BAB 13

2.4K 250 36
                                    

Bukk!

Bukk!

Bukk!

Rumah sunyi milik Hanbin bergema dengan bunyi tumbukan dan sepakan.

" Sakit hyung! "

Jeritan Haruto.

" Aku dah pesan kat kau Haruto! "

Tengkingan Doyoung.

Dan satu lagi sepakan sebelum Doyoung berhenti. Dia terduduk disofa. Haruto yang lemah terbaring dilantai dalam keadaan yang sayu.

Mukanya lebam, tangannya menggigil dan luka jahitan diperutnya kembali terbuka.

Darah kembali membasahi lantai.

" Aku dah cakap jangan amik Haewon aku! " Jerit Doyoung. Dia mengeluh kasar.

" Aku tak suka Haewon, hyung! Aku berani sumpah! "

" Habis tu kau nak cakap apa? Haewon sukakan kau?! "

" Aku... "

Doyoung meramas rambutnya. Dia berjalan kekiri dan kekanan sebelum meja kopi diruang tamu diterbalikkan.

" Sejak kau datang kat family ni, hidup aku tak pernah aman, Haruto. Aku tak pernah tahu apa itu erti bahagia. Sejak kau datang! " Jari telunjuk Doyoung ditundingkan pada Haruto yang terbaring.

" Aku.. aku minta maaf. " Pinta Haruto sayu. Dia menyeringai kesakitan. Sakit di perut semakin mencucuk. Luka jahitannya terbuka dan darah mulai mengotorkan tshirtnya.

" Aku akan jadikan Haewon milik aku. Walaupun terpaksa bunuh kau, Haruto. " Doyoung menapak laju meninggalkan rumah.

Serabut fikirannya.

" Hyung! Tolong aku.. aku sakit... " Haruto merintih namun tiada siapa yang mendengar. Segera tubuhnya mengesot ke pintu depan. Berhati-hati sehinggalah dia berjaya keluar.

Baru sahaja dia cuba untuk bangun, sakit diperut mencucuk kembali. Haruto menggigil dalam kesakitan. Bibir bawah digigit.

Bibirnya mulai pucat. Sebelum dengan perlahan, dia rebah.

Dimuka pintu.

-----------------

Jia menunggu diperhentian bas berseorangan. Jam ditangan sudah mencecah waktu 6 petang. Langit juga sudah berarak ke barat. Semakin gelap.

" Mioww... Miowww.. "

Perhatian Jia diraih. Mukanya diangkat memandang jalan raya. Ada seekor anak kucing yang berusaha keras untuk melintas.

Namun, keadaan jalan raya terlalu sibuk. Kereta dan motorsikal memenuhi lebuhraya itu. Dan anak kucing putih itu masih teragak mahu melintas.

" Pstt pssttt... " Panggil Jia. Dia cuba menarik perhatian si kucing itu untuk melintas. Namun, kucing itu masih ketakutan.

" Jap ya! Saya ambil awak! " Sengih Jia lantas beg sekolahnya ditanggalkan. Dia terus melintas dan tubuh anak kucing itu diraih.

" Little, you're safe now. Jom ikut kak-- PINN PINNN!!! " Jia tersentak apabila sebuah treler menghampiri dirinya.

" Arghhhhhh!!! " Jeritnya sebelum terasa tubuhnya ditolak ketepi jalan raya. Tangannya masih tergenggam kemas anak kucing itu.

Jia membuka mata. Dia melopong.

" Jeongwoo!! " Jia segera bangun dan tubuh Jeongwoo yang terbaring kesakitan dijalan raya segera diterpa.

Mujurlah Jia dan Jeongwoo berjaya mengelak daripada treler. Namun, hentakan Jeongwoo lebih kuat. Lelaki itu menyeringai kesakitan. Dia memegang lengannya yang terhentak.

Favourite Lover // Haruto ✓Where stories live. Discover now