HDO 19

12.7K 648 72
                                    

Henry dengan langkah kasarnya keluar dari kereta, menghempas pintu kereta kuat. Dia merenung tajam bangunan mewah menjulang tinggi di depannya. Tujuannya hanya satu, mencari pembuat onar yang mencampur pil perangsang dalam minuman Olivia. Masuk saja dia ke dalam lift, tingkat tujuh ditekan.

Bangunan ini mempunyai dua puluh tingkat dan tingkat yang Henry tuju ialah tingkat di mana tersedia tempat bermain snooker. Hotel khas untuk orang orang berada masuk, terdapat pelbagai barang yang ada di sini. Berdenting bunyi lift dan disusuli dengan pintu yang terbuka luas mempersilakan orang untuk keluar atau masuk.

Dengan panas penuh di dada, Henry membuka pintu secara kasar. Bilik luas khas untuk snooker terus terlihat. Beberapa mata memandang ke arah pintu yang terbuka dengan kasar. Mata Henry terus terhala pada kawan kawan Jay.

" Mana sial tu. ". Suara keras Henry menghentikan beberapa orang lelaki yang sedang bersembang dan memegang kayu snooker. Fokus mereka kini pada Henry yang beriak marah dengan mata tajam seakan mampu membunuh sesiapa. Semuanya senyap dengan kedatangan tiba tiba Henry.

Kawan kawan Jay berpandangan sesama sendiri lalu menghadap Henry dengan wajah keliru. Siapa? Siapa yang Henry cari.

" Kau cari siapa Henry? ". Ujar salah satu kawan Jay. Memandang hairan ada rasa gemuruh muncul apabila melihat air muka Henry seakan menahan kemarahan dari meletus keluar. Siapa manusia yang mencari masalah dengan Henry, lelaki yang terkenal dengan sikap dominant nya.

Aura gelap memenuhi sekitar Henry dengan mata tajam memeriksa ke seluruh sudut mencari seseorang.

" Guys! Ni aku ada bawakan be—er. ". Masuk saja Jay ke dalam menantang empat gelas dia terus berjeda dengan kaki yang terhenti. Semua yang ada di situ berpaling ke belakang iaitu pintu di mana Jay baru masuk membawa minuman. Terpancar jelas muka confused Jay.

Dia menapak dua langkah merenung Henry lalu memberi pertanyaan melalui isyarat wajahnya kepada semua kawan kawannya. Mereka semua hanya diam tak mengetahui sebab utama kedatangan Henry ke sini. Henry tak pernah menjejakkan kaki ke tempat sini. Mereka semua bukan kawan yang rapat dengan Henry mahupun Zayn.

" Hen-ry ". Jay memanggil rendah apabila berjaya mengingat semula apa kesalahannya. Fokus utama Henry kini tertumpu pada Jay, dengan mata datarnya. Dia berjalan bersama langkah yang besar. Melepasi kawan kawan Jay. Otak Jay menerima amaran bahaya lantas mengundur selangkah.

Tanpa sesiapa duga, sebaik di depan Jay. Kaki panjang nan kekar milik Henry menendang kuat tangan Jay sehingga minuman mahalnya tercampak jatuh dan berderai pecah. Menumpahkan segala beer yang dia bawa. Akibat itu Jay terundur drastik memegang tangannya yang sakit kerana tendangan kasar Henry.

Henry masih tak berpuas hati, kini kakinya lagi menendang perut Jay sehingga badan mangsa tergolek jatuh ke belakang. Kawan kawan Jay hanya memerhati tanpa niat untuk membantu. Nampak gerak geri mereka gelisah namun tiada yang bergerak menolong Jay. Keranan sepakan kuat pada perutnya membuatkan Jay terbatuk perit.

" Sial! ". Sebuah tendangan lagi melayang mengenai tepi kepala Jay menyebabkan lelaki itu tersadai di atas lantai memuntahkan darah yang boleh dikatakan banyak.

" Kau campur pil perangsang dalam minuman girl aku. Kenapa? Kau nak fuck dia ke. Sebelum kau fuck dia, apa kata kau guna otak kau dengan elok. Mana tangan yang sentuh girl aku semalam. Ni? ". Penuh kekerasan Henry menekankan suaranya. Dia bertanya di sela giginya yang mengetap kuat.

Pergelangan tangan kiri Jay di pijak dengan segala kekuatan menggunakan kasut mahalnya.

" Arghhh!!! ". Jeritan kesakitan keluar dari mulut Jay memukul kaki keras yang memijak tangannya. Kasut kulit mahal milik Henry begitu keras menekan tangannya. Pergelangan tangannya boleh patah! Mengeliat tak tentu arah Jay jadinya. Menahan peritan dan kesakitan. Henry beriak seolah dia tak melalukan sesuatu.

Henry's Dark ObsessionWhere stories live. Discover now