Bab 31

42 4 2
                                        

Btw for Nina,I will present you special character in this chapter..just wait🙂

Tepukan gemuruh bergema sebaik sahaja para pengantin masuk ke dalam dewan.

"Hmmm sama padan" ujar kawan kepada Dato' Annuar Shah, ayah kepada Daniel.

Pengantin yang dipuji, kami pulak yang bangga.

Bro, that's my friend la.

Nak je cakap macam tu.

Tepukan masih lagi bergema sehingga para pengantin duduk di tempat persandingan.

Nina yang jadi tumpuan tu dah bergetar dah, seram sejuk dibuatnya.

"Awak, takkan nak duduk kat sini sampai habis majlis?"tanya Daniel.

"Habis tu awak nak buat apa? Main lompat katak?" sindir Daniel.

Nina menjeling nya tajam. Orang tanya betul-betul, dia main-main pula.

Daniel tergelak kecil. Suka pulak dia mengenakan Nina ni.

"Tak lah, nanti kita turun jugak, makan. Why? Awak lapar sangat dah ke?"tanya Daniel.

"Lapar jugak lah..tapi duduk kat sini lama-lama, malu pulak" jawab Nina.

"Apa nak malu? Kira beruntung lah dapat duduk kat sini ngan saya" balas Daniel.

"Eleh..tu ha tengok..banyak jak perempuan-perempuan tengok awak, minat awak lah tu..pi lah bawak sorang ganti saya..penat pulak kat sini lama-lama" ujar Nina.

"Ha okay saya pergi eh..kalau mama tanya saya cakap awak yang suruh" Daniel acah-acah berdiri ingin ke tempat perempuan-perempuan yang menengok nya itu.

"Ha pergilah..kalau berani sangat..malam ni nak tidur luar ha pergi buat" ugut Nina.

Daniel pura-pura ingin pergi..tapi..kenapa dia pergi betul-betul pulak?!

Gila ke apa mamat ni?!

Sebaik saja nampak Daniel kembali duduk di tempatnya, terus Nina bersuara.

"Weh..awak buat apa? Berani ehh" tanya Nina mengecilkan mata melihat Daniel.

"Laa..dah awak suruh" balas Daniel sambil tersenyum makna.

"Ha tu senyum-senyum tu ada apa? Ih bagitau jak la..nak kena rahsia pulak..kang tidur luar nanti baru tau" ugut Nina lagi sambil berpeluk tubuh.

Daniel hanya diam.

Nina terus pusing ingin bersuara lagi.

Namun sebaik saja dia pusing, dia tergamam.

Tempat persandingan mereka atas pentas..tapi berada di tepi sikit..jadi nampak la screen.

Nina menutup mulutnya terkejut.

Screen memamaparkan gambar-gambar mereka di gambar mereka..gambar perkahwinan mereka.

Bila diambil pun tak tahu.

Ohh ke Daniel ni upah orang ambil gambar senyap-senyap?

"Awak..awak buat ke tu?" tanya Nina teruja.

"Tu ha..saya suruh perempuan tu..sebab tu la saya ke situ tadi..ha pergilah merajuk lagi..biar saya tido luar awak jugak menyesal nanti"ujar Daniel.

Salah seorang daripada perempuan-perempuan tu adalah pengurus dewan tu.

"Orang main-main je pun" balas Nina sambil tersengih.

Daniel puas hati. Dia cuba sedaya-upaya melayan Nina dengan baik agar rahsia nya tak terbongkar. Hmmmm.

Cinta beza loghat llWhere stories live. Discover now