BAB 39

2.1K 237 137
                                    

Doyoung mengemaskan selimut dan ditepuk perlahan. Senyuman pendek menghiasi wajahnya. Dia berdehem.

" Doyoung pergi kerja dulu ya pa? "

Namun, Hanbin hanya membatu didalam selimut. Matanya masih utuh memandang gambar dipegangannya.

Gambar Daena.

" Doyoung pergi dulu... " Katanya, lantas tangan Hanbin cuba digapai. Baru sahaja ciuman mahu dilabuhkan, Hanbin pantas menarik tangannya dengan laju.

" Jangan sentuh aku kalau kau bukan Daena. "

Doyoung mengemam bibir. Dia menapak keluar daripada bilik Hanbin. Nafas berat dilepaskan.

5 tahun lepas..

Mamanya meninggal akibat kemalangan jalan raya. Dikatakan sabotaj musuh perniagaannya. Lantas, papa jadi begitu. Diam, tak mahu bercakap dan asyik memegang gambar mama.

Doyoung juga sudah memohon tempoh perkhidmatan papa ditamatkan segera. Lelaki ini tak boleh bekerja dengan keadaan begitu.

Kini, Doyoung sudah berjaya menjawat jawatan doktor. Walaupun baru permulaan kerjaya, dia bersyukur kerana sekurang-kurangnya dia sudah mampu menanggung papa kembali.

Jam tangan dipakai dan tali leher diambil. Dia menapak ke keretanya. Beg bimbit diletakkan ditempat duduk sebelah, lantas enjin dihidupkan. Dia memandu ke Hospital Seoul.

Sebaik sahaja tiba, dia menapak ke dalam ruangan. Kedatangan diisi dahulu lantas kot hospital dicapai. Dia akan segera bertugas.

Sementara menunggu pesakit, Doyoung boleh sarapan terlebih dahulu. Akibat dia hanya membungkus sandwich sahaja, dia tidak ingin ke kafeteria hospital.

Tiba-tiba dia tersengih sendiri. Kejadian semalam mengetuk ingatannya.

Haewon turun ke tingkat bawah dengan muka mamainya. Dia menguap.

Kerana mabuk Haewon yang terlalu teruk semalam, Doyoung yang menghantarkan Haewon pulang. Eomma nya membebel dan appa hanya tertawa. Eomma juga menjemput Doyoung untuk tidur sahaja di rumah itu kerana jam sudah mencecah angka 1 pagi.

Dan pagi itu, Doyoung sendiri menawarkan diri untuk menyediakan sarapan keluarga Haewon. Eomma hanya mengangguk. Senang dengan perilaku Doyoung.

Sedang asyik Doyoung menggoreng nasi goreng, tiba-tiba sahaja punggungnya ditepuk. Dia kaku.

" Hyunsuk oppa, masak apa je ni? Biasanya malas! " Satu suara bersuara. Doyoung berpaling. Dia lihat Haewon sedang meneguk sebotol air mineral sambil membelakangkannya.

Doyoung menggeleng.

Dia ingat aku Hyunsuk ke?

" Eh dik! Awal kau bangun harini? " Hyunsuk masuk ke dapur dan menegur Haewon.

Haewon terhenti meneguk air.

Dia diam tidak berkutik.

" Jap... Bukan oppa ke yang memasak ni? "

" Oppa? Mana ada! Ni Doyoung lah yang masakkan. " Hyunsuk mengangkat bahu dan mengambil sebungkus kerepek diatas rak.

Haewon dengan perlahan berpusing.

Doyoung sedang tersengih.

" YAHHHHH PERVERTTTT!!!! " Jerit Haewon. Dia mengeluarkan terung daripada peti ais untuk dijadikan perisai.

Doyoung terkulat-kulat tidak memahami situasi.

" Aku pervert? Kau yang tepuk bontot aku! "

Favourite Lover // Haruto ✓Where stories live. Discover now