Aku berkejar ke butik. Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi, dan aku dah lambat sejam ke tempat kerja. Semuanya kerana aku tertidur lewat semalam sebab asyik memikirkan tema sesuai bagi perkahwinan Yedam dan Wonyoung.
Mereka mahukan royal classic, tapi tidak terlalu heavy. Semalaman aku berfikir menggunakan kertas kerja. Dan pukul 4 pagi baru dapat melelapkan mata.
Sebaik sahaja tiba dibutik, aku terus menghampiri counter. Ada Chaeryoung sorang sahaja disitu.
" Oh Cik Haewon! Kita ada customer kat dalam. Tengah test baju wedding. Nanti Cik Haewon tengokkan lah eh? " Senyum Chaeryoung. Mataku melilau kekiri dan kekanan.
" Mana Jia? "
" Cik Jia ambil MC. Demam katanya. " Aku mengangguk faham.
" Erm customer ada tanya tak mana boss? "
" Tak ada. Dorang datang berdua. Cik Haewon bolehlah tengok dorang. "
Aku melangkah ke ruang persalinan. Mereka berdua masih didalam. Mungkin mencuba baju perkahwinan.
" Tadaa! " Seseorang keluar. Mataku melihatnya lantas senyuman diberikan.
" Hai! Saya Choi Haewon, boss kat sini. Saya akan uruskan wedding Cik ya? " Senyumku. Gadis itu mengangguk riang.
" Do you think this dress suits me? " Soalnya. Aku menilik tubuhnya. Nampak sesuai sebab gadis ini pun kurus.
" Cik amik theme apa? "
" Black and white je. My future tak nak berat-berat sangat. "
Aku mengangguk. Kemudian, langsir ruangan tukar baju lelaki diselak. Seorang lelaki menapak keluar. Mungkin pengantin lelaki gadis ini.
" Jadi Encik, selesa tak dengan ba-- "
Aku terdiam.
Lidahku jadi beku untuk berbicara. Tanganku menggigil.
Lelaki ini.
Haruto.
Dia juga turut tergamam melihatku. Matanya tepat memandang mataku.
Aku menggeleng dan berdehem. Tangan digenggam kuat bagi menghilangkan rasa gigil. Senyuman paksa cuba dicipta.
" So sir, okay ke dengan suit tu? " Soalku tanpa memandang matanya. Suaraku jelas bergetar sekarang.
" Yua, do you like it? "
Jadi... Gadis ini ke Yua?
Tunang Haruto?Oh Tuhan, keluarkan aku daripada sini. Tolonglah. Aku menepuk dadaku, perlahan. Cuba menahan rasa sakit dan debar didada.
" You look good. Oh nope, extra handsome today! About this suit, I think it will looks good on him too. " Yua mengangguk puas. Dia menghampiriku.
" Saya nak design sama macam ni, but a new clothes. Majlis kahwin lagi 2 bulan. Can you do it? " Yua menyoal. Aku mengeluarkan note ku dan mencatat sesuatu.
Majlis tunang Sunghoon, majlis Yedam...
" Baik, boleh. Theme nanti Cik nak macam mana ya? Kita boleh bincang harini memandangkan bakal suami cik pun ada. Senang sikit. " Kataku melirik sedikit pada Haruto.
Dia masih memandang aku.
" Bakal suami? Mana? "
Aku berkerut. Bibir dikemam perlahan.
" Yang ni bukan bakal suami cik ya? " Soalku dan menunjuk pada Haruto. Lantas, Yua tertawa.
" Oh god! Haruto, your sweetheart is so funny. " Yua tertawa dan menepuk bahu Haruto. Lelaki itu hanya mengangguk dan meneruskan perlakuannya tadi.
YOU ARE READING
Favourite Lover // Haruto ✓
ספרות חובביםLelaki menyusahkan. Dan sini aku nak ingatkan cinta pertama takkan seindah yang disangka. Kalau cinta terakhir? Haruto atau Doyoung? © HARUTO FANFICTION