HDO 2

20.2K 826 48
                                    

" Olivia!! ".

Seorang gadis yang berada tidak terlalu jauh dengan gadis bernama Olivia tadi menjerit memanggil namanya seraya berlari kecil bersama senyuman di bibirnya. Olivia berhenti melangkah dan menoleh mencari suara jeritan yang memanggil namanya seketika tadi.

Gadis berusia tujuh belas tahun itu berdiri sambil menunggu sahabatnya datang mendekati dirinya. Sampai sahaja sahabatnya dekat pada dirinya, tubuhnya di peluk erat dengan sebelah tangan mengalung pada belakang lehernya secara mengejut.

" Petang ni kita keluar nak tak? Lepak dekat cafe tempat biasa kita lepak tu nak tak? ". Ajak sahabatnya penuh semangat, tidak lupa menghentakkan tangan yang mengalung pada leher Olivia. Olivia berasa sedikit tidak selesa dengan perbuatan sahabatnya.

" Sakitlah Vivi ". Olivia menolak perlahan tangan sahabat perempuan yang dipanggil Vivi atau lebih tepat nama penuhnya Luna Viviana. Viviana tertawa kecil lalu mencubit pipi tembam Olivia kuat. Lagi geram lah Olivia di buatnya.

Olivia menarik jari Vivian yang mencubit kuat pipinya. Boleh bengkak kalau lama lama kena cubit dengan Vivian ni. Dia mengusap pipinya yang memerah hangat selepas sahabatnya melepaskan cubitan setelah puas mengerjakan dirinya.

Viviana tertawa suka, suka melihat wajah cemberut Olivia bila dia cuba menjahili sahabatnya yang satu ini. Tanpa menunggu lama, Viviana kembali mengalungkan tangan pada leher si Olivia seraya menarik tubuh sahabatnya untuk bergerak.

Olivia hanya mengikuti sahaja langkah sabahatnya. Di dalam fikirannya mungkin Viviana ingin mengajak dia masuk ke dalam kelas tetapi rupanya fikirannya tidak sama dengan kenyataan. Viviana menarik dirinya untuk masuk ke dalam cafe sekolah. Sesaat, Olivia merengut geram. Lain pula tujuan sahabatnya yang satu ini.

" Vivi, Oliv fikir kita nak masuk kelas tadi tapi kenapa bawak Oliv dekat sini. Vivi tak sarapan lagi ke? Kejap lagi kalau Miss masuk macam mana? ". Ujar Olivia dengan penuh kejujuran selepas dia dan Viviana mengambil tempat duduk di kerusi cafe sekolah.

Sekolah elit yang menempatkan orang orang kaya atau orang berada sahaja. Mempunyai kelengkapan penuh dan moden sesuai untuk para pelajar. Olivia merenung wajah sahabatnya menunggu jawapan. Sahabatnya sejak kecil lagi. Kalau Olivia mengira dengan jarinya, sudah enam tahun mereka menjadi sahabat dekat.

Viviana merupakan satu-satunya sahabat yang begitu rapat dengan dirinya dalam waktu susah mahupun senang. Mereka berdua sentiasa bersama hampir setiap masa kecuali kalau di rumah. Tapi selalu juga Viviana datang duduk di rumah Olivia memandangkan kedua orang tuanya sibuk bekerja.

Seketika, Olivia teringat akan wajah mama papanya yang sentiasa sibuk sehingga tiada masa untuk bersama. Kalau di hitung menggunakan jari, mereka bersemuka mungkin hanya sekali dalam seminggu itu pun kalau mama papanya balik ke rumah. Adakala sebulan sekali baru Olivia dapat berjumpa dengan keluarganya sendiri.

Mama papanya ; Michael dan Melati sibuk bekerja sehingga ke luar negara meninggalkan dia bersama pembantu rumah. Tapi setiap hari dia akan menerima duit daripada pembantu rumahnya atas pemberian papanya. Jadi yang sentiasa bersama dia adalah Viviana.

Viviana satu-satunya orang yang mampu membuat dirinya gembira jika bersama walaupun Viviana jenis yang agak kasar sedikit. Sahabatnya itu mempunyai nasib sama seperti dirinya, ibu bapa masing-masing sibuk bekerja mencari wang.

" Hey Oliv! Kau nak makan apa biar aku belanja, sebab malam tadi aku dapat banyak duit belanja. Jadi kau cakap je nak makan apa semua aku belanja ". Beberapa kali kening Viviana terangkat sambil menawarkan makanan yang ingin dia belanja kepada Olivia.

