seminggu berlalu , dan banyak juga lah maklumat yang kami terima dari radio yang dibaikpulih , dan juga kertas cetakan yang tersedia di bilik bawah tanah . semua nya berguna untuk mencari vaksin yang sukar untuk ditemui
aku mencatat satu demi satu maklumat yang tertera pada papan jadual yang tergantung di dinding . supaya senang nak ingat
" tak guna , aku kena keluar lagi hari ni " aku mengetuk dahi dengan pen apabila maklumat yang ada sekarang tak cukup
Sunghoon yang menyedari perkara itu terus menahan dahi aku dengan tapak tangan nya
" sabar , jangan give up awal sangat " kata kata semangat itu langsung tak memberi kesan untuk aku berasa lega
aku kerap keluar berseorangan untuk mencari maklumat lain . nyawa aku bergantung 50 peratus dan 50 peratus pada masa yang sama . tiada peneman
" kau tahu , aku bagai nak mati keluar sorang sorang untuk cari maklumat . aku ni dah lah penakut " aku mengeluh berat
" kalau aku teman kau sekalipun , siapa nak tengok panel kawalan ni , siapa nak jaga radio . kita berdua , bukan bertiga atau berempat " Sunghoon cuba untuk tidak buat aku rasa terlalu cuak
" kau memang , mana pernah nak teman aku " aku menjeling namja ini atas bawah . kerusi di depan aku duduk dengan malas
" yelah lepas ni aku teman kau " dia menggeleng perlahan , kemudian kembali fokus pada panel kawalan
aku melihat jam dinding , sekarang pukul 3 petang . tiba masa nya aku perlu bergerak untuk mencari maklumat . aku mengemas bagpack dan membawa apa yang patut
aku keluar dari perkarangan rumah , mask hitam menutupi separuh wajah aku untuk mengelakkan diri dari dijangkiti . kayu baseball aku bawa untuk memukul jika perlu , dan aku menggunakan kaedah jalan sepuluh langkah seminit macam selalu
aku pergi ke bangunan kedai yang setinggi dua tingkat , kemudian aku naik ke rooftop . aku berjalan itik takut takut diekori ataupun seseorang akan nampak
teropong aku ambil kemudian melihat lihat sekeliling dari atas . chewing gum yang aku bawa dikunyah untuk penyegar mulut
" hm lawak betul , waktu darurat ni pun kau nak bergaduh " aku tertawa melihat sekumpulan manusia yang bergaduh merebut barang , tak matang sungguh
" damn , kenapa dorang naik ! " aku melihat ke bawah , beberapa ketul zombie masuk dan naik keatas
aku memasukkan teropong ke dalam beg , pintu rooftop ditolak oleh beberapa ketul zombie yang masuk tadi . lantas aku berlari dan lompat ke bangunan sebelah
" yes berjaya , haha padan muka kau " setelah mendarat dengan selamat , aku menoleh ke belakang sambil mentertawakan zombie yang tak lepas ke bangunan sebelah
aku terus turun dan bersedia untuk pulang , masih tiada sebarang maklumat yang aku jumpa , juga langit hampir gelap . makhluk ni akan jadi lebih agresif
YOU ARE READING
zombie apocalypse. sunghoon
Fanfictionapa nasib kau bila berlumba dengan masa apabila mengharungi detik huru - hara. 「 complete ! 」 © heewonsimp 2021