HDO 23

12.1K 591 82
                                    

Henry berjalan beriringan dengan Zayn setelah masuk ke dalam satu markas besarnya. Bangunan berbentuk separa bulatan berwarna putih. Dia dan Zayn berhenti tepat di palang tingkat atas memandangkan bangunan ni hanya ada dua tingkat sahaja.

Di bawah sana, duduk beberapa orang lelaki tekun menghadap komputer. Hacker. Pencari maklumat dan lain lain. Henry juga merupakan penyumbang dana dalam penggunaan jaringan internet terbesar. Sahamnya ada di sana. Dia akan meluaskan kekayaannya dari semasa ke semasa.

Kedua tangan Henry mendarat menyentuh palang besi yang terasa sejuk itu. Zayn berpeluk tubuh memerhati ke sana dengan tenang.

" Macam mana. ". Tanya Henry tanpa memandang Zayn. Zayn yang memahami segera menjawab tanpa perlu menunggu lama.

" Lelaki tu banyak gunakan nama palsu. But ada satu nama yang dia selalu gunakan. Gabriel. Tu nama orang yang kita aim sekarang ni.". Jelas Zayn sementara Henry cukup mendengarkan dengan baik. Gabriel. Bibir Henry menyebutkan nama tersebut perlahan.

Sial. Ada lebih kurang tiga bulan lagi masa untuk menjual berlian tersebut. Ketika waktu tu tiba. Sama ada baik ataupun tidak. Dia sendiri akan mengheret pencuri itu ke bawah kakinya. Ada isteri? Henry tak peduli sedikitpun. Sudah cukup lama dia biarkan orang asing mencuri berlian mamanya.

" Sir Henry. ". Fikirannya terganggu dengan suara salah seorang pekerja yang menegur sambil menghulurkan sebuah fail berwarna hitam kepada Henry. Henry mengambil, serentak itu pekerjanya menunduk hormat dan kemudian berlalu turun ke bawah.

Henry membuka fail tersebut, terdapat kertas kosong di depannya. Dia selak lagi ke bahagian selanjutnya sehingga menemukan tiga keping gambar sepasang suami isteri dari kejauhan. Zayn di sebelah hanya tumpang memerhati. Fail diserahkan pada Zayn.

Manakala Henry hanya memegang tiga keping gambar tersebut. Dia memeriksa dengan saksamanya, merenung tajam pada kepingan gambar itu. Ada satu gambar yang menunjukkan jelas muka suami dan isteri sedang bergandengan tangan. Seketika amarahnya meningkat bertambah naik.

" Cari full name bastard dengan isteri dia tu sampai jumpa. ". Tegas Henry mengarah di balik gigi yang mengetapnya. Tiga keping gambar tersebut di genggam sehingga ronyok lalu di buang jatuh ke bawah. Dia bertahan diri pada palang balkoni.

Tiga bulan. Henry hanya perlu menunggu selama tiga bulan.

" Sir! ". Suara salah seorang lelaki yang di bawah sana memanggil Henry kuat. Tersentak Henry yang sedang menahan emosinya. Begitu juga Zayn. Keduannya menanti apa yang akan disampaikan oleh orang orang mereka.

" Kami dah jumpa nama sebenar lelaki dan perempuan yang ada dalam gambar tu. ". Salah satu daripada orang Henry memberitahu berita yang mengejutkan. Henry baru mengarahkan Zayn untuk mencari siapa nama pencuri itu. Dan jackpot, dia dapat segera.

Henry melipat tangan ke dada. Dagunya terangkat memberi isyarat supaya lelaki yang bernama Juan itu terus bercakap. Juan menekan mouse komputer sesaat.

" Nama lelaki yang ada dalam gambar tu— Gabriel Michael dan perempuan tu Mayarina Melati, Sir.". Ungkap Juan fokus tidak menunjukkan dia bergurau ataupun nama yang disebutkan bukanlah nama palsu. Zayn berpaling ke arah Henry yang seakan berfikir panjang.

Henry berdecih tertahan. Emosinya semakin meledak ledak sebaik mengetahui nama pencuri tersebut. Gabriel Michael. Mayarina Melati. Masa kau berdua semakin suntuk. Mata Henry berkilat sesaat dengan bibir menyeringai gembiranya.

" Check dan pastikan dengan betul. Hantar semua maklumat lengkap tentang bastard tu pada aku.". Henry membawa badannya berpaling ke belakang selepas orang orangnya menyahut. Di menepuk dua kali bahu si Zayn yang turut memandangnya. Zayn nampak jelas wajah menyinis Henry.

Henry's Dark ObsessionWhere stories live. Discover now