setelah berehat , kami menyambung semula perjalanan . di kawasan desa ni agak terpencil dan kurang makhluk menyeramkan kecuali hantu , zombie yang ganas ganas pun tidak lah banyak mana . hanya yang berjalan perlahan saja kelihatan
kami mengambil keputusan untuk pergi ke taman tema
tujuan nya kerana untuk melepaskan rasa lelah dan ketakutan . dapat lah merasa seronok dan lebih semangat . itulah pendapat yang Sunghoon kata
bukanlah taman tema yang baru buka , sebenarnya taman tema yang sudah lama ditutup . dengar cerita masih elok digunakan memandangkan orang yang tinggal dikawasan itu membaik pulih dan dijadikan pameran tengok tengok saja
taman tema yang terletak di daerah Bokheung - myeon itu dahulu nya agak terkenal . ditutup kerana darurat
oleh kerana hari sudah lewat malam , lagi menambahkan rasa seronok di taman tema tersebut . dengan lampu dan lagu lagu
kami tiba disana , segala suis dibuka . serta merta taman tema itu cerah dan berlampu , permainan bergerak sana sini . sumpah aku kata lebih meriah dari sambutan hari guru dekat sekolah
" Ni-ki , jom teman noona main benda tu " aku menarik tangan Ni-ki ke permainan bernama pirate ship ride
dia hanya mengikut , dan kami berdua menaiki permainan itu dengan jeritan . benda normal , author naik siap menangis . kau apa tahu
dan yang lain menaiki permainan ikut suka hati mereka , kerana tempat ini sudah ditutup . tiada orang boleh masuk , itulah antara kelebihan darurat
sedang aku bersuka ria bermain tanpa henti , mata aku tertangkap satu sosok badan yang cuba memanjat pagar besi . aku mula meremang , oh tidak
━━━
" LARI KORANG ! " jerit aku lari bertempiaran , masing masing memandang aku kebingungan dan masih kekal berada diatas permainan yang dinaiki
" lari kenapa ? ! " jerit Jungwon
" ADA ZOMBIE ! " dia mendekatkan tangan pada telinga , masih lagi dapat mendengar walaupun jauh
" kau biar betul " balas nya dengan jeritan
aku menangguk , aku dan Ni-ki berlari ke tempat yang lebih tinggi dengan cara untuk menyelamatkan diri
" holy shit ramai gila ! " Jake menjerit sebaik saja nampak berpuluh zombie mengejar kami berdua dari belakang
mereka yang lain cuba untuk keluar dari permainan itu dan mula melarikan diri . tetapi sayang nya pagar tertutup , aduhai
" macam mana boleh terlepas tu ? ! " soal Sunoo sambil melarikan diri
" aku tak tahu , aku dengan Ni-ki nampak dorang cuba panjat pagar besi "
" kau tak tahu ke , dorang peka pada bunyi dan cahaya " celah Jay
" mana aku tahu , salahkan Sunghoon sebab ajak kita pergi sini "
" oih asal aku " marah namja itu apabila nama nya dipetik
kami semua cuba berlari sepantas yang boleh . menyorok disebalik dinding yang sukar untuk dilihat sesiapa . macam yang Jay kata tadi , mereka peka kepada cahaya dan bunyi , menyebabkan mereka jadi lebih agresif . tambah pula waktu malam , dua kali ganda agresif
" macam mana kita nak lawan ni , dorang banyak sangat . boleh mati kita nanti " Jake mengetuk dada nya , hampir hampir kehilangan nafas dek kerana berlari
" aku tak nak mati awal , aku nak jumpa eomma aku " Heeseung mula menangis , sungguhpun siapa je tak takut
aku buntu idea , kami semua mencari cara untuk melarikan diri dari zombie itu . redah begitu saja atau menyorok disini hingga mereka beransur pergi ? aku masih tak tahu
" korang nak cuba cara lain ? " pertanyaan aku membuatkan mereka memandang
" cara apa "
" kita lawan mereka , korang semua pandai guna senjata kan ? "
" tak tak dan tak , aku tak nak lawan dengan dorang . silap silap aku yang mati dulu " Heeseung menolak cadangan aku
" kalau kau rasa nak mati awal duduk sini , aku nak ambil senapang . bubye ! " aku mula bergerak dengan berhati hati dan mencari senapang yang ada disitu , ataupun di kereta
" aku ikut Scarlet . korang nak ikut silakan , nak tinggal sini suka hati "
aku mengambil pistol di pondok kecemasan dan juga alat pemukul yang ada disitu . nak ambil senapang di kereta jauh sangat dan terlalu terdedah
aku memakai perlindung dan bersedia untuk beraksi
" wah malam ni nampak menarik sekali " ujar Sunghoon
" are you ready ? " Jungwon mencelah
" oh aku dilahirkan untuk semua ni " Jake membalas
dan kami semua memberanikan diri untuk membunuh zombie itu satu persatu . setiap percikan darah mereka merupakan satu kepuasan . rasa membunuh itu seronok sekali , walaupun takut masih ada
pang ! pang !
