Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
cahaya matahari pagi yang terik itu menusuk ke mata Scarlet . maka dia terjaga dari tidur yang lama , dia meregangkan badan nya lalu menguap . dia memandang ke sebelah , Sunghoon yang masih tidur nyenyak
" Hoon bangun Hoon ! " gadis itu menampar pipi gebu milik Sunghoon . apa lagi , terkejut beruk lah dia
" hah apa ? apa ? " dia bangun dengan kelam kabut , tiba tiba saja dijerit suruh bangun . cuak lah dia dibuat nya
" bangun , dah pagi " ujar Scarlet seperti tidak melakukan kesalahan . dalam hati nya menahan tawa sampai kan dia tak mahu memandang namja itu
" kejut elok elok tak boleh ke ! rosak muka hensem aku ni kau pergi tampar ! " bebel namja itu . pagi pagi dah buat mood dia rosak
" perasan " Scarlet sempat menjeling lalu mengambil beg berisi makanan di tempat duduk belakang
Sunghoon hanya diam saja , dia masih lagi mamai selepas dikejutkan tadi . kalau boleh dia nak sambung tidur tapi disebabkan tak mahu kena tampar , dia membatalkan niat
" nah roti " tanpa rasa bersalah lagi , Scarlet mencampak sepeket roti di tangan nya kearah Sunghoon . buat kali kedua namja ini terkejut
" thanks " balas nya acuh tak acuh . plastik roti di buka lalu menyuap roti ke dalam mulut
botol air yang dibawa bersama itu diminum rakus . haus agak nya . mereka menghabiskan sarapan ringan itu tanpa sebarang suara dikeluarkan . suasana itu tak dapat dibayangkan
" kita nak pergi mana dulu ? " soalan oleh Scarlet itu membuatkan Sunghoon berfikir sejenak
" kita pergi memburu sama sama lah " balas nya . Scarlet mengangguk paham dan dia mula bersiap siap
" shit , aku nak mandi dekat mana ? ! " rungut Scarlet . baru dia teringat yang mereka berdua tidur di dalam kereta dan bukan nya rumah
jadi dia beranggapan bahawa tandas hanya beberapa langkah , tetapi sayang nya tidak
" nak pergi tandas awam , takut kena kejar pula . jawapan nya tak mandi lah kita " Sunghoon membalas seperti fasih berkata kata
bbuk !
" tak guna , acah je pandai tapi tak pakai otak ! " Scarlet memukul lengan namja itu , entah kenapa dia tiba tiba emo hari ni
Sunghoon hanya mampu menggulingkan bebola mata , malas dia nak melayan perangai kawan dia yang hanya tahu meroyan dan merungut macam author
kereta bergerak dan destinasi mereka masih tidak ketahui . jika nama nya memburu , pasti destinasi di mana mana saja asalkan maklumat di dalam tangan
Sunghoon memandu ke kawasan pekan yang agak terpencil , bagi dia banyak maklumat yang terdapat di tempat terpencil kerana saintis dan doktor melakukan eksperimen di sana
kereta diparkir di tempat tersorok supaya selamat . kedua dua remaja ini keluar dan melihat lihat pekan terpencil yang mereka tak pernah jejak kaki kesana . macam yang dikatakan keadaan kelihatan teruk dan pemilik setiap kedai berpindah randah ke bandar