BAB 8

919 24 0
                                    


Aku memandang gambar setahun yang lepas. Gambar Riz dan seorang perempuan bernama Emilyn. Mereka berdua tersenyum riang sambil berbaring di atas katil entah milik siapa.

Gambar ni aku masih simpan sampai sekarang dan hati aku masih sakit mengenangkan gambar ni. Bodoh kan aku?.

Siapa perempuan ni?. Aku tahulah dia ni kekasih sejati Riz tapi siapa dia yang sebenarnya?. Dia tahu yang aku dengan Riz kahwin paksa tapi kenapa dia mesti nak tunjuk gambar gambar ni?.

" Kak!."

Aku menoleh ke belakang sebelum aku tersengih lebar. Aku berdiri dan memeluk mereka berdua. Adik kembar aku. Hairi dan Hairyn.

" Ya Tuhan adik adik akak!."

Aku mengusap atas kepala mereka. Rindu aku dekat adik adik aku macam gunung. Memuncak ke langit. Dah lama aku tak jumpa diorang.

" Macam mana belajar, okay?."

Mereka duduk di sofa berhadapan dengan aku. Aku tengah tunggu pihak management untuk bincang pasal kontrak aku. Tak sangka boleh jumpa diorang dekat sini. Memang niat aku nak jumpa diorang tapi aku terlalu sibuk.

" Okay je. Ryn, Hairi suka sangat sebab akak balik sini balik. Kitaorang risau tau bila mama cakap akak tiba tiba tak balik rumah."

Hairyn memuncung sedih. Aku mengeluh kecil, menyesal dengan sikap aku.

" Akak minta maaf sebab buat korang risau. Akak janji dengan korang yang akak tak akan lari lagi."

Aku mengangkat tangan tanda sumpah. Kami bertiga gelak bersama. Sumpah aku rindu nak bersama dengan mereka.

" Akak dah lama tak dengar pasal nek. Nek sihat?."

Aku teringat wajah Nek Siah yang menjaga aku, Hairi dan Hairyn selepas arwah ibu meninggal.

" Sihat je kak. Nek siap boleh berlari tangkap ayam lagi."

Hairi tergelak kecil menceritakan kisah nek Siah yang masih kuat dayanya. Aku dan Hairyna turut tergelak. Aduh nenek aku ni....

" Ouh ya. Ada apa korang datang sini?. Memang nak jumpa akak?."

Aku tersenyum ke arah mereka. Hairi memandang wajah Hairyn. Hairyna hanya tersenyum kecil dan mengangguk sebelum dia kembali memandang aku.

" Sebenarnya kak, kitaorang baru tau yang... ayah baru balik Malaysia minggu lepas."

Hairi beriak bersalah. Aku pula terdiam. Ay.. ayah dah balik?.

" Jadi, selama ni ayah masih hidup?."

Berdegup laju jantung aku memikirkan yang ayah masih ada. Dia masih bernafas. Kenapa aku gementar?.

" Erm, ayah masih hidup. Cuma, ada lagi benda yang kitaorang nak bagitahu akak."

Hairi menggenggam kedua belah tangannya, seakan gugup untuk beritahu aku. Aku memandang wajah sayu Hairyn.

" Ayah dah kahwin lain. Anak ayah satu U dengan kitaorang. Kitaorang baru tau masa Hairyn nampak ayah jemput budak perempuan tu balik."

Aku terdiam seribu bahasa. Wajah Hairyn mula mengendur .

" Ryn nampak depan mata Ryn sendiri kak, perempuan tu panggil ayah 'papa'. Mungkin ayah tak cam muka Ryn, tapi muka ayah tak berubah. Masih sama macam dalam gambar. Ryn masih ingat rupa ayah."

Hairi mengusap lembut bahu adik kembarnya. Memang nasib kami bertiga tak pernah rasa kasih sayang seorang ayah. Arwah ibu bercerai dengan ayah masa ibu mengandungkan Hairi dan Hairyn. Walaupun aku baru 6 tahun waktu tu, tapi aku tau yang hubungan ibu dan ayah sudah retak.

" Sampai bila kita nak mengharapkan kasih sayang orang lain kak?. Kenapa ayah buat kita semua macam ni?. Kenapa ayah tak pernah cari kita?."

Ryn memandang aku simpati. Dengan keluhan kecil, aku bangkit dan duduk di sisinya.

