BAB 11

895 25 0
                                    


" Najwa!."

Aku yang baru habis mesyuarat segera menoleh ke belakang apabila nama aku dipanggil. Kelihatan Nadia sedang melambai riang ke arah aku. Dengan sengihan, aku melambai rendah ke arahnya.

" Awal kau habis?."

Nadia berjalan di sebelah aku. Alang alang berdua ni, apa salahnya aku belanja dia kopi?.

" Kau nak tahu something tak?. Aku baru je dapat tahu daripada Luth tadi."

Dengar saja Nadia menyebut nama Luth, aku teringat perbualan aku dan Luth tempoh hari.

" Kenapa awak hilangkan diri?. Saya cari awak Najwa, saya call Nadia, semua orang tak angkat. Awak tahu tak yang saya risaukan awak."

Luth duduk berdua dengan aku sementara Nadia menunggu aku di dobi.

" Saya ada sebab saya sendiri, Luth. Saya minta maaf dekat awak sebab selama ni saya banyak susahkan awak, buat awak risau. Saya cuma nak awak tahu yang saya larikan diri bukan sebab awak, tapi sebab diri saya sendiri. Saya nak tenangkan fikiran."

Aku cuba untuk tak besar besarkan cerita. Benda ni dah berlalu dan aku taknak ungkit kembali.

" Tapi kenapa awak tak bagitahu saya, Najwa?. Saya tak penting ke dalam hidup awak?. Awak under saya, saya manager awak. Saya layak tahu kalau awak ada masalah."

Luth masih tak boleh mengalah. Aku mengeluh perlahan.

" Luth, saya tak nak cerita pasal ni lagi. Benda dah berlalu, saya dah ada depan mata awak sekarang ni. Saya dah cakap yang saya cuma nak tenangkan fikiran saya, itu aje. Tak ada benda yang penting pun untuk awak tahu. Saya pergi dulu."

Aku segera berdiri tapi cepat cepat dia halang.

" Najwa, saya minta maaf kalau saya buat awak tak selesa. Saya cuma risaukan awak. Saya tak nak apa apa perkara buruk jadi dekat awak."

Luth memandang wajah aku sayu. Aku hanya menguntum senyuman janggal.

" Tak apa, awak tak salah apa pun dengan saya. Terima kasih sebab awak risaukan saya."

Aku memandang dia seketika sebelum berlalu pergi.

" Najwa."

Aku segera mengangkat kepala memandang Nadia yang menghentak meja tadi. Dia merenung aku pelik.

" Kau ni sihat tak?. Asyik termenung je?. Penat ke?."

Aku segera menggeleng dengan senyuman.

" Apa yang kau nak cakap tadi?."

Nadia kembali tersenyum selepas aku mengingatkan dia semula.

" Bulan depan, grup kita terpilih untuk jadi grid girl !. Bukan senang tau nak jadi VVIP ni."

Nadia bersorak perlahan. Aku mengerutkan kening, memandang Nadia tak faham. Grid girl?. Apa ke jadah tu?.

" Apa tu?. Aku tak pernah dengar pun?." 

Aku menggaru belakang kepala, masih blur. Nadia mengeluh perlahan, penat dengan perangai aku yang satu ni.

" Alah, kalau kau tengok formula 1 ke, auto racing ke, motoGP ke, mesti ada perempuan ramai ramai tu. Hah, tulah. Kita pergi Abu Dhabi tau."

Aku terdiam seketika. Abu Dhabi?. Bulan depan?. Aku terbeliak sedikit.

" Ish, tak nak aku. Pakaian diorang seksi lah. Lagipun, diorang mesti ada grid girl diorang sendiri. Kenapa pulak kita kena jadi?. Kau tau ke macam mana kerja diorang?."

Nadia menggeleng laju. Bukan tu je masalah dia, Riz ada dekat situ sekali!. Macam mana kalau dia nampak aku?.

" Kenapa kau macam marah je?. Sebab suami kau ada dekat situ eh?."

Nadia mengecilkan matanya, memandang aku mengejek. Aku segera membesarkan mata.

" Eh, mana ada!. Aku memang tak suka dengan kerja tu."

Nadia berdecit perlahan.

" Wen dah bagitahu aku dah yang pakaian tu tak terlalu seksi. Cuma ketat je."

