I DON'T WANT TO FORGET OUR MEMORIES, I JUST WANT TO REMEMBER IT WITHOUT ANY PAIN🌸Pagi yang indah di mana sesuai dengan jadual mereka untuk aktiviti mendaki gunung.
Kini, dia berada di tahun akhir sebagai seorang pelajar sekolah.
Setelah 30 minit berjalan, dia terpisah dengan yang lain.
Dah la ni first time aku mendaki lepastu kena tinggal pula. Isy, kenapalah aku join benda ni. rungut dia dalam hati. Kalau tak kerana markah kokurikulum memang tidaklah dia ke mari.
Kalau rakan karibnya ada pasti tak keseorangan. Dia menyelongkar beg galas di belakangnya untuk mencari air mineral.
Tiada.
Air liur ditelan. Mungkin dia tertinggalkannya ditempat bermula tadi. Nafas dalam dihela sebelum kembali meneruskan langkahnya.
Apabila sampai di persimpangan yang mempunyai dua laluan. Dia memandang sekelilingnya, dia keseorangan disitu. Matanya memerhati dua jalan yang berada di hadapannya. Namun, salah satunya daripada jalan itu sangat menarik minatnya.
Apabila dia ingin membuka langkah ke jalan yang terasa beg galasnya ditarik dari arah belakang.
Dia menoleh.
Ada seorang gadis bertudung coklat sedang mencengkam begnya.
Tanpa kata, gadis itu terus menariknya menjauhi kawasan itu. Bagaikan dipukau kakinya hanya mengikuti langkah tersebut.
Dia masih di dalam dunianya walaupun mereka sudah berhenti melangkah.
"Ni first time kau hiking ke? Mana kawan-kawan kau? Kenapa sorang-sorang? Kita sekarang dalam hutan, tempat 'dia'. Jangan nak pandai-pandai. Kenapa tak ikut trek?" Soal gadis itu.
Dia terkebil-kebil memerhati gadis dihadapannya. Huh?
"Tu jalan kau nak lalu tadi." sambung gadis itu sambil memandang ke suatu arah.
Dia turut menoleh ke arah yang sama. Semak dan penuh daun-daun.
Bukan tadi ada dua jalan ke? Kenapa tinggal satu? Macam mana boleh hilang? Eh?
Melihat wajah jejaka yang keliru. Gadis itu menyambung kata.
"Haih, ni mesti 'benda tu' nak game kau supaya kau sesat. Kita dalam hutan tak boleh leka, kena banyak berzikir selalu. Baca ayat kursi dan bismillah banyak-banyak. Ikut trek jangan nak pandai-pandai lalu jalan lain. Nah, ambil air ni. Kebetulan aku ada lebih."
Tangan menghulurkan sebotol air mineral.
Dia merenung ke dalam anak mata gadis itu. Sinar matahari pagi menyerlahkan warna mata si manis dihadapannya, coklat gelap.
Gadis itu membalas renungan jejaka sambil berkerut dahi apabila si dia hanya statik bagaikan terpaku
Apa masalah dia ni? Aku hodoh sangat ke sampai terkedu macam tu?
YOU ARE READING
Mrs. Zafran Shah
RomancePENANTIAN. setelah beberapa tahun menghilangkan diri kini dia kembali untuk menagih cinta dahulu I will make sure you're mine soon Izzati, forever mine! - AHMAD ZAFRAN SHAH Go on with your dream it never happens! - NURIN IZZATI Luka lama kembali, y...