HDO 7

17.8K 777 70
                                    

Olivia menggigil perlahan ketika berada di dalam lift yang bergerak naik. Dentingan lift membuat langkah kaki gadis kecil itu terus bergerak sambil memegang erat tali begnya. Sampai di depan pintu apartment Viviana, dia terus memasukkan password dengan tergesa gesa.

Viviana berdiri menuju ke arah pintu sebaik mendengar bunyi pintu terbuka. Olivia melangkah laju dengan kepala yang menunduk. Lekas Viviana mendekati sahabatnya itu.

" Oliv kau pergi mana. Kenapa tak balik semalam. Kau— tidur— Kau okay ke Oliv? ". Viviana tidak jadi meneruskan soalan yang sejak tadi ingin ditanyakan. Melihat keadaan sahabatnya yang seakan ketakutan membuat Viviana menukar pertanyaan.

Viviana menyedari tangannya menggigil semasa menyentuh bahu Olivia. Terdetik di dalam hatinya apa yang berlaku. Kenapa sahabatnya nampak ketakutan. Apa ada kaitan dengan lelaki yang dia suruh Olivia jumpa?

Olivia mendongak serentak itu air mata sedihnya jatuh. Viviana terdiam melihat perkara itu terjadi. Bibir Olivia melengkung sebelum memeluk tubuh Vivian erat. Entah kenapa dia berasa takut dengan apa yang baru dia lalui. Siapa sebenarnya Henry dan apa hubungan dengan para lelaki berotot berbaju hitam tersebut.

Viviana membawa sahabtnya ke arah sofa. Dia faham Olivia jenis yang lembut dan kuat menangis jika menghadapi sesuatu perkara yang di rasakan menakutkan. Kalau ini ada hubungan dengan lelaki dewasa tersebut Viviana menyesal mengenalkan lelaki itu dengan Olivia.

Setelah hampir dua puluh minit barulah Olivia mengangkat mukanya yang basah menatap ke arah wajah Viviana. Rasa serba salah hinggap pada hati Viviana.

" Oliv kau okay? Lelaki tu ada buat benda tak elok dekat kau ke? Bagitahu aku Oliv ". Viviana bukan mendesak sahabatnya untuk bercerita tetapi dirinya di selubungi rasa bersalah jika Olivia tidak menjelaskan cerita sebenar.

Olivia mengangguk kecil bersama tangan halusnya mengusap wajah yang basah. Hingus yang mengalir di hembus kuat menggunakan tisu yang sedia ada di atas meja.

" Oliv okay tapi— lelaki yang Vivi suruh jumpa tu menakutkan ". Ujar Olivia dengan nada rendahnya di selang seli dengan sisa tangisan yang masih ada. Viviana merenung wajah Olivia sebelum menatap dari atas sehingga ke bawah tubuh badan sahabatnya.

Bukan ke semasa pergi Olivia menyarung pakaian lain kenapa sekarang lain. Viviana mengenepikan perkara yang berlegar di mindanya apabila melihat sahabatnya masih dalam keadaan sedih.

" Lelaki tu mena—kutkan? Lelaki yang akan jadi daddy kau tu. Lelaki yang aku suruh jumpa tu? Apa dah jadi cuba cerita dekat aku Oliv ". Viviana mengambil beg Olivia lalu di letak ke atas meja. Mendengar cerita sahabatnya lebih penting daripada benda lain.

" Haah dia menakutkan. Dia selalu marah kalau Oliv tak ikut cakap dia. Ta—Tadi kan— Oliv nak balik sebab nak sarapan dengan Vivi tapi—tapi dia marah. Lepastu Oliv keluar dari toilet lepas mandi. Dia campak gelas dekat dinding. ". Jelas Olivia dengan sejujurnya mencerita segala yang di rasakan menakutkan.

Dari situ Viviana sedar Olivia terlampau lurus dan tersangat naif. Betul ke apa yang dia lakukan untuk menemukan lelaki itu dengan Olivia. Tapi ini semua untuk kegembiraan sahabatnya. Buktinya dia kan daddy yang sayangkan daripada kedua mama papanya. Jadi dia nak Olivia merasakan perkara sama.

Olivia berganjak dekat menghampiri Viviana lalu memegang pergelangan tangan atas sahabatnya itu. Matanya membesar ingin bercerita dengan sesungguhan bahagian yang paling di rasakan menakutkan.

" Lepastu kan lepastu Oliv nampak ada banyak lelaki besar tinggi dekat dengan Henry— ".

" Lelaki besar tinggi? Henry? Siapa Henry? ". Viviana bertanya apabil mendengar ayat asing yang keluar daripada mulut Olivia. Olivia mengangguk laju.

Henry's Dark ObsessionWhere stories live. Discover now