Haruto membuka tudung saji didapur rumahnya. Ada beberapa tteoboki dan nasi yang berlaukkan sup ayam.
' Laparnya.. ' desis hatinya.
" Mungkin ni makanan untuk aku. " Angguk Haruto. Selama ni, memang sisa makanan keluarga ini sahaja yang menjadi santapannya.
Baru sahaja dia mahu beria mahu mengambil sudu dan garfu, kepalanya menerima tujahan keras. Terdorong badannya kehadapan. Dia mengaduh kecil.
" Siapa suruh kau makan? " Soal Hanbin, keras. Haruto berdehem.
" Erm.. tu kan sisa makanan. Jadi, Ruto ingat tu makanan untuk Ruto. "
" Tu makanan Doyoung! Bawa naik atas bagi kat dia dalam bilik! " Tengking Hanbin. Haruto menunduk.
Gruuuuu....
Haih, perut dah berbunyi lapar. Haruto mengangguk patuh. Dia mengambil makanan yang ada dan dibawa ke bilik Doyoung.
Sampai sahaja ditingkat atas, bilik Doyoung dituju. Tangannya memulas tombol membuka pintu. Gelap. Semuanya gelap.
Langsir ditutup, pintu ditutup. Doyoung pula sedang berselubung dalam selimut. Haruto masuk dan makanan diletak diatas meja belajar Doyoung. Langkahnya diatur menuju ke katil Doyoung.
" Doyoung.. " panggilnya, perlahan.
Tiada respon.
" Doyoung... "
Masih tiada respon.
Dengan perlahan, Haruto menyingkap selimut milik Doyoung itu. Membulat matanya. Segera tubuh abang angkatnya diterpa.
" Kau okay tak ni? " Soalnya, risau. Dia gelisah apabila melihat tubuh Doyoung yang menggigil itu. Dahi disentuh. Panas.
" Aku okay. " Jawab Doyoung dalam keadaan gigil. Haruto resah. Dia segera berlari keluar dan selepas beberapa ketika, dia kembali bersama sebesen air dan sehelai tuala kecil.
" Baring. Biar aku buat. " Arahnya apabila Doyoung mahu bangun. Lelaki itu hanya menurut dalam keadaannya yang lemah itu.
Tuala kecil dilembabkan dengan air suam itu lantas diletakkan diatas dahi Doyoung. Ditekap beberapa kali sebelum tuala itu dilembabkan lagi.
" Kau suka jadi mentee Haewon? " Terpacul ayat itu daripada bibir Doyoung. Perbuatan Haruto terhenti.
" Maksud kau? "
" Haewon.. kau kan.. uhuk uhuk! "
" Tak apa. Jangan banyak bercakap. " Haruto menepuk bahu Doyoung. Beberapa kali sehingga pernafasan Doyoung stabil.
" Haewon.. dia nampak berminat dengan kau. Banyak kali aku nampak kau dengan dia. "
" Perempuan tu menyibuk je. Aku tak suka dia. Lagipun, dia dengan Yedam kan? "
" Kau pun tahu dia dengan Yedam? "
" Pernah ternampak. " Balas Haruto. Dia bangun dan mengambil makanan milik Doyoung. Gelengan Doyoung menambahkan hairan.
" Aku taknak makan. "
" Makan. Nanti kau sakit. "
" Boleh tak kau jangan menyibuk? Kalau aku mati pun, apa kau kisah? "
" Kau abang aku, Doyoung. Aku kena ambil berat. Apa-apa jadi kat mama papa, aku ada kau je. "
Doyoung terdiam. Akhirnya dia membuka mulut apabila Haruto menyuapkan makanan.
" Makan banyak. Kalau jadi apa-apa, aku yang kena dengan app-- "
" Haewon. Aku suka dia. "
Kedua-duanya terdiam. Saling merenung. Mata Haruto bergetar. Dia berdehem dan pandangannya dihalakan kearah lain.
YOU ARE READING
Favourite Lover // Haruto ✓
FanfictionLelaki menyusahkan. Dan sini aku nak ingatkan cinta pertama takkan seindah yang disangka. Kalau cinta terakhir? Haruto atau Doyoung? © HARUTO FANFICTION