BAB 37

878 19 0
                                    

Aku melilau, mencari kelibat Hairi dan Hairyn

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku melilau, mencari kelibat Hairi dan Hairyn. Mana pula diorang berdua ni?. Kata nak keluar makan. Cuaca yang terlampau panas menyakitkan kulit aku. Terasa dibakar.

" Kak Najwa!."

Aku tersenyum apabila Hairyn berlari anak menghampiri aku. Hairi di belakang mula mengejar langkah adik kembarnya. Aku berpelukan dengan mereka berdua.

" Sorry kak. Hairi teman Hairyn jumpa pensyarah, tu yang lambat."

Aku menggeleng perlahan. Spek mata hitam aku tanggalkan. Terasa Rimas pula.

" Tak apa. Jom, akak belanja korang makan."

Aku tersenyum lebar. Mereka mengangguk dan kami bertiga masuk ke dalam kereta untuk ke restoran yang aku dah plan daripada awal lagi.

Sedang aku menuju ke pagar, tiba tiba seorang wanita melintas di hadapan kereta aku sebelum aku sempat menekan brek kecemasan.

" Ya tuhan.. siapa pula yang melintas tadi?."

Aku yang kekalutan segera membuka pintu kereta diikuti mereka berdua. Mata aku terbeliak sedikit apabila melihat perempuan tadi terduduk di tar. Apa aku dah buat ni?.

" Dik, awak okay?."

Aku cuba membantunya tapi dia menepis tangan aku kasar. Dia berdecit sebelum memberi aku renungan tak puas hati.

" Kau ingat kau siapa nak langgar aku?!. Kau buta ke tak nampak aku melintas?."

Dia menjerkah aku kuat. Pelajar pelajar dan guard yang berhampiran mula berkumpul untuk melihat apa yang terjadi.

" Tapi kau yang melintas tiba tiba kan?."

Hairyn berdiri di hadapan perempuan tadi. Aku melihat sikunya yang terluka sedikit.

" Cik okay?."

Dua orang guard menghampiri aku. Aku mengangguk.

" Aku tak kira. Sekarang ni, aku nak report polis, biar kau meringkuk dalam penjara!."

Perempuan tadi berdiri dan memandang aku tak puas. Ada yang menangkap gambar dan ada yang berbisik bisik.

" Ryn kenal dia?."

Hairi dan Hairyna terdiam sebelum mereka menoleh ke arah lain. Aku pelik. Diorang takkan tak penah nampak dia dalam U ni?. Sekurang kurangnya sekali?.

" Dia tu lah anak ayah."

Hairi bersuara perlahan. Aku terdiam. Perempuan yang berjalan sambil dibantu kawan kawannya aku pandang. Budak perempuan tu... anak ayah?. Aku tak tahu nak cakap apa. Terasa dunia ni terlalu kecil.

***

" Saya tak perasan yang adik ni melintas dan waktu tu, saya bawa dalam kelajuan yang sederhana. Jadi bukan salah saya"

Aku menjelaskan apa yang terjadi di hadapan ketua pengarah Universiti ini.

Dia mengangguk faham sebelum dia memandang perempuan di sebelah aku.

TAK SEMPURNAWhere stories live. Discover now