Bab 40

18 4 0
                                    

(Risya pov)

Setelah dua hari berlalu, masih tiada sesiapa datang.

Telefon baru dibelek untuk menghilangkan bosan. Telefon lama dah pecah berderai, mana boleh pakai lagi.

Perut nya yang semakin membesar itu dilihat. Rasa gusar melanda. Takut sikit duk kat negara orang ni. Nasib aku tau jalan sebab pernah datang sini.

Kawan-kawan aku risau kah?

Dorang cari aku kah?

Dorang pikir pasal aku kah?

Macam-macam soalan timbul. Bila difikirkan pasal Adam, terus hilang mood. Rasa macam lagi bagus duk sini.

Namun kerinduan ku pada kawan-kawan tak boleh disembunyikan. Nak telefon, tapi kalau mereka tau dimana aku berada, haih mampus. Jauh gila lari.

Bukan aku tak tahu, si Intan tu kalau naik kapal terbang berjam-jam mahu pitam. Even banyak kali pun naik kapal terbang, tapi memang otak nya pikir bukan-bukan.

Tiada sesiapa yang tahu keberadaan ku disini. Biarlah tiada siapa tahu. Aku ingin tenangkan fikiran seketika.

*********

"Weh, kita mau stay sana berapa hari jugak ni! Kamu packing baju cam mau stay sana setahun" tanyaku gusar.

"Ready la awal-awal. Mana tau seminggu cari enda jumpa lagi si Risya tu" balas Velda.

"Kalau enda ada si Risya di Baltimore tu, pecah pala nya tu. Sudahlah terpaksa aku naik kapal terbang lama-lama lagi" sampuk Sarah.

"Iya gilak. Mati dia oleh ku kalau enda ada dia disana. Jauh-jauh kita pergi sekali enda ada dia waih!" sambung Khadijah.

"Sudah kamu mohon cuti?" tanya Velda.

"Sudah!" jawab kami serentak.

"Kau enda apa la. Enda payah bagi macam-macam alasan. Si Adriel tau jugak kenapa. Kami ni jo seribu soalan ditanya. Pi mana? Buat apa? Berapa lama? Kenapa? waih cam dia tu mamak ku jo semua la mau di tau nya" bebel ku kegeraman pada Khadijah. Dia senang ja. Adriel tau alasan dia tak banyak tanya.

"Iya joo...mampus aku sama si Intan menjawab" sampuk Nina sambil melangkah masuk kerumah.

"Woi! Enda pandai bagi salam ka?" marah Sarah.

"Wah..kamu cerita cam kamu di alam lain jo. Banyak kali aku sama Daniel kasih salam enda mendengar" sindir Nina.

"Bila weh? Enda aku dengar" ujar Khadijah lalu ketawa.

"Kenapa weh? Ada barang mu tinggal?" tanya Velda.

"Enda la. Aku saja jak singgah. Bosan teda kamu" balas Nina sambil tersenyum nakal.

"Eleh bosan konok. Di rumah ada yang teman selalu sama kau, enda la happy lagi" perli ku.

"Waih dia pi kerja cam lupa jak di rumah ada bini" sindir Nina.

"Mana ada lupa!" jerit Daniel dari luar rumah.

Waih dengar dia?!

"Mana ada konon... dah lah orang suruh beli starbucks dia lupa" balas Nina lagi.

"Nina.." panggil ku.

Cinta beza loghat llWhere stories live. Discover now