BAB 32

2.1K 263 35
                                    

" Eh kejap apa semua ni? Pasal apa nak bawa Haruto pergi? Atok ni siapa? " Bidasku apabila aku lihat Haruto hanya mendiamkan diri.

Wajah eomma aku pandang. Dia menjengilkan mata kepadaku. Apa? Nak suruh aku hormat orang lagi tua? Dia tu pun jarang jenguk aku dengan Hyunsuk, lagi nak mengajar aku? 

Hyunsuk menyuruh aku bertenang dan Doyoung hanya memerhatikanku. Semua mata memandangku kini. Tetapi aku kena pertahankan hak Haruto.

" Nama aku Hisashi. Watanabe Hisashi. Dan aku atuk kandung Watanabe Haruto. " Lelaki tua itu menapak kearahku. Dia nampak garang dengan misai lebatnya namun aku tak gentar.

" Atuk? Mana atuk selama ni? Mana atuk selama 17 tahun ni? " Balasku, berani. Eomma menghampiriku dan memegang lenganku, namun aku tepis kuat.

" Aku tak ambil Haruto sebab aku kecewa dengan mak kau, Hitomi. Aku kecewa dia boleh mengandungkan anak lelaki Korea! Dan dia punca hubungan aku dengan family yakuza lain terputus! Dia sepatutnya kahwin dengan lelaki lain, tapi dia pilih lelaki bodoh tu! " Hisashi menunding jari pada seseorang.

Aku dan Haruto tergamam.

Hanbin.

" Pa--papa? " Haruto terketar. Dia nampak terkejut.

" Mak kau mati masa lahirkan kau, Haruto. Dan lelaki tak guna ni lari masa Hitomi nak lahirkan kau! " Hisashi bertempik kuat. Haruto masih ternganga.

Aku meraup muka.

Dan tanpa kusangka Doyoung menghampiri kami.

" Kau adik tiri aku? " Soal Doyoung, tidak percaya. Haruto terdiam.

" Apa ni pa? " Doyoung keliru.

" Haruto, ikut atuk kamu balik Jepun. Dia ada perkara untuk kamu di Jepun sana. Ini arahan. " Hanbin bersuara.

Aku pandang wajah Haruto. Dia tidak lagi takut.

" Baik. Haruto balik Jepun. "

Aku terkesima. Balik Jepun? Ke--kenapa? Habistu, aku? Kenapa kena balik Jepun?

" Kemas barang kau. Kita balik Jepun sekarang. " Arah Hisashi dan dia menapak keluar daripada rumah. Seorang lagi lelaki menghampiri kami dan dia menepuk bahu Haruto.

" Nama pakcik, Kaito. Pakcik kawan mama kamu sejak kecil lagi. Jangan risau, kat sana nanti kami ceritakan semuanya. " Senyum lelaki bernama Kaito itu. Haruto tersenyum lega.

" Err pakcik Kaito, boleh tak saya nak Haewon ikut saya pergi airport? "

Haruto pandang mataku. Dan aku berharap Kaito mengatakan ya.

" Boleh. Siap cepat. Flight lagi 2 jam. "

Aku dan Haruto terus ke tingkat atas dan aku menemaninya mengemaskan baju. Dia nampak sayu.

" Kau jangan pergi lama sangat. " Kataku, sengih. Haruto menunduk sugul.

" Aku akan rindukan kau, Haewon. " Dia memeluk tubuhku, rapat.

" Aku pun. Aku akan jaga diri kat sini. Kau pun sama ya, Haruto? Jangan nakal-nak-- "

Aku tersentak apabila terasa cecair panas jatuh dipipiku. Aku mengangkat muka.

Haruto menangis.

" Eh janganlah nangis. Aku akan okay! Aku janji. "

" Terima kasih sebab selalu ada dengan aku. Susah dan senang. Beri semangat kat aku, buatkan aku lelaki yang terbahagia kat dunia, terima kasih Choi Haewon. " Sebaknya. Aku juga turut sebak. Tubuhnya aku peluk kuat.

