Prolog

575 9 3
                                    

Zaman 80-an...

Seorang budak perempuan Melayu berbaju gaun merah duduk di tikar anyaman sambil bermain di bawah rumah

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Seorang budak perempuan Melayu berbaju gaun merah duduk di tikar anyaman sambil bermain di bawah rumah.Dia bermain dengan kucing-kucing liar yang selalu mengayap di kawasan kampung budak perempuan itu.

"Dayang,bunda sudah buatkan kamu biskut" 'ibu' Dayang memanggilnya untuk mengambil biskut.
"Baik,bunda" Dayang meninggalkan kucing itu lalu pergi ke pintu rumahnya.

Dayang membawa biskut yang baru dimasak oleh bundanya ke tikar anyaman untuk berkongsi juadah dengan kucing. Semasa Dayang dan kucing-kucing liar itu sedang makan,mereka diperhatikan oleh seseorang yang sembunyi di belakang pokok ala bonsai.

Seseorang itu merupakan budak Cina yang sengkel;rupanya terlalu cumpang-camping, badannya kurus ternampak tulang rusuk,kedua-dua singlet putih dan seluar pendek guninya koyak dan rambut hitamnya kusut-masai seperti semak-samun di hutan tebal.

Dia mengambil bau biskut itu kerana budak lelaki itu kempunan dan hanya dapat memerhatikan biskut.Sambil dia terleka memerhatikan juadah sedap itu,budak lelaki Cina itu disergah oleh lelaki Melayu dewasa.

"Hah!Buat apa tu?"

Kedua-dua budak kecil itu terkejut dengan suara garau lelaki dewasa itu.Dayang sudah berlari ke dalam rumah manakala budak lelaki Cina itu ditangkap dan didukung oleh lelaki dewasa itu.

"Lepaskan saya,pak cik!" budak lelaki Cina itu meronta ingin lepaskan diri.
"Sudah banyak kali kamu intai anak dara pak cik ni....Nak ngorat ke?" sindir lelaki dewasa itu.
"Nak makan biskut,pak cik..."balas budak lelaki Cina itu dengan lembut dan nada belas kasihan.
"Boleh aja,budak.Cuma...kamu kena mandi dulu dekat rumah pak cik ini" katanya sambil membawa budak lelaki Cina itu masuk ke rumahnya.
________________________
"Bunda,kenapa ajak dia masuk?" merajuk Dayang di meja makan.
"Dayang,tak baik layan tetamu begitu.Kena hormat" nasihat bundanya sambil mencium dahi budak perempuan 5 tahun itu.

Suasana di meja makan penuh dengan juadah sedap itu.Budak lelaki Cina itu makan dengan gelojohnya kerana terlalu lapar.'Ayah' Dayang tidak menegur perbuatan budak lelaki itu bukan sebab rupa parasnya seperti mayat hidup;malah umurnya seperti puterinya;Dayang. 'Ayah'nya mula berbicara dengan budak lelaki itu seperti kawan.

"Adik nama apa?" 'Ayah' Dayang bertanya
"AwangKu Jin" balas budak lelaki Cina itu.
"Siapa bagi nama itu?"
"Mendiang mummy,pak cik.Mummy kata nama Awang itu Pengiran dan Jin pula emas"
"Oh,begitu...Nak pak cik panggil apa?Awang atau Jin?"
"Wang,pakcik.Orang panggil saya 'setan' sebab nama Jin;termasuk papa' Wang mula menangis.

'Ayah' Dayang mula peluk Wang untuk memujuknya bertenang.Sambil memeluknya,'ayah' Dayang perasan bahawa ada sesuatu pelik yang ada di belakang Wang.Dia melepaskan pelukan itu lalu menyuruh Wang bermain dengan anaknya; Dayang di bawah rumah.

"Dayang tak nak,dia lelaki" merajuk Dayang.
"Baba juga lelaki,pun main masak-masak dengan Dayang" ayahnya cuba betulkan keadaan.
"Ayah kenal...Wang tak kenal" Dayang mencebik mukanya yang comel.
"Kalau begitu...Baba temankan Dayang dan Wang bermain,ya?" pujuk ayah Dayang dengan perlawanan yang terpaksa.
"Yay!" Dayang jerit kegembiraan.

Kedua-dua Dayang dan Wang lompat dari kerusi dan mereka berlari keluar rumah untuk bermain.'Ayah' Dayang senyum sambil geleng kepala dan bunda Dayang memerhatikan suaminya.

"Bang,kenapa dengan Jin tu?" bunda tertanya.
"Jin mungkin lari dari rumah sebab dia takut dengan ayahnya.Ayang nak ikut abang join mereka?" tanya 'ayah' Dayang lalu memeluk belakang isterinya.
"Tak payah mengada-ngada!Tolong saya kemaskan dapur ini.Umur kamu bukannya macam Dayang dan Jin" bunda Dayang menepis pelukan suaminya dengan bengang.

'Ayah' Dayang terpaksalah akur dengan kata-kata isterinya itu lalu mengemas meja makan itu.

[Ejen Ali Fanfiction] Setan Itu MalaikatkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang