BAB 9

2.4K 237 181
                                    

" Kenapa kau gaduh dengan Yedam? " Soal Haruto sebaik sahaja pulang daripada sekolah. Doyoung hanya menjeling. Dia mendengus. Langkahnya dilajukan kebilik.

" Tak payah sibuk! "

" Aku kena tahu! Kau abang aku! Kenapa kau gaduh dengan dia, hyung? "

" Aku kata jangan sibuk, jangan sibuklah! " Jerit Doyoung. Serentak terdengar tapak kaki menghampiri mereka.

" Eh kenapa ni? Apa jadi? "

Puan Daena.

" Kau kacau anak aku lagi ke, Haruto?! "

Hanbin.

" Pa, ma, tak ada apalah. Doyoung tak ada mood je. " Geleng Doyoung. Haruto menggenggam tangannya kuat.

" Tadi Doyoung gaduh kat sekolah. " Haruto bersuara. Serentak menimbulkan kerisauan kedua-duanya.

" Kenapa gaduh? Lah anak mama. Sini mama tengok. " Puan Daena menghampiri Doyoung lantas pipi anaknya yang bengkak diusap lembut. Bibir Doyoung yang pecah juga dibelek dan disentuh lembut.

" Kau tak jaga Doyoung ke kat sekolah?! Kau buat apa hah?! Apa guna aku hantar kau ke sekolah hah?! " Hanbin menunjal dahi Haruto. Berkali-kali. Sehingga terdorong badan Haruto kebelakang.

" Siapa yang buat Doyoung macam ni? Siapa yang pukul Doyoung? " Soal Puan Daena, risau. Dia memandang mata Doyoung. Meminta kejujuran.

Doyoung memandang Haruto. Lama. Sebelum mata mamanya dipandang kembali.

" Haruto. Dia yang pukul Doyoung. Sebab dia tak puas hati papa dengan mama abaikan dia. "

Haruto mengangkat muka. Memandang tepat kearah wajah Doyoung. Dia jelas tergamam dengan jawapan Doyoung. Namun, wajah bersahaja lelaki itu menambahkan lagi rasa tidak percayanya.

" Anak tak guna! " Hanbin menendang perut Haruto. Sepakan demi sepakan sehingga lelaki itu terbaring senak dilantai.

" Kenapa Ruto pukul Doyoung? Apa dosa Doyoung? Dia abang Ruto tau. Mama tak sangka mama membesarkan seorang samseng. " Kata Puan Daena, lirih. Dia mengusap kepala Doyoung dan matanya memandang Haruto yang sedang berbaring dengan pandangan menjijikkan.

" Ma--mama... Ruto... Tak bu-- ARGHH!! " Haruto berkerut menahan kesakitan apabila tangannya dipijak Hanbin. Kuat.

" Diam! Kau dah pukul anak aku! Lepas tu nak raih simpati?! Boleh pergi mati! " Tengking Hanbin. Matanya mengecil menahan marah. Daena menarik tangan Hanbin dan Doyoung.

" Jom pergi klinik. Kesian Doyoung. "

Dan mereka bertiga keluar meninggalkan Haruto yang masih terbaring kesakitan dilantai.

" Mama... Bawa Haruto mati sekali, ma.. bawa Haruto. " Tangisnya. Wajah mama kandungnya yang pernah dilihat digambar, diingati difikiran sebelum dia menangis.

-------------

Aku mengeluh kasar. Kuku digigit menghilangkan rasa resah. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Tak tentu arah.

Setiap masa, telefon dipegangan dikerling. Masih tiada mesej.

Sudah 3 hari berlalu sejak kes antara Yedam dan Doyoung. Kes mereka bergaduh. Dan sudah 3 hari jugalah, Yedam tidak membalas segala mesej yang aku berikan. Semuanya di seen.

Kalau telefon, tidak diangkat. Di sekolah pula, Yedam mengelak bertembung denganku. Kalau terserempak ditengah jalan, aku cuba untuk bertembung dengannya. Namun, sedaya upaya dia menggunakan jalan yang lebih jauh.

Apa salahku? Kali terakhir aku berhubung dengannya, semasa di Lotte World.

Segalanya indah.

Kami berdua bagaikan dalam dunia sendiri.

Favourite Lover // Haruto ✓Where stories live. Discover now