berdos dos tembakan dari serata tempat . aku kekal berdiri sambil menembak mereka , ada dua tiga ketul lagi berlari sambil menembak mereka kerana rasa seronok , dan ada yang tembak sambil menaiki permainan . tetapi aku masih tak nampak Sunghoon dimana , ada lah idea dia tu
tembakan tepat dikepala itu membuatkan aku berasa lega , tiada satu pun tersasar . tak sia sia selama ni aku belajar dari game
peluru habis , alamak !
masih ada zombie mendekati aku . aku melarikan diri , takkan aku nak lawan dengan tangan kosong pula . naya nanti
aku melepasi beberapa permainan , tunduk dan melalui dibawah nya . ternyata zombie yang mengikuti aku tadi dicampak oleh frisbee ride
kemudian aku memasuki rumah hantu , pada waktu begini aku tiada rasa takut akan hantu dan lebih takut pada zombie yang sedang mengejar aku . ada zombie yang ditangkap oleh hantu , dan ada juga zombie yang disorok . kasihan anda
aku tiba di kawasan acara bertoken , dimana banyak patung patung tergantung disana . mungkin disini lebih selamat
rrr ...
oh my , biar betul apa yang aku nampak ni . dia betul betul berdiri di hadapan aku , aku mengundur sedikit ke belakang
zombie yang memakai kostum badut , wajah nya sudah hancur dan berdarah . badan nya yang tegap dan tinggi itu , hm aku tak boleh nak lawan . mungkin ini lah penamat hidup aku
aku seorang saja berada di kawasan ini , tolong sesiapa pun
aku mengundur ke belakang dengan lebih pantas , dia mula mengejar aku . kemudian aku terus membuka langkah seribu , kenapa perlu kejar aku . orang lain kan ada alahai
aku berlari ke tempat lebih terdedah dari tadi , terlihat Ni-ki sedang menggoncang mesin air . aku memanggil nya
" Ni-ki tolong noona ! " jerit aku , pantas dia menoleh
mata nya membulat , shotgun di tangan nya dihalakan pada zombie badut itu . lalu tembak ia , zombie itu jatuh tersungkur dan darah di serata tempat
aku merebahkan badan , berdebar hati aku aku tadi . aku menghela nafas lega . nasib baik tak sempat kena makan tadi , perjalanan hidup aku masih panjang hehe
" sama sama " balas Ni-ki , dia sambung menggoncang mesin air tadi
entah dia masukkan duit tetapi air tidak jatuh atau di nak kesemua air jatuh . aku hanya memandang nya saja
━━━
daerah Bokheung - myeon tu bukan bebetul sebenarnya , aku just search google map tempat yang dekat dengan Gwangju je HAHAHA . happy reading !
YOU ARE READING
zombie apocalypse. sunghoon
Fanfictionapa nasib kau bila berlumba dengan masa apabila mengharungi detik huru - hara. 「 complete ! 」 © heewonsimp 2021