BAB 18

2.4K 245 73
                                    

Kiri.

Kanan.

Atas.

Bawah.

Clear!

Aku membongkok dan berjalan perlahan. Mataku mengawasi kiri dan kanan keadaan dihadapanku. Apabila dipastikan tiada orang, segera aku memanggil Jia dan Jeongwoo.

" Psttt psttt! Korang! Clear! "

Jeongwoo dan Jia mengangguk dan mereka bersama membongkok dengan laju kearahku. Kami bertiga berkumpul dan baju kami yang fully black menyebabkan kami tidak berapa kelihatan.

" Macam mana kita nak elak daripada guard? " Bisik Jia. Jeongwoo memandang sekeliling sebelum dia menepuk bahuku.

" Haewon, kau pandai panjat tembok tak? "

" Hah? Pandai! Tapi aku tak berapa sampai nak grab wall tu. "

" Kau pijak belakang aku. "

Kami bertiga mengangguk dan terus menuju laju ketepi tembok. Selepas memastikan kami bertiga sampai di belakang tembok, Jeongwoo terus berdiri.

Tubuhnya dibengkokkan dan tangan dihulurkan menjadi tempat pemijak kakiku. Aku memijak tangannya dan belakang badannya menjadi tempat kedua pemijakanku.

Plakk!

Alamak! Aku terpijak ranting kebun! Segera aku menyorok di belakang semak.

" Siapa tu?! " Guard menjerit. Dia terus berlalu daripada tempatnya dan melilau menuju kedalam sekolah. Aku menghembus nafas lega lantas mengisyaratkan Jia dan Jeongwoo menggunakan pintu depan.

Selepas sahaja kami selamat masuk kedalam sekolah, kami terus menuju ke loker sekolah.

Atau lagi tepat,

Loker Sunghoon dan Lucy.

" Mana barangnya? " Soalku. Jeongwoo tersengih dan mengeluarkan beg sandangnya.

Barang-barangnya dah ada.

Aku mengambil loker Sunghoon manakala Jia mengambil loker Lucy. Jeongwoo berperanan menjaga line.

First, permanent marker.

Aku tersengih jahat. Lokernya aku conteng laju. Dalam dan luar.

LUCY IS MY GIRLFRIEND!

Dan di loker Lucy, Jia menconteng perkara yang sama.

PARK SUNGHOON IS MY BOYFRIEND!

Okey next.

Sabun cecair.

Wah wangi!

Kami menuangkan dua penutup di loker mereka. Diatas para dan dibahagian cermin.

Aku tak kacau buku Sunghoon sebab aku sedar betapa berharganya ilmu. Namun tidak bagi Jia.

Kesemua buku Lucy sudah berlumuran dengan sabun. Wangi, basah dan melekit.

Last sekali.

Sentuhan terakhir.

Jia mengambil beberapa paket lipas kecil daripada dalam beg Jeongwoo. Semuanya ditaburkan didalam loker Lucy. Kemudian, dia mengambil minyak masak dan ditaburkan diatas sabun.

Fuhh! Mesti susah nak bersihkan.

Aku pula mengambil sepeket kumbang dan beberapa salinan gambar Valak.

Aku dapat tau Sunghoon takutkan kumbang dan hantu. Apa reaksinya ya? Perkara yang sama aku lakukan kepada loker Sunghoon.

Sebaik sahaja selesai, kami terus berlari keluar. Sebaik sahaja keluar daripada kawasan sekolah, kami ketawa terbahak-bahak.

Favourite Lover // Haruto ✓Where stories live. Discover now