BAB 5

1K 35 0
                                    


" Saya nak minta maaf dekat awak sebab saya tinggalkan awak, mama, papa. Saya balik semula sebab saya nak perbetulkan balik kesalahan saya dekat awak, dekat semua orang."

Aku langsung tak memandang wajahnya. Nada aku juga mendatar. Bukannya aku balik sebab Riz, tapi sebab aku nak jelaskan perkara sebenar pada Mama dan Papa tentang Aryan.

" What?. Kau minta maaf?. Ouh, kau dah lari pergi negara orang, mengandung tanpa aku tahu lepas tu kau balik sini balik, nak minta maaf?. Wah.. senangnya hidup kau, Najwa?."

Riz bersandar di dinding sambil memeluk tubuh. Wajahnya begitu sinis ditambah lagi dengan sengihan mengejeknya.

" Saya tahu saya salah. Sebab tu saya minta maaf. 

Aku berdiri jauh daripada Riz sambil tangan digenggam bersama. Sejujurnya, aku gementar bila berduaan dengan dia dalam bilik tetamu ni. Aku masih tak boleh lupakan apa yang dia dah buat dekat aku dulu. Masih terngiang ngiang dalam otak aku ni.

" Semua orang pernah buat salah. Lagipun saya buat semua ni sebab saya terpaksa. Awak nak perkahwinan kita ni rahsia. Bila saya mengandung, awak tak fikir yang paparazzi tu semua sibuk nak cari siapa bapak anak saya?. Awak tak risau ke dengan reputasi yang awak sayang sangat tu?. Takut takut tak terkenal lagi?."

" Habis tu, kau nak cakap ni semua salah aku lah?. Kau tu pun sibuk dengan modeling kau. Kau pun jaga reputation kau jugak lah."

Riz membidas kata kata aku, masih tak mahu mengalah. Dia yang cuba untuk salahkan aku sekarang ni. Aku mula tercabar dengan kata katanya. Dengan keberanian yang tiba tiba muncul, aku menghampiri Riz.

" Awak ingat saya ni macam awak ke, selfish!. Saya tak kisah pun pasal tu semua. Saya boleh je mengaku dekat wartawan tu semua yang anak saya tu, anak awak!."

Aku meninggikan sedikit suara aku, berani bertentangan mata dengan Riz.

" Kau pasti ke budak yang kau bawa balik tu anak aku?."

Terbeliak mata aku mendengar ayatnya. Tangan sudah bersedia untuk menampar pipi Riz tapi niat aku terkubur apabila aku terfikir untuk bersabar di saat saat ini.

" Awak bodoh ke?. Awak ingat awak ni siapa?. Awak lupa ke apa yang awak dah buat dekat saya?."

Aku mendekati Riz tanpa sebarang perasaan takut. Dia hanya tersengih jahat.

" Tak semestinya aku orang pertama, budak tu anak aku. Boleh jadi kau cari jantan lain dekat sana."

" Riz!."

Aku mencengkam baju di bahagian dadanya. Dia betul betul dah melampau kali ni.

Riz nampak sedikit terkejut tapi dia segera memadam riak wajahnya. Aku dah penat nak berlembut dengan dia. Walaupun Riz suami aku, tapi aku tak boleh biarkan dia cakap apa saja yang dia suka.

" Saya tak murah macam yang awak cakap ni lah. Sampai bila bila pun, Aryan tu anak awak. Walaupun awak nak nafikan benda tu, darah awak mengalir dalam badan dia." 

Aku melepaskan genggaman dan berlalu menuju ke pintu.

" Aku nak tengok sampai mana kau boleh bertahan, Najwa."

Belum sempat aku melangkah keluar, ayatnya membuatkan kaki aku berhenti melangkah.

" Kalau awak nak ceraikan saya, saya tak kisah. Even awak nak gantung saya tak bertali, saya tak bantah. Cuma satu je saya nak awak tahu, Aryan anak awak yang sah."

Tanpa memandangnya, aku terus keluar. Walaupun aku terpaksa sakitkan hati aku sendiri, tapi itu yang terbaik.

" Najwa minta diri dulu mama, papa."

TAK SEMPURNAWhere stories live. Discover now