BAB 63

904 16 0
                                    

Aku mendukung tubuh Aryan yang semakin lama semakin berat sampai aku tak boleh nak handle lagi. Tapi nak buat macam mana, budak ni manja sangat. Dia memang selalu minta didukung.

" Nenek!."

Aku meletakkan Aryan ke bawah sebelum dia berlari menuju ke dapur, mencari mama. Aku hanya tersenyum melihat telatah dia. 

Aryan memang selalu duduk sini dengan mama kalau aku ada photoshoot. Dia rapat dengan mama sejak kecil lagi, jadi memang sini tempat kesukaan dia.

" Mama?."

Aku menegur mama yang sedang mendukung Aryan. Dia tersenyum ke arah aku sebelum tangannya aku kuncup.

" Najwa dah nak pergi kerja ke?."

Mama berdiri membawa aku ke ruang tamu. 

" Ya, mama. Kenapa mama tanya?."

Mama tersengih lebar sebelum dia memegang tangan aku. Kalau mama senyum senyum ni, ada maksud lah tu.

" Macam ni. Sebenarnya, kawan mama invite keluarga kita pergi dinner dekat hotel sempena birthday dia. Mama ajak keluarga Zayyan sekali. So, mama nak ajak Najwa sekali. Najwa boleh join sekali kan?."

Mama sudah memberi riak wajah memujuk. Aku terdiam sebelum berfikir sejenak. Aku tak ada apa apa aktiviti malam ni jadi mungkin tak ada masalah kalau aku ikut.

" Insya Allah mama. Tengok lah malam ni macam mana."

Mama tersenyum sebelum dia memegang bahu aku.

" Tonight is the most important night for you, Najwa. Mama harap sangat Najwa datang ikut mama. Pasal dress tu semua, mama dah pilih kan untuk Najwa. Okay?."

" Tapi—."

" Dah, Najwa nak pergi studio kan?. Nanti lambat pulak. Pasal Aryan, Najwa jangan risau, mama dengan mak Jah boleh jaga. Bye."

Mommy menolak perlahan tubuh aku menuju ke luar pintu. Aku semakin pelik. Belum sempat aku bertanya soalan, mama sudah melangkah ke dapur semula. Aku hanya berdiri terpinga pinga.

" Apa kaitan malam ni dengan aku?. Dinner kawan mama tapi penting untuk aku?. Riz balik ke malam ni?. Tapi tak mungkin lah. Dia balik hujung bulan ni."

Aku menggaru kepala, pelik. Birthday mama ke malam ni?. Tapi dah lepas. Papa?. Tak jugak. Apa ya?.

Sampai ke studio aku sibuk berfikir apa yang penting buat aku malam ni. Aku nak dapat adik ipar ke?. Tapi tak akan lah!. Semakin lama aku berfikir, semakin mengarut otak aku ni pergi.

" Haih, termenung ke?."

Aku segera tersedar daripada lamunan apabila Zayyan tiba tiba menegur. Aku tersenyum terkejut, tak percaya aku boleh terserempak dengan dia dekat sini.

" Eh Zayyan. Kau buat apa dekat sini?."

Kalau aku datang studio, dia memang jarang ada dekat sini. Dia ada dekat atas je. Tak sangka betul.

" Aku ada meeting dengan Bod kejap la dekat area sini. Kau tu, awal sampai?. Bukan ke photoshoot tu pukul 3?."

Aku mengeluh kecil. Mana taknya. Aku fikirkan jalan yang sesak nanti, itu ini. Sebab tu aku datang awal.

" Saja, elak jam. Eh, aku ada terlepas apa apa yang penting ke hari ni?."

Aku memandang Zayyan dengan pandangan ingin tahu. Dia pula hanya berkerut kening, juga sibuk berfikir.

" Dr. invite aku dengan yang lain pergi majlis kawan dia. Aku rasa kau pun dah tahu."

Zayyan tersenyum. Aku laju mengangguk sebab mama baru beritahu aku tadi. 

TAK SEMPURNAWhere stories live. Discover now