HDO 10

16.7K 733 49
                                    


Olivia menatap ke arah air kotak berperisa coklat di tangannya seraya menebuk lubang dengan menggunakan straw sambil berjalan bersama Viviana di sebelahnya. Sekarang merupakan waktu rehat untuk para pelajar.

Tanpa membuang masa laju tangan kecilnya meluruskan straw ke bibir lalu di sedut laju menghilangkan rasa dahaga. Viviana di sebelahnya mengunyah gula gula seraya memandang sekeliling. Sesaat, sesuatu terlintas dalam fikiran gadis itu lantas dia menahan Olivia agar tidak meneruskan perjalanan.

" Oliv! Aku baru teringat something nak bagitahu kau Oliv! Nasib baik aku ingat! ". Viviana mengoncang bahu sahabatnya dengan wajah berserta badan yang mengeliat sedikit kasar.

Olivia sedikit terkejut dengan goncangan yang dilakukan oleh Viviana kepada dirinya saat ini. Dia menjauhkan air kotaknya ke sisi badan dengan tatapan tidak mengerti apa yang Vivi mahu sampaikan.

Seketika, Viviana tiba-tiba menghentikan goncangannya sebelum berdiri tegak sambil melihat ke kiri kanan lalu mendekatkan dirinya dengan Olivia dengan riak wajah seakan berhati hati. Olivia hanya terdiam menanti Viviana.

Viviana menaikkan satu tangannya menghalang kawasan mulutnya untuk berbisik kepada Olivia. Takut jika ada orang lain yang dengar.

" Daddy ada buat party malam ni dekat mansion dia. Jadi aku nak ajak kau datang sekali malam nanti Oliv! Kau akan datang kan! Teman aku malam ni ya Oliv! ". Viviana berbisik namun nadanya kedengaran begitu teruja untuk mengajak Olivia pergi bersama.

Muka Viviana bersinar gembira bersama bibir melengkung lebar dengan senyuman. Berbeza pula dengan Olivia dia menayangkan wajah kekok sebagai balasan selepas mendengar ajakkan sahabatnya. Perkataan daddy itu menganggu fikirannya.

" Dad-Daddy? Maksud Vivi... Sugar Dad— ". Lekas tapak tangan Viviana menekup mulut Olivia semasa gadis kecil itu masih bersuara. Olivia cuba mengelak kerana tidak berapa selesa apabila sahabatnya mula menutup mulutnya.

" Berapa kali aku dah pesan jangan sebut perkataan tu dekat kawasan sekolah Oliv ". Viviana mendengus sedikit geram selepas melepaskan tekupan lalu mencubit pipi chubby Olivia beberapa saat sehingga gadis itu menjerit sakit.

" Vivi ni, sakitlah pipi Oliv tahu tak.. ". Rengekkan manja terlepas daripada bibir mungil Olivia sambil menggosok pipinya yang menjadi merah akibat cubitan Viviana sebentar tadi. Viviana hanya ketawa melihat betapa comelnya gelagat Olivia.

" Jadi... Kau pergi kan Oliv. Pergilah pergilah teman aku Oliv. Boleh ya boleh ya ". Viviana masih cuba memujuk Olivia yang dirasakan akan menolak tawarannya. Dia faham benar Olivia yang jarang keluar malam kerana takut.

Sebenarnya, Olivia agak takut untuk keluar pada waktu malam tapi wajah gembira Viviana jelas terpampang membuatkan dirinya menjadi serba salah. Viviana turut mengenggam tangannya erat dengan wajah penuh harapan agar Olivia ikut bersama.

" Tapi Vivi— waktu malam Oliv mengantuk. Kalau Oliv t—tak per–gi boleh? ". Haa kan betul apa yang Viviana agak sekejap tadi. Jadi dengan penuh keyakinannya dia mendaratkan tangannya memeluk leher Olivia seraya menyambung pujukan lagi.

" Jangan risau Oliv, aku dah tanya daddy dah semalam. Daddy cakap dia akan sediakan satu bilik untuk kau tidur. Jadi kita tak payah lah balik rumah lepas party tu. Kau pun boleh terus tidur sana, lagipun esok kan cuti ".

Tidak lelah Viviana cuba memujuk Olivia. Mereka berdua kembali melangkah lagi mengabaikan para pelajar di sekitar mereka. Olivia menggigit bibir bawahnya sambil memikirkan ajakkan Viviana. Dia pun selama ini belum pernah ke party pada waktu malam.

Jadi tidak salah bukan kalau Oliv pergi?

" O—okay Oliv ikut malam ni ". Sejurus itu, tanpa menghiraukan orang lain Viviana menjerit gembira lalu memeluk bahu Olivia erat seraya melompat kecil. Akibat daripada sikap teruja Viviana menyebabkan air kotak coklat yang masih berisi terpicit keluar.

Henry's Dark ObsessionWhere stories live. Discover now