" Akak minta maaf Ryn. Ryn jangan sedih okay?. Akak janji, akak akan jaga kita semua."

Aku memeluk kepala Hairyn. Hairi juga memeluk adiknya. Aku tahu, tanpa aku, siapa lagi nak jaga mereka?. Aku tak boleh bergantung sepenuhnya pada nek Siah saja.

" Kita ada nek Siah, mama, papa. Diorang boleh ganti ayah."

Aku tak mahu menangis. Aku kena kuat demi adik adik aku. Walaupun aku juga tak kuat, tapi aku boleh bertahan demi adik adik aku.

***

" Hai, termenung je?."

Nadia bersama gaun photoshoot nya datang ke arah aku.

Aku yang sedang menongkat dagu tersedar daripada lamunan panjang.

Nadia mengerutkan keningnya memandang aku. Aku cuma tersengih kecil. Tak tahulah apa yang aku sibuk termenungkan ni.

" Adik adik kau macam mana?. Diorang sihat?."

Nadia menyedut minumannya. Aku mengangguk perlahan. Nadia menepuk nepuk tangan aku.

" Weyh. Aku ada benda nak cakap dengan kau ni."

Nadia membetulkan kedudukannya. Aku cuma memandang wajahnya tanpa sebarang riaksi.

" Tadi kan. Luth tanya aku, mana kau. Dia siap cakap dengan aku, nak datang jumpa kau tau."

Aku segera duduk menegak. Biar betul si Nad ni?.

" Kau jangan main main Nad. Luth dah tahu ke pasal status aku?."

Tak ada sesiapa yang tahu pasal perkahwinan aku. Aku bersyukur sangat yang kawan papa dah tolong aku padam berita hari tu. Tapi kalau Luth tahu juga, aku tak tahu nak cakap apa dekat dia.

" Ish kau ni. Mana ada. Luth tak tahu apa apa pun pasal status kau. Pasal kau mengandung pun dia macam tak tau apa apa."

Nadia menyedut lagi minumannya. Aku yang pandang dia masih tak ada mood nak makan atau minum. Macam macam aku fikir sekarang ni.

" Habis tu, dia nak apa daripada aku?." 

Aku mengeluh kecil. Aku harap sangat semua ni berlalu dengan cepat. Aku taknak hadap benda ni lagi. Penat.

" Dia nak tanya khabar kau lah. Dia tu asyik tanya pasal kau je hari hari, naik pening kepala aku nak melayan dia tu. Aku just cakap kau sihat , kau dah tukar kontrak. Tu je lah jawapan aku."

Nadia juga turut mengeluh.

Aku cuma tak nak orang tahu. Bila aku dah cukup berani, barulah aku umumkan perkahwinan ni. Itu pun kalau Riz tak ambil keputusan untuk ceraikan aku. Aku pun tak tahu berapa lama lagi dia nak biarkan aku macam ni.

" Kenapa daripada dulu lagi kau tak terima Luth tu?. Aku tengok dia ikhlas nakkan kau, tapi kau ignore dia macam tu je. Kenapa mesti kau pilih si Riz tu?."

Nadia mengerutkan sebelah keningnya, tak faham dengan diri aku.

" Aku pun tak tahu dengan diri aku ni Nad. Lagipun, aku cuma anggap Luth tu tak lebih daripada manager aku. Pasal Riz tu, mungkin sebab mak mertua aku tu baik orangnya. Aku tak sanggup nak tolak permintaan dia. Lagi lagi, dia kawan baik arwah ibu aku. Dia janji nak jaga aku, nak jaga adik adik aku."

Aku menoleh ke arah luar bangunan kaca.

" Aku hormat keputusan kau Najwa tapi kau kena ingat, siapa lagi nak sayang diri kau kalau bukan diri kau sendiri?. Janganlah sakitkan hati kau demi orang lain. Aku kesian dengan kau tau."

Nadia memegang lengan aku.

" Apa yang aku boleh buat lagi?. Dah terlambat untuk aku, Nad. Mungkin ni nasib aku."

Aku tersengih kecil, berpura pura kuat.

" Aku—."

" Najwa."

Aku dan Nadia menoleh ke arah suara yang menegur aku tadi. Aku terdiam saat melihat wajah Luth. Aku segera berdiri menyambut dia yang baru sampai.

" Luth..."

TAK SEMPURNAWhere stories live. Discover now