BAB 36

927 21 0
                                    

NAJWA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NAJWA

Aku hanya berjalan tanpa menghiraukan pandangan yang diberikan. Aku kena cepat untuk sampai ke studio.

Aku mencari kelibat Nadia di cafe tapi dia tak ada di sini. Selalunya kalau aku sampai, dia memang akan ada dekat sini.

Dia tak sampai sampai lagi ke?. Beberapa orang model yang bekerja di bawah satu syarikat dengan aku berbual sambil memberikan aku pandangan menjengkelkan.

" Macam mana dia boleh jadi isteri Hafreez tho?."

" Entahlah. Hafreez tu hot kot. Dia ada apa je?. Nak kata cantik, I'm better."

" Guna cara kotor lah tu. Tiba tiba hilang, tiba tiba ada anak and tiba tiba je mengaku isteri orang."

Aku hanya memekakkan saja telinga. Kalau balas balik sekalipun, tak ada guna. Aku hanya menambahkan kekusutan dalam kepala. Telefon aku keluarkan, mencari nombor Nadia.

" Hey what's up. Sorry Najwa, aku lambat sikit. My mom ni, buat hal pula nak suruh aku teman dia pergi mall. Aku baru balik ni. Kau dah sampai ke?." 

Tegur Nadia riang. Aku tersenyum kecil.

" Ouh ya ke?. Dah, aku dah sampai. Tak apalah. Take your time. Aku ada dekat cafe." 

Aku mampu merlihat jelingan dan renungan mereka seolah olah haya aku saja dekat sini yang boleh diperhatikan. Dengan keluhan, aku mengalihkan pandangan ke arah lain.

" Okay. Tunggu aku dekat sana, aku on the way. Bye." 

Aku mengangguk dan segera memutuskan panggilan. Aku bangkit untuk ke kaunter. Daripada jauh, aku nampak Luth yang baru selesai bayar.

Aku tersenyum ke arahnya. Dia cuma tersenyum kecil dan berlalu meninggalkan cafe. Aku yang baru nak melambainya, segera menurunkan tangan. Aku mengeluh lagi dan terus melangkah ke kaunter.

Dia semestinya dah tahu pasal aku dengan Hafreez. Mungkin dia marah dengan aku sebab rahsiakan pasal benda ni dengan dia, manager aku sendiri. Aku kena biasakan diri dengan suasana yang baru ni.

Selepas lama menunggu, Nadia berlari anak mendapatkan aku yang sudah tersenyum. Nadia duduk di hadapan aku sebelum matanya memandang sekawan model tadi.

" Kau nak aku smack down diorang tak?."

 Nadia memandang aku meluat. Aku cuma tersenyum dan menggeleng. Dia buat lawak ke apa?.

" Tapi aku tak sangka weyh. Kan aku dah cakap, dia memang nak beritahu orang ramai pun pasal kau dengan dia." 

Nadia tersenyum suka. Aku dengan dia dah berbual pasal benda ni semalam.

" Entahlah. Aku tak boleh terlalu gembira sangat sebab tengok lah. Dengan cara diorang, buat aku tak selesa betul. Mungkin lagi bagus kalau hubungan aku dengan Riz disembunyikan."

TAK SEMPURNAWhere stories live. Discover now