FM♡ BAB 9

534 16 6
                                    

I THINK I LIKE YOU AND I REALLY CAN'T EXPLAIN IT🍒.

Phone Nurin berbunyi menandakan mesej masuk.

Zafran Shah🐒
Assalamualaikum
Aku dah sampai dekat bawah ni.

Waalaikumsalam
Okay.

Nurin terus turun ke tempat parking.

Nurin memerhati sekitar tempat parking. Tempat parking itu lenggang, hanya ada satu kereta yang ada di situ.

Yang tu ke? Masyuk juga mamat ni.

"Assalamualaikum." sapa Nurin selepas memasuki tempat duduk belakang sebuah kereta Honda Accord.

"Waalaikumsalam. Kenapa kau duduk belakang? Ingat aku pak cik grab ke? Duduk depan sekarang." arah Zafran.

"Lah, bukan ke?" tanya Nurin mengusik.

Gadis itu kembali keluar daripada kereta dan mengambil tempat di seat hadapan.

Zafran terkebil-kebil melihat sebelahnya. "Kau dah kenapa pakai mask? Ingat aku ni kuman ke? Bakteria?"

"Bukan sebab kau." Nurin menanggalkan mask di wajah.

Zafran merenung wajah mulus gadis itu. Bintik-bintik merah semalam semakin jelas dan menonjol. Okay, faham. Mesti sebab tak confident muka naik bintik seperti breakout.

"Jangan la tengok macam tu. Buruk sangat ke?"

"Jangan cakap macam tu. Kau tak buruk. So, TBS kan?"

"Iyup."

"Dah tu, tak nak gerak ke? Pakailah seatbelt. Ke kau nak aku yang pakaikan?" soal Zafran lagi.

"Kau teringin nak rasa penampar aku, kau buatlah." jawab Nurin sambil mengenakan seatbelt.

Zafran hanya tersenyum nipis. Dia memulakan pemanduan.

Keadaan sedikit kekok. Nurin hanya diam membisu. Entahlah, selalunya dia okay je kalau berbual bersama seorang Zafran Shah.

"Tak payah nak pelik sangat. Kereta ni aku masih bayar. Aku kan kerja." kata Zafran tiba-tiba. Dia tahu pandangan Nurin memaksudkan apa.

"Oh." Nurin mengangguk perlahan.

Macam tahu-tahu je orang curiga dengan dia. Bukan sengaja cuma curious.

"Papa kau dari mana nak ke mana?" soal Zafran memecahkan kesunyian antara mereka.

"Dari Pulau Pinang ke Negeri Sembilan."

"Okay, papa kau asal Penang tapi kenapa nak ke Negeri Sembilan?" tanya Zafran lagi. Papa Nurin bercakap loghat utara jadi tak susah pun untuk dia meneka.

"Mak aku duduk kat Negeri Sembilan." jawab Nurin bersahaja. Jujur dia tiada niat untuk menjelaskan lebih-lebih.

"Oh, LDR?"

"Boleh dikatakan macam tu."

"Papa kau askar ke?"

"Kenapa askar?" soal Nurin kembali.

Mrs. Zafran ShahWhere stories live. Discover now