I JUST WANT TO WAKE UP AND REALISE EVERTHING IS GONNA BE OKAY🌙 !
Lewat malam itu, Nurin tidak dapat tidur. Fikirannya terganggu, dia menangis sehabisnya.
Seketika tangan laju menekan archive pada ig story. Makin kabur pandangan bersama air mata melihat gambar a year ago. Gambar bersama Zafran. Dia kembali menangis perlahan.
Apa salah aku? Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa lepas kau dah buat aku jatuh hati lepas tu kau pergi?
"Nurin kau okay?" tegur Aina yang terjaga dari tidur.
Kini dia sebilik dengan Aina selepas Shaz pindah keluar.
"Aku okay." balas Nurin dalam keadaan tersedu-sedu.
Nurin terus mengelap air matanya.
"Sorry, aku kacau tidur kau ke?" tanya Nurin sebersalah.
"Jangan risaukan aku. Kau tu kenapa?" soal Aina.
"Tadi aku mimpi. Aku takut." tipu Nurin.
"Dah sekarang kau pergi ambil wuduk, cuci kaki semua lepas tu baca doa tidur." pujuk Aina sambil mengusap belakang Nurin.
Nurin terus ke bilik air.
Setelah kembali ke katil, Nurin melabuhkan kepalanya sambil melepaskan nafas panjang.
Terima kasih kerana hadir ajarkan aku makna bahagia dan kau juga ajarkan aku erti derita. Terima kasih atas segala kenangan. Semoga kau sentiasa bahagia.
I'm always here waiting for you!
<Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan, supaya kamu mengetahui bahwa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia. Maka Allah menghalangimu dari perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya. >
Imam Syafie
YOU ARE READING
Mrs. Zafran Shah
RomansaPENANTIAN. setelah beberapa tahun menghilangkan diri kini dia kembali untuk menagih cinta dahulu I will make sure you're mine soon Izzati, forever mine! - AHMAD ZAFRAN SHAH Go on with your dream it never happens! - NURIN IZZATI Luka lama kembali, y...