HDO 26

14.8K 707 126
                                    

Cepat betul dpt 400 votes. Korang memang awesome kan! 😭🦋 Author jrg nk update siang camgini but dah capai target so enjoy! 

⚠️ Warning. Chapter ni ada sikit unsur mature. Yg belum cukup umur. Sila mundur. Jgn cakap author tak beri amaran 👀

———


Kenapa Olivia tak jawab call? Sebuah pertanyaan muncul dari benak fikiran Henry yang sudah lima kali menelefon Olivia namun satu panggilan pun tak berjawab. Dia mengusap rambut yang basah menggunakan tuala di lehernya. Dia baru lepas mandi. Cadangnya dia nak dengar suara lembut dan merdu Olivia.

Tapi kenapa Olivia tak angkat semua panggilan dia? Ke masih tidur. Pandangan Henry beralih pada jam yang ada di atas laci meja berdekatan dengan lampu tidur. Baru jam lapan setengah. Henry terus menekan-nekan skrin telefon dail nombor milik Olivia sambil melangkah ke balkoni bilik.

The number you dail—

Dengan perasaan kesalnya Henry menekan tombol merah selepas mendengar suara operator yang menjawab. Olivia off kan telefon? Untuk apa? Selama ini gadis itu tak pernah off telefon. Apa yang Olivia lakukan sekarang?

Henry membaling telefon mahal kepunyaan dia ke atas meja kaca yang ada sehingga berdentum bunyinya. Dia mengambil botol minuman yang terisi energy drink. Di buka kasar lalu meneguknya laju bagi menghilangkan rasa marahnya.

Mood nya hancur hanya kerana tidak dapat mendengar suara gadis miliknya.


Di dalam sebuah kapal terbang, ada seorang gadis remaja memegang erat telefon di tangan. Menyebabkan tapak tangannya berpeluh dan basah. Memang udara di kapal terbang tersebut sejuk dan cukup untuk membuat setiap penumpang yang ada bernafas dengan benar.

" Vi-Vivi, be—tul ke apa yang kita buat ni? Hen-Henry tak akan marah kan? ". Olivia lah si gadis yang mengenggam telefon tadi. Viviana menelan ludahnya payah. Dia ciut lengan Olivia yang kelihatan ketakutan. Olivia menatapnya dengan sinar penuh berdebar.

" J-Jangan risau! Betul lah apa yang kita buat ni. Kita— Kita ikut aktiviti sekolah je. Benda ni tak akan jadi masalah. Ye...kot.. ". Viviana sendiri tak yakin dengan jawapan yang dia berikan. Niatnya nak tenangkan Olivia namun dia yang terlihat gugup sekarang ini.

Olivia merenung telefon miliknya yang gelap tersebut. Sebenarnya dah lepas seminggu dari hari Henry datang memeluknya dan memberikan hadiah berupa rantai itu. Harini merupakan hari untuk para student pergi menjalankan cuti yang sudah dirancangkan oleh teachers.

Viviana kata semuanya akan okay. Jadi Olivia mengikut sahaja walaupun sebenarnya kedua gadis itu sendiri risau dengan keputusan yang mereka ambil. Mereka berdua tahu jelas sama ada Henry mahupun Zayn tidak membenarkan mereka untuk pergi bercuti.

Tanpa izin kedua lelaki dewasa tersebut. Olivia dan Viviana tak sepatutnya pergi. Tapi kalau dah degil tu tetap degil. Akhirnya Olivia pergi mengikuti aktiviti percutian selepas mendapat keyakinan daripada Viviana.

Olivia sebenarnya takut kalau Henry mengamuk jika dapat tahu yang dia pergi juga. Kemungkinan besar Henry akan mengamuk lebih teruk dari haritu. Kenapa Henry dan Zayn sudah seperti Ayah mereka berdua sahaja.

Sebelum menaiki kapal terbang untuk menjalankan aktiviti percutian masih di dalam negara. Olivia sempat menelefon dan memberitahu papa dan mama. Kedua orang tuanya mengizinkan asalkan Olivia pandai menjaga diri lagipun Viviana pun ikut bersama.

Jadi kenapa Olivia harus mendengar kata Henry?

" Ki—ta ikut sebab ni aktiviti sekolah.. Ya aktiviti sekolah. ". Olivia menyakinkan dirinya sendiri. Viviana mengangguk bagi pihak Olivia membenarkan. Setelah itu, Olivia menyimpan telefon ke dalam beg nya.

Henry's Dark ObsessionWhere stories live. Discover now