ALLAH PUTS PEOPLE IN YOUR LIFE FOR A REASON, AND REMOVES THEM FROM YOUR LIFE FOR A BETTER
Hujung minggu itu, Nurin sedang bersiap untuk ke majlis perkahwinan rakannya ketika di universiti dulu. Aina dan Irsyad. Alhamdulillah mereka bersatu juga.
Ahmad Zafran🐒
Saya tahu awak tengah bersiap.Saya, Umi dan Zara on the way ambil awak. Jangan tak keluar rumah pula.
Nanti terus ambil seat depan, sebelah saya. Thank you!
Sincerely Your Tunang Kacak😘
Mata Nurin membesar. Seriouslah? Siap tunang kacak bagai. Dia ni pelik-pelik betul.
Nurin terus mengemaskan tudungnya di hadapan cermin dan keluar daripada rumah mencapai kasutnya.
Dan tak sampai beberapa minit, kereta Audi A7 milik Zafran tiba. Cepatnya!
Nurin terus membuka pintu di sebelah pemandu dan melangkah masuk.
Nurin menoleh ke seat belakang. Ya, ada umi dan Zara. Nurin menghulurkan tangan untuk bersalam.
Selesai sahaja bersalaman Nurin kembali menoleh ke hadapan.
"Dear, pakai seatbelt. Ke nak saya pakaikan? Saya boleh je." tegur Zafran.
"Shhh..."
Nurin menyuruh Zafran diam. Malu di usik begitu, dah la ada umi dan Zara.
"Terlupalah. Berani buatlah tak sempat awak nak pakaikan, tangan saya dah naik lempang awak dulu." jawab Nurin laju sambil mengenakan seatbelt.
Zafran ketawa perlahan.
Umi dan Zara tersenyum. Jarang-jarang Zafran ketawa begitu.
Dalam perjalanan, suasana di antara mereka sunyi. Radio pun tak buka.
Zafran berdeham perlahan.
"Sejak bila jadi bisu ni? Saya tak tahu pula saya ada tunang bisu. Setahu saya la, Nurin Izzati saya tu jenis cheerful punya orang. Selalu bebel-bebel hehe comel je."
YOU ARE READING
Mrs. Zafran Shah
RomancePENANTIAN. setelah beberapa tahun menghilangkan diri kini dia kembali untuk menagih cinta dahulu I will make sure you're mine soon Izzati, forever mine! - AHMAD ZAFRAN SHAH Go on with your dream it never happens! - NURIN IZZATI Luka lama kembali, y...