HDO 12

15.9K 727 46
                                    

Viviana bereaksi pantas apabila melihat Henry sedang mengendong Olivia semasa menuruni tangga. Viviana mahu membuka langkah mendekati Olivia yang kemungkinan tak sedarkan diri dalam dakapan Henry tapi langkahnya mati apabila Zayn menarik tubuhnya ke belakang.

" Henry, apa kau nak buat ni. Kau nak pergi mana? Kau nak bawa Olivia pergi mana. Jangan buat benda bodoh dekat budak tu Henry". Ujar Zayn dengan nada memberi peringatan kepada kawannya. Kaki Henry terus terhenti tepat di depan Zayn yang menahan laluannya.

Riak wajah Henry menggambarkan kemarahan, tegang dan dingin. Rahangnya terbentuk jelas pada mata sesiapa yang memandang. Viviana cuba mengintai di balik badan sasa Zayn, merenung tepat ke arah wajah Olivia yang terlentok pada bahu Henry.

Buat pertama kalinya hatinya terasa sakit apabila melihat keadaan kawannya seperti itu. Tak pernah terlintas dalam otaknya Olivia akan menghadapi perkara ni. Apa yang Vivi boleh lakukan selain menahan tangisan sambil mengenggam kuat kemeja Zayn.

" Aku tahu apa aku buat Zayn. Aku akan bawa dia balik rumah aku. Jadi ke tepi ". Henry ingin menyambung langkahnya tapi terhalang dengan susuk tubuh Viviana yang tiba-tiba mendepakan tangan tidak mengizinkan kawannya di bawa pergi.

Henry melirik Zayn di belakang Viviana sekilas sebelum menatap tajam ke arah sahabat Olivia itu. Viviana menahan air mata dengan bibir bawahnya menjadi mangsa gigitan. Dia cuba beranikan diri untuk berhadapan dengan Henry walaupun dirinya terlampau ketakutan.

" T-Tak boleh! Oliv kena balik dengan Vivi! Letak Oliv dekat bawah sekarang ni! ". Viviana melontarkan suara bernada arahan yang mana membuatkan Henry mendengus geram. Dia cukup benci dengar orang lain mengarahkan dirinya melakukan sesuatu.

" Jangan masuk campur atau kau nak gantikan tempat Olivia ke, Viviana? ". Henry tidak melepaskan tatapan terhadap Viviana. Suaranya sengaja di rendahkan bersama senyuman sinis. Dari sudut mata Henry dia nampak badan Viviana kelihatan menggigil sedikit.

Mungkin gadis itu semakin ketakutan. Tapi Viviana masih kukuh menghalang walaupun tatapan Henry semakin mengerikan baginya. Badannya yang menggigil di abaikan. Mungkin silap sikit badan Viviana akan tertolak ke tepi.

" Jangan tengok girl macam tu Henry". Kini suara tegas Zayn yang tidak tahan melihat tatapan tajam Henry berfokus pada Viviana. Seakan dalam fikiran Henry penuh dengan fikiran kotor bersama Viviana. Sudut bibir Henry ternaik. Dia tahu Zayn tak suka cara dia pandang Viviana.

" Kalau kau tak nak aku pandang girl kau Zayn. Suruh dia ke tepi atau, dia akan gantikan tempat babygirl aku. Aku pasti kau tahu macam mana diri aku kan Zayn. Kalau kau siap sedia nak tengok girl kau bawah aku, aku sedia nak tukarkan Olivia dengan Viviana ".

Viviana mendadak terkejut selepas mendengar kata penuh ancaman dan menakutkan tersebut. Dia tak terfikir Henry boleh mengatakan hal tersebut. Zayn mendengus marah dan segera menarik Viviana supaya bersembunyi di belakang badannya.

Henry pula terpaksa mengeluarkan ancaman tersebut. Kalau tak, Viviana akan terus menghalang pergerakkan dia. Lagipun semua itu hanya ugutan bukannya betul. Dia tak bodoh lagi nak tukar Olivia dengan gadis Zayn. Dia bukan kawan yang makan kawan.

" Kau memang bangsat Henry". Terketap kuat gigi Zayn sambil merenung Henry. Henry melepaskan tawa sinis sebelum melangkah pergi sambil membawa Olivia. Viviana hanya terpaku tanpa melakukan sesuatu.

Matanya berkedip tanpa henti dengan bibir terbuka dan tertutup ingin mengatakan sesuatu tapi tiada sebarang ayat yang keluar. Tatapannya terputus apabila kedua tangan Zayn menekup pipinya mengarahkan dirinya memandang lelaki itu.

" Jangan fikirkan perkara tu babydoll. Daddy ada dekat sini. Jangan takut, Henry tak akan berani sentuh babydoll ". Zayn mencari cara untuk memujuk Viviana yang sedih. Ibu jarinya mengusap pipi lembut gadis itu membersihkan dari air mata.

Henry's Dark ObsessionWhere stories live. Discover now