" Aku akan rindukan kau, Haruto. Aku akan rindukan kau. "

Kami menaiki kereta milik Kaito ke lapangan terbang Incheon. Appa pula mengikut kami daripada belakang. Kami berdua hanya senyap dan tidak bersuara. Hanya jari kami bertaut.

Kaito memandang kami dengan sayu. Aku kasihankan Haruto. Kehilangan mak sejak lahir, didera ayah sendiri, kini atuk pula datang ambil disaat dia mahu bahagia.

Apa salah dia?

Sebaik sahaja tiba, flight Haruto terus diberikan pengumuman untuk penumpang bersedia. Hisashi dan beberapa pengawalnya sudah masuk dahulu kedalam pesawat. Tinggal Kaito, aku dan Haruto.

Haruto masih memeluk aku. Lama. Tanpa bicara.

" Jaga diri. Jangan tengok lelaki lain. Lagi-lagi Doyoung. " Sengihnya. Hidung aku dicuit.

" Okay Watanabe Haruto. And you too. Jaga diri, jangan tengok perempuan jepun kat sana! Mata dorang lagi sepet daripada mata aku, jadi tolong jangan curang eh! " Kataku dengan kerutan. Haruto tertawa halus.

" Ai shi teru. " Haruto tersenyum.

" Camne nak cakap saya sayang awak juga? "

" Watashi mo aishiteruyo. "

" Ha! Watashi mo aishiteruyo! "

" Haruto! Kita dah kena gerak! " Kata Kaito. Haruto mengangguk patuh. Dia mencium pipiku sebelum dia berlari kearah Kaito.

" Aku sayang kau, Choi Haewon! " Jeritnya. Dia melambai padaku semasa menaiki eskalator lapangan terbang.

" Aku sayang kau juga, Watanabe Haruto! "

---------------

Sebaik sahaja sampai kembali dirumah, eomma menunggu kami sambil bercekak pinggang. Dia nampak marah. Aku melihat ruang tamu. Masih ada Doyoung dan Hyunsuk disitu.

Doyoung ni tak nak balik ke?

" Doyoung? Kamu tak balik lagi ke? Papa kamu mana? " Soal appa, ramah. Doyoung menggeleng.

" Saya nak tahu cerita berkenaan Hitomi dan papa saya, uncle. " Kata Doyoung. Dia menunduk. Eomma terus mencubit lenganku.

" Kenapa gatal sangat ikut jantan pergi airport hah?! " Marah eomma. Aku menjengilkan mata.

" Kalau selama ni tak pernah kisah pasal anak, kenapa tiba-tiba nak beria sekarang? "

" Siapa kata eomma tak kisah hah?! Kamu makin kurang ajar eh! Siapa ajar? Hyunsuk? " Eomma menundingkan jari pada Hyunsuk. Namun segera aku membalas.

" Sebab oppa, Haewon jadi manusia sekarang! Tak payah nak menuduh pada kesalahan sendiri! " Kataku, keras. Hyunsuk memandangku dan menyuruh aku duduk disampingnya.

Aku menjeling eomma dan menghampiri Hyunsuk. Aku juga ingin dengar kisah Haruto daripada appa.

" Macam mana kamu tahu uncle kenal Hitomi? " Soal appa, tertawa. Doyoung meraup muka.

" Papa bagitau tadi. Dia kata uncle satu hospital dengan papa dulu. Betul ke? "

" Uncle dulu dapat pertukaran kerja ke hospital Fukuoka sama dengan papa kamu. Tapi dia uruskan pesakit berlainan. Dan antaranya mama Haruto, Hitomi. "

" Dan dorang fall in love? " Celah Hyunsuk. Appa tersenyum sebelum dia menghirup secawan kopi buatan eomma.

" Cerita dia macam ni... "









GAIS!

Nak attention! Sama ada yg selalu vote, yg selalu komen, yg silent reader!

Meh sini!

Nak opinion korang!

Korang nak sapa mati?

Haruto

Doyoung

Haewon

Lain-lain watak?

Komen ya! Thank you, sayang korang 💗💗💗💗💗

Favourite Lover // Haruto ✓Where stories live. Discover now