Perlahan-lahan Cinta bangun berdiri, merenung tajam wajah Fayyadh Aldari.
"Awak memang tak layak ada dalam sekolah ni. Sekolah ni untuk didik pelajar jadi manusia. Tapi awak? Jadi setan pula." Mendatar Cinta berkata, sedikit perlahan pada akhirnya namun masih mampu didengari Fayyadh.
Jeda.
Fayyadh kekal diam, wajah yang tadinya berlagak gangster kini terlihat polos. Terkebil-kebil jejaka itu dibuatnya. Wajah Cinta sememangnya memaparkan reaksi marah yang amat.
Setelah beberapa detik mereka diam membiarkan mata mereka bertaut lama, Cinta akhirnya mengambil langkah untuk keluar daripada kelas itu. Beg sekolahnya yang berada di luar kelas dicapai pula.
Sedikitpun dia tidak menoleh buat kali terakhir ke arah Fayyadh yang masih dibiarkan termangu di dalam kelas itu. Cinta kemudiannya meneruskan langkah untuk pulang ke rumah.
Dia masih kekal di situ, terduduk di atas lantai simen yang sudah mula kelihatan hijau kerana berkulat sedikit. Kata-kata Cinta masih bermain di fikirannya.
Aku memang...
Seteruk itu?
SEBAIK sahaja lafaz salam dilontarkan, pintu kemudiannya ditutup rapat. Sempat dia menghela nafas lega sebelum kaki meneruskan langkah menuju ke bilik tidurnya.
"Baru balik ke?" tegur Adlee yang baru sahaja menuruni anak tangga yang terakhir. Anak mata mereka bertaut seketika lalu Cinta menarik segaris senyuman nipis di wajah.
"Ya," jawabnya ringkas. Dahi Adlee mula menampakkan garisan halus.
Kaki dibawa terus menghampiri figura Cinta, menghalang perjalanannya yang ingin menaiki anak tangga. Cinta kemudiannya memandang wajah Adlee penuh hairan.
YOU ARE READING
Dia Badboy Kiriman Syurga
Teen Fiction﷽ Previously known as : Cinta Milik Fayyadh 𝕭𝖔𝖔𝖐 𝕺𝖓𝖊 𝕺𝖋 𝕿𝖊𝖆𝖗 𝕯𝖗𝖔𝖕 𝕾𝖊𝖗𝖎𝖊𝖘 "𝙄𝙯𝙞𝙣𝙠𝙖𝙣 𝙖𝙠𝙪 𝙢𝙚𝙣𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖𝙞 𝙨𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙨𝙚𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙞𝙣𝙨𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙚𝙣𝙜𝙠𝙖𝙪 𝙝𝙖𝙙𝙞𝙧𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙞 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥𝙠𝙪 𝙨𝙚...