FM♡ BAB 39

656 17 9
                                    

My own ♡!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

My own ♡!


Nurin mencelikkan matanya, masih gelap. Nurin memegang benda yang berada di atas perutnya.

Apa benda ni? Tangan?

"Apa ni subuh-subuh dah pegang orang ni,"

Nurin tepuk tangan itu.

"Isy. Saya ni penggeli. Janganlah pegang,"

"Patutlah awak tolak tangan saya dari semalam." Zafran tergelak perlahan.

Nurin mengiring memandang wajah disebelahnya, nampak samar-samar dari cahaya luar tingkap. Mata fokus merenung Nick Leister copy ori di depan matanya. Seronoknya pagi-pagi dapat view macam ni.

"Dah pukul berapa ni?" tanya Zafran.

"Entah, tak tengok jam lagi,"

"Tu la. Seronok tenung orang."

"Saya tak tengok lelaki lain cukup baik,"

Zafran mencubit perlahan pipi isterinya. Tangan dan kaki memeluk erat tubuh kurus itu.

"Sayang..." sahut Nurin perlahan.

"Saya dah lama nak peluk awak. Selalu tengok Yani peluk awak macam ni. Yang lain pun macam seronok peluk awak."

"Saya rasa tak selesa la." ucap Nurin perlahan.

"Tak selesa dengan saya ke?"

"Bukan. Saya rasa darah." jawab Nurin perlahan.

Nurin bangun daripada pembaringannya. Suis lampu ditekan.

"Dear, silaulah." tegur Zafran yang turut bangun daripada pembaringannya.

Nurin alihkan selimut. Seperti yang dia agak. Ada tompokkan darah di situ.

"Dear, awak okay ke?"

"Saya rasa, pad macam dah habis la." ucap Nurin yang bergerak ke meja solek.

Nurin mencapai tuala dan bergerak ke pintu. Nak mandi.

Selepas beberapa minit Nurin kembali ke biliknya.

"Zafran, jangan la baring kat situ dah. Nanti kena baju awak. Kotor la."

Lelaki itu hanya tersenyum.

"Awak pergi mandi. Saya nak kemas katil."

Zafran mengangguk setuju.

Mrs. Zafran ShahWhere stories live. Discover now