BAB 65

2K 34 0
                                    

" Mommy, tengok ni!."

Aryan yang berada di persisiran pantai itu menjerit memanggil aku, mahu aku melihat istana pasir ciptaannya itu. Dia terlalu gembira sehingga senyumannya melebar ke telinga.

 Aku yang sedang duduk di pasir pantai beralaskan kain lebar hanya tersenyum. Aryan ditemani Hairi dan Hairyn di sana, jadi aku yang malas nak bergerak hanya duduk memerhatikan mereka.

Memandangkan hujung tahun, Hafreez yang rancang nak bawa aku dan yang lain berkelah. Aku ikutkan saja. Adik adik aku tu pun memang suka ke sini, tenang katanya.

Hafreez  yang menemani aku daripada tadi tertawa saat melihat Aryan yang berkejaran dengan Hairi di sana. Budak tu terlalu lincah, semangat betul. Hafreez duduk di sebelah aku sambil matanya kekal memerhatikan Aryan.

" Suka betul Aryan dapat main dekat sini."

Aku tersenyum memerhatikan Aryan yang masih leka di sana. Rasa seperti semalam saja aku bawa dia pulang Malaysia. Dan terasa baru semalam saja aku lahirkan dia. 

" Dia lagi teruja nak tunggu adik dia keluar."

Hafreez tersengih sebelum tangannya naik mengusap perut aku yang sudah mula membentuk. Dia tersenyum dan lantas menghadiahkan sebuah ciuman di perut aku.

" Anak daddy ni cepat besar ya?. Jangan buli mommy tau?."

Aku tertawa kecil melihat Hafreez yang sedang berbual dengan anaknya itu. Selepas beberapa kali buat pemeriksaan, aku dan Hafreez bakal dapat anak lelaki bulan 2 ni. 

Siapa sangka, rezeki untuk kami datang sekarang. Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kami berdua. 

" Kita nak namakan dia apa?. Yang penting, daddy nak letak nama belakang dia Iskandar. Nama depan mommy pilih, daddy tak kisah."

" Awal lagi nak dipilihnya. Waktu Aryan dulu pun, dah lahir baru lah Mommy fikir."

Aku tersenyum memegang tangan Hafreez yang masih memegang perut aku. Aku langsung tak buat apa apa persiapan untuk Aryan, Nadia yang banyak bantu aku dulu. Buat aku rasa bersalah sampai sekarang.

Hafreez menukar posisinya menghadap aku. Dia menarik tangan aku sebelum dikucupnya lembut.

" Daddy janji, daddy akan jaga mommy sampai bila bila. Daddy tak akan biarkan mommy lalui benda yang sama waktu mommy lahirkan Aryan. Daddy minta maaf—."

" Daddy... kan mommy kata jangan ungkit lagi benda ni?. Mommy dah lupakan semua tu."

Aku segera menggelengkan kepala, tak mahu dia terus rasa bersalah. Semua tu mengajar aku dan dia untuk memperbetulkan kesilapan kami. Semua tu banyak ajar aku untuk jadi lebih matang. 

 Hafreez masih menatap wajah aku sebelum dia tersenyum. Dia menoleh ke arah mereka sebelum dia menoleh ke arah aku semula. Dengan sengihan, wajah aku dia tarik dan dikuncupnya bibir aku.

" Present for you sebab mommy sudi jadi isteri daddy. Daddy nak mommy tahu yang daddy sayang mommy."

Pipi aku dia usap lembut. Angin bayu meniup rambut aku, sungguh tenang. Aku tersenyum lega sebelum meletakkan tepi kepala aku di bahunya. 

" Mommy pun sayang daddy, lebih daripada segalanya. Mommy tak boleh bayangkan hidup mommy ni tanpa daddy. Daddy first love mommy tau."

Lengan Hafreez aku peluk tak lepas. Dia tertawa seakan tak percaya dengan kata kata aku. Maklum lah, aku ni tak pandai sangat nak bercinta. Bila dah jatuh cinta tu, memang lain macam.

" Walaupun mommy bukan first love daddy, tapi mommy tetap the best.."

Kepala aku diusapnya dengan penuh kasih sayang. Jika orang lihat hubungan aku dengan Riz waktu awal awal dulu, tiada sesiapa yang akan jangka semua ni akan berkekalan di akhirnya?. 

Aku juga tak sangka. Aku cuma nampak perpisahan saja jalannya. Tapi Allah tahu apa yang terbaik. 

Tak akan aku sia siakan Hafreez. Dia jantung dan hati aku untuk selamanya.

" Mommy selalu doa supaya anak kita lahir dengan selamat. Supaya dia dapat tengok muka handsome daddy dia ni."

Aku mengusap pelahan perut aku yang sudah mencecah 7 bulan. Aku tak sangka yang aku mengandung kali ni. Banyak kali juga lah aku buat pregnant test tapi tak ada satu pun yang sangkut. 

Tapi Tuhan tak kejam dengan hambaNya yang sentiasa berusaha dan berdoa. Aku akan bakal dapat seorang lagi anak lelaki. Sungguh aku tak sangka. Hanya Allah saja yang tahu betapa terujanya waktu aku dapat tahu.

Hafreez jangan cakap lah. Dia punya menjerit sampai jiran sebelah dengar. Dia memang berharap untuk dapat seorang lagi anak lelaki. Dia tak lepaskan aku satu malam tu.

Entah lah, aku tak tahu apa yang aku rasa selain bahagia. Aku mengidamkan kebahagiaan ini. 

" Lepas ni, kita try kembar pulak."

" Amboi, kembar terus eh?."

Aku mengangkat kepala aku memandang Hafreez yang sudah tersengih menyakat itu. Dia memang suka sangat bergurau benda benda macam ni. Suka lah tu buat aku malu.

" Kalau turn daddy pulak yang mengandung, mommy okay je. Hari hari pun mommy tak kisah."

" Eh, macam tu pun boleh?!."

" Boleh lah!."

Aku tak mampu menahan ketawa saat melihat wajah Hafreez begitu. Dia juga turut tertawa melihat aku yang tak mampu menahan tawa. Terberanak juga aku dekat sini nanti. Siapa yang nak bawa aku pergi hospital?. Dia juga.

" Daddy, baby gerak!."

" Hah?. Mana mana?."

Aku yang dapat merasakan pergerakan bayi segera menarik tangan Hafreez dan diletakkan di tepi perut aku. Hafreez yang turut teruja sudah terbeliak mata.

" Baby bergerak lah mommy!."

Hafreez tertawa apabila dia juga dapat merasakan pergerakan anaknya yang semakin hari semakin lincah di dalam rahim aku.

Melihat kami berdua yang sedang tertawa, Aryan segera berlari mendapatkan aku.

" Aryan, tengok adik ni."

Aryan yang terkejut itu segera duduk bersimpuh di sebelah aku. Aku tak mampu melihat wajah terkejut Aryan. Ini kali pertama dia dapat tengok adik dia bergerak gerak. Suka betul dia.

" Adik bergerak lah mommy!."

Aku mengusap kepala Aryan yang masi memegang perut aku. Serupa betul dia macam daddy dia. Aku tak tahu lah bila anak ni lahir, mereka berdua sanggup nak jaga atau tak. 

TAMAT




TAK SEMPURNAWhere stories live. Discover now