Olivia mengatup bibirnya dengan kelopak mata berkedip menatap Viviana. Sesaat, otaknya memproseskan apa maksud sahabatnya itu.

" Vivi dapat duit banyak malam tadi? Duit daripada sugar daddy tu ke? ". Dengan polosnya Olivia melepaskan kata tanpa melihat kiri kanan. Lekas Viviana menekup mulut gadis itu dengan gerakan sepantas kilatnya lalu memalingkan kepala memerhati sekeliling.

Nasih baik waktu pagi macam ni cafe agak lenggang. Mungkin ramai pelajar lebih memilih untuk membaca buku? Viviana tak tahu. Kini, dia kembali menatap Olivia dengan menjengilkan matanya besar. Membawa maksud memberi amaran.

Sibuk menjengilkan mata kepada Olivia, dia tidak menyedari tangannya sudah menekup mulut gadis itu hampir seminit lebih sehingga ada beberapa orang lalu lalang memerhati kelakuan dia dengan riak wajah pelik barulah dia menarik tangannya daripada menekup mulut Olivia.

Serta merta Olivia mengambil nafas panjang. Semasa tekupan tadi, tangan Viviana bukan saja menekup mulutnya namun hidung sekali! Jika tak lepas tadi mahu pengsan Olivia! Maklumlah antibodi lemah. Jarang bersenam, makan sesuka hati dan tidak suka sukan. Itulah Olivia, serupa juga dengan Vivian.

Dua kali lima, lima kali— bukan bukan. Dua kali lima sama dengan sepuluh!.

" Oliv kau ni kan! Jangan lah cakap kuat-kuat! Nanti orang dengar macam mana. Mulut tu nanti kena jahit baru tahu ". Bisik Viviana keras sedikit merendahkan tubuhnya. Takut jika rahsia besar miliknya terbongkar.

Olivia menyentuh bibir bawahnya sebelum menempelkan tangannya menutup mulut seraya mengelengkan kepala risau kalau bibirnya di jahit seperti yang Viviana katakan. Viviana merenung tajam seakan mahu memakan Olivia.

" Okay okay sorry Oliv tak sengaja nak cakap kuat kuat ". Pinta Olivia perlahan. Inilah dirinya kalau rasa dia ada buat kesalahan pasti terus meminta maaf. Macam mana Viviana nak marah kalau kawan dia comel macam ni.

Vivian bangun diikuti oleh Olivia berjalan bergandingan berdua menuju ke dalam kelas.

" It's okay tapi lainkali jangan cakap kuat kuat macam tadi. Kalau orang dengar habislah kantoi ". Viviana masih berbisik halus yang mana terus di angguk oleh Olivia yang lebih pendek daripada dirinya. Mereka berdua segera bergerak ke kelas tidak jadi untuk makan selepas mendengar kata rahsianya keluar dari bibir suci Olivia.

Sugar daddy. Viviana mempunyai sugar daddy sejak setahun lalu. Rahsianya yang satu itu di kongsikan bersama Olivia yang tidak mengerti apa apa tiga bulan lepas. Perkara bahaya ini jugak tidak di ketahui oleh mama papa Viviana. Hanya dia dan Olivia sahaja yang mengetahuinya.

Rahsia yang begitu besar jika terbongkar akan memalukan dirinya beserta nama keluarganya. Walaupun sebenarnya perkataan sugar daddy itu umum di sekolah elit ini. Bukan hanya Vivian yang mempunyai sugar daddy namun terdapat segelintir lagi pelajar melakukan perkara sama.

Cuma identiti mereka sahaja tidak diketahui. Tetapi ada beberapa pelajar yang berani menunjukkan sugar daddy mereka di depan umum tanpa rasa malu. Viviana bukan lah orang miskin atau kurang berkemampuan. Cuma hal ini membuat dirinya bahagia.

Kasih sayang dan perhatian yang penuh dia dapatkan daripada sugar daddy tersebut. Tidak seperti mama papanya yang terlalu sibuk bekerja tanpa mengisahkan dirinya. Kebanyakkan pelajar yang mempunyai sugar daddy berkaitan dengan masalah kekurangan kasih sayang dari keluarga mereka sendiri. Termasuk Viviana.

Cuma Olivia belum terbabit dalam perkara buruk itu. Belum- dan itu lah permulaan semuanya.

###

tbc- maaf tunggu lame . author tak pasan ramai yg komen suruh update 🥺🥺

gaess support author dgn 📑🌠 thank you 💜

300 votes 100 komen author terus update next chap ape macemm? 🤔 Jahat? Yess author baik 🧐🌝


Henry's Dark ObsessionWhere stories live. Discover now