Aku menapak kedalam kelas dan matanya semua memandangku.
Bukan pandangan menghina.
Tetapi pandangan hormat.
Pelik?
Tapi kenapa?
Aku menuju ke tempatku dan melabuhkan punggung. Haruto masih belum tiba. Tak apalah, aku tidak mahu dia ada.
Sekilas aku memandang tempat Jeongwoo sebelum aku berkerut. Mana Jia? Dan kenapa orang lain yang duduk sebelah Jeongwoo?
Hari ni terasa sangat pelik bin ajaib.
Tak boleh jadi ni. Aku memanggil Sunoo. Dia jugaklah mamat yang pandang aku sampai terteleng tadi. Aku terus mengangkat jari telunjuk lantas diangkat memberi isyarat untuknya kemari.
Dia berpura-pura terkejut sebelum bangun dan menapak diva kearahku.
" Terkejut mak! Nak apa makwe Doyoung? " Lantas tanganku aku tepuk kuat.
" Awww sakitlah nyah! Apa dia? Apahal panggil hah?! " Dia membesarkan mata. Aku menghembus nafas.
" Kenapa semua orang pandang aku? Macam aku ni alien. "
" Oh kau tak tahu eh? Kau kan girlfriend Doyoung sekarang, pelajar terhormat kat sini. Jadi, semua takut dengan kau. Termasuk Lucy tak guna perempuan jalang tu! " Terjuih-juih bibir Sunoo berbicara. Aku berkerut pelik.
" Tapi dulu masa aku awek Yedam, tak jad-- "
" Orang lagi takut dengan Doyoung weh daripada Yedam sebenarnya. Sebab tu semua tarik nafas lega lepas Doyoung dapat ketua rumah merah je, bukannya ketua pelajar. " Terangnya. Aku menjulingkan mata keatas.
" Macam tu sekali pengaruh Doyoung? Habis tu siapa kedua terpengaruh? Jeongwoo? HAHAHA! " selorohku, namun wajah serius Sunoo mematikan tawa aku.
" Haruto. "
Gulp.
" HAH? HARUTO? APAHAL? DIA BUKAN KE BUDAK BA-- "
" Dia kan ketua team bola sepak sekolah kita sekarang. Haduh kau tak tahu ke Haewon? Berapa lama kau duduk dalam tempurung kela-- "
" Diam! " Aku menutup mulut Sunoo. Tergamam dia sebentar.
" Jadi mana Haruto sekarang? " Soalku. Baru sahaja Sunoo mahu membuka mulut, cikgu sudah masuk dan dia terus terkocoh-kocoh kembali ke tempat duduk.
-------------------
Aku membuka peti ais.
Tak ada bahan mentah. Dan aku lapar sekarang.
Biasanya aku dengan Hyunsuk memang jarang masak sebab kami berdua lemah bab memasak ni. Sebab tu Hyunsuk sering order makanan luar. Duit pun dapat sebab eomma appa sering kirimkan duit setiap kali mereka keluar negara.
" Kau masak ke dik? " Soal Hyunsuk. Aku menggeleng.
" Tak ada bahan mentah. "
" Kalau camtu makan pizza jelah. "
" Haewon tengah dietlah. "
" Mengada betullah! Harini cheating day. " Cadang Hyunsuk namun aku menggeleng.
Dingdong!
Loceng ditekan. Hyunsuk bangun dan menuju ke sistem sekuriti rumah kami. Terpancul muka pelawat dimonitor.
Jihoon?
Hyunsuk membuka pintu dan terus Jihoon menerjah masuk. Ditangannya ada 2 plastik.
" Yow! Korang dah makan ke? Aku bawak 2 pizza. " Senyum Jihoon dan seterusnya kami beradik senyum sehingga ketelinga.
YOU ARE READING
Favourite Lover // Haruto ✓
FanfictionLelaki menyusahkan. Dan sini aku nak ingatkan cinta pertama takkan seindah yang disangka. Kalau cinta terakhir? Haruto atau Doyoung? © HARUTO FANFICTION