Nadia tersengih jahat. Aku menjelingnya sebelum menggeleng perlahan. Aku tahu yang aku model tapi aku lebih selesa pakai pakaian yang tak terlalu ketat. Tak selesa. Paling seksi yang aku pernah pakai pun, setakat dress atas lutut. Tu je.

" Tak nak. Suruh Luth cari pengganti aku. Aku plan, aku nak duduk rumah, aku nak berehat. Banyak je lagi benda yang aku boleh buat dekat rumah. Aku boleh keluar jalan jalan dengan Aryan, dengan Hairi, dengan Hairyn. Lagi bermanfaat masa aku." Aku menyelak rambut ke belakang.

" Weyh, tolonglah. Kita semua ni dapat tiket free tau. Ingat nak masuk sana senang ke?. Tiket dia mahal tau."

Nadia memegang tangan aku tanda merayu. Aku laju menarik lengan aku.

" Nad, aku tak nak. Kalau kau nak pergi, kau pergi dengan yang lain. Aku takkan join."

Aku menegaskan suara aku. Kontroversi pasal aku tak habis lagi. Bila aku sampai sana, nanti banyak pula soalan soalan orang bagi.

"Okay. Sorry."

Nadia mencebik bibir tanda sedih. Aku mengeluh kecil sebelum tersenyum kecil. Aku cuma tak suka orang mempertikaikan pendirian aku. Macam mana kalau orang tahu aku isteri Riz?. Kesian dia nanti.

***

" Aryan menangis tadi Mak Jah?."

Aku menyambut tubuh kecil Aryan yang berada di dalam pangkuan Mak Jah, pembantu rumah mama. Dia tersenyum sambil menggeleng kepala.

" Tak. Baik anak Najwa ni. Cuma kalau lambat bagi botol je, dia meragam sikit."

Aku tergelak kecil mendengar keterangan daripada mak Jah.

" Aryan rindu mama tak?."

Aku menggesel hujung hidung aku dengan hujung hidung Aryan. Dia tersengih menayang gusinya. Habis saja meeting terakhir tadi, aku terus memandu balik rumah nak jumpa Aryan. Rindu sangat.

Aku dah bincang dengan Nadia yang aku akan terus tinggal dengan mama sehingga kes aku dengan Riz selesai. Aku masih menunggu jawapan daripadanya. Nak tak nak, aku kena tunggu juga.

" Argh!."

Aku yang sedang leka menaiki anak tangga jatuh tersadung akibat tak pandang bawah. Aku sempat menyelamatkan Aryan daripada turut terjatuh. Aku terduduk di tangga sebelum memegang tulang betis yang sakit mencucuk.

" Najwa?."

Mak Jah menghampiri aku. Dia membantu aku untuk berdiri tapi aku tak mampu. Aku menyerahkan Aryan kepadanya. Hanya tuhan je tahu betapa sakitnya kaki kiri aku sekarang ni. Berdenyut denyut.

" Najwa boleh berdiri tak?."

Mak Jah memegang lengan aku tapi aku segera mengangguk.

" Saya okay mak Jah. Mak Jah tolong letak Aryan dekat bilik dulu."

Dia mengangguk dan segera menuju ke bilik aku. Dengan bantuan pemegang tangga, perlahan lahan aku bangun.

Belum sempat aku kembali terduduk, sepasang tangan memaut lengan aku. Aku segera menoleh ke belakang sebelum aku tergamam.

Hafreez.

Dia hanya membantu aku tanpa sebarang suara. Perlahan lahan dia membantu aku naik ke atas. Sesampai di atas, dia segera memaut pinggang aku tanpa rasa kekok. Aku terdiam, seribu bahasa. Ni realiti ke?.

" Kau okay tak?."

Dia memandang wajah aku tanpa reaksi di wajahnya. Aku laju mengangguk tanpa memandang wajahnya. Dia melepaskan rangkulannya di pinggang aku dan turun ke ruang bawah.

" Ah..."

Aku memegang jantung aku yang seakan berdegup laju. Dengan rambut dia yang jatuh di dahi, melunturkan rasa takut aku padanya. Perlahan lahan aku masuk ke bilik aku ditemani mak Jah.

Apa perasaan tu tadi?. Sudah tentu rasa hangat dalam hati. Siapa lagi yang mampu buat aku rasa sebegitu kalau bukan Hafreez Iskandar?.

TAK SEMPURNAWhere stories live. Discover now