HDO 16

12.5K 709 53
                                    


Henry tegak berdiri sambil berpeluk tubuh memerhati ke arah bawah melalui cermin kaca yang menjadi penghalang antara mereka. Di sana terdapat banyak lelaki menjalankan kerja kotor dengan cekap dan mahir. Bangunan khas peprosesan senjata berbahaya milik Henry sendiri. Kalau nak kaya kena bijak.

Memang harta mommy nya terlampau banyak serta cukup untuk keturunan selanjutnya tapi kalau nak lagi mewah, kaya mestilah buat sesuatu yang boleh menambah kewangan. Ini hanya satu satunya bangunan kepunyaan Henry yang melaksanakan pembuatan benda illegal ini. Dia hanya menjual dan export ke luar negara sahaja.

Untuk pembeli dalam negara kemungkinan besar mereka perlu berurus dengan kadar lama untuk mendapatkan senjata yang dimahukan kerana semua barang kepunyaan Henry dijual dengan harga yang tinggi. Polis? Henry bijak mengelabui mata setiap polis yang ada dengan keterampilan dia yang kelihatan segak dan kaya. Dia berjaya menutup mulut para penghalang di luar sana.

" Dalam tiga hari pembeli luar negara akan datang untuk ambil jumlah yang mereka order, Sir ". Lelaki yang merupakan bodyguard, orang yang sentiasa menjadi informer ialah orang yang sama bertanggungjawab menjaga sekaligus mengawasi tempat ini menjelaskan kepada Henry yang khusyuk merenung segala proses di bawah. Henry tidak menoleh sama sekali.

" Berapa ". Hanya bibirnya yang bergerak untuk bertanya. Matanya tak lepas daripada melihat tangan tangan pekerja yang bergerak lincah. Bodyguard nya atau boleh kita sebut sebagai Gun menjelaskan dengan lebih lanjut. Henry mengangguk tanpa reaksi, matanya hanya tertuju ke bawah. Dia mengeluarkan telefonnya memeriksa jika terdapat sebarang mesej.

Tapi tidak ada. Bibirnya mengetap rapat dengan tangan mengenggam benda digital yang nampak kecil pada ukuran tangannya yang besar. Gadis kecil itu memang berlainan dengan gadis yang pernah dia bayar untuk menjadi sugarbaby nya.

Kalau dulu sugarbaby nya yang akan mengirimkan mesej atau menelefonnya sehingga dia perlu meletakkan syarat agar jangan menelefonnya tanpa sebab penting. Tapi Olivia menganggapnya seperti tidak wujud. Satu mesej pun tak timbul pada notification barnya. Memang mencabar egonya dengan sikap gadis kecil itu.

Henry berjalan pergi meninggalkan Gun di sana yang menjadi pengganti menatap ke arah pembuatan benda terlarang tersebut. Kereta di pandu pergi dengan laju kalau diikutkan sekarang sudah habis waktu sekolah Olivia. Dia sendiri akan membawa gadis itu pulang bersamanya nanti. Tak kira dengan cara apa antara Olivia menuruti katanya atau dia yang memaksa gadis itu.






" Biar aku hantar kau balik rumah kau dekat mana ". Kyle berjalan mengekori Olivia sambil memberikan tawaran agar menumpangnya. Olivia berpandangan dengan Viviana yang ada bersama mereka sebelum menoleh ke arah Kyle. Lelaki itu nampak menunggu balasannya.

" T—Tak apa lah Kyle.. O-Oliv boleh balik dengan Vivi. Terima kasih..". Olivia menolak dengan suara lembutnya bersama senyuman yang kekok sambil memegang erat begnya. Viviana pula menjelingkan matanya menyampah dengan kehadiran lelaki itu. Muka sudahlah lebam apa ke yang di buatnya.

" Itu motor aku, still jawapan yang sama? ". Kyle mengambil helmet lalu di pegang pada tepi pinggang dengan tatapan lurus pada wajah Olivia. Akibat tatapan tersebut menyebabkan wajah Olivia menjadi merah kerana menahan perasaan malu yang hadir. Olivia menayangkan senyuman yang sama. Menolak pelawaan Kyle sebentar tadi.

Kyle menghela nafasnya sambil menyarung helmet sebelum menunggang superbike miliknya. Sebelum pergi, Kyle menaikkan cermin helmetnya lalu memajukan badannya ke arah Olivia merenung gadis itu lama dan tajam. Olivia pula terdorong drastik mengundur kerana terkejut dengan gerak pantas pelajar tersebut.

" Jangan sombong sangat dengan aku. Suatu hari nanti kau akan minta tolong dengan aku juga Olivia. ". Sengaja Kyle menurunkan suaranya menjadi rendah dengan senyuman di bibir. Berkedip tanpa henti mata Olivia menatap ke arah Kyle. Kenapa lelaki itu selalu menganggu dirinya. Viviana memutarkan matanya lagi.

Henry's Dark ObsessionWhere stories live. Discover now