petang itu , aku masuk semula ke dalam mall seorang diri . tujuan nya kerana aku mahu berlatih menggunakan senjata api , bosan lah pakai pisau je
kedai senjata yang terletak di tingkat atas sekali aku pergi dengan langkah gembira
kedai itu masih berfungsi dengan segala peluru dan senjata pelbagai jenis . tinggal ambil dan guna saja
mata aku menangkap sebuah senapang yang agak cantik dilihat . pada label barang ia bernama Groza , kecil tetapi hebat
aku berpura pura mengacu senapang itu dengan melihat scope dan menghalakan ia kesana sini . acah je
sedang aku berseronok , muncul satu makhluk yang tidak menyedapkan pandangan . dia berdiri di depan aku , dengan mata aku masih memandang scope itu . tepat pada mata nya , membuatkan aku terkejut
" tak guna Hoon ! aku ingat zombie tadi , baru aku nak tembak " aku menurunkan senapang itu lalu diletakkan di tepi
" ada hati nak tembak aku , peluru pun takde " dia menggulingkan bebola mata
" kau datang sini semata nak main main ke apa Hyun ? tak serius lah kau ni " Sunghoon membelek belek senapang yang ada disitu , mata nya kekal memandang aku
" tak lah , aku nak try belajar guna benda alah ni . penat aku nak guna pisau , kalau pedang takpe lah juga " rungut aku
" kau nak aku ajar ? "
" kau pandai guna ke ? "
" aku kan Park Sunghoon "
dia menarik tangan aku ke sesuatu tempat untuk berlatih . kalau main tembak tembak dalam mall tu takut kena orang , tak pasal pasal mati
━━━
badan aku meniarap diatas lantai sambil kedua belah tangan memegang Groza yang aku ambil awal tadi . masih struggle untuk menembak dengan tepat kerana dunia permainan dan realiti tak sama
" tak kena tu , hah tembak lagi "
dengan cuai nya aku tersasar ketika menembak . epal sasaran , tetapi bertukar ke burung yang terbang berdekatan . maka tamatlah riwayat hidup si burung
" kau dah kenapa malaun pergi tembak burung tu " marah Sunghoon , dahi nya ditepuk
" dia banyak dosa , aku bawak dia masuk neraka " balas aku riang tak bersalah
" sampai bila bila pun takkan pandai , sini aku tunjukkan "
dia datang dan meniarap di sebelah aku . jari nya membetulkan posisi aku sewaktu mahu menembak , dan juga kedudukan jari aku perlu terletak di mana . ya , Park Sunghoon bagus dalam semua benda
" kau cuba guna Sks pula "
aku menukar senapang itu , dan kembali ke posisi sama . Sunghoon masih membantu aku untuk menembak dengan tepat
YOU ARE READING
zombie apocalypse. sunghoon
Fanfictionapa nasib kau bila berlumba dengan masa apabila mengharungi detik huru - hara. 「 complete ! 」 © heewonsimp 2021