"jalan la dulu" gesa ku.
"Jalan la kau dulu" gesa Adriel balik.
"Weh serius la kelas pertama?" tanya Sarah.
"Kelas pertama?" tanyaku. Aku memandang sekeliling. Gila men kelas pertama ni. Selalunya kalau naik kapal terbang duduk kelas biasa-biasa ja.
"Aku di sini" ujarku lalu duduk.
Ngam sebelah aku ada lelaki duduk. Tak aku hiraukan.
Aku memandang sekeliling. Wah kebetulan ka?
"Waish dija.. kebetulan ka tu?" perli ku apabila melihat Khadijah di sebelah Ayzar.
"Kebetulan la bha apa kau pikir?" balas Khadijah lalu menjeling ku.
"Yalah tu" senyuman nakal ku beri padanya.
"Kenapala aku belakang dorang ni?" keluh Hafriz apabila tempat duduknya di belakang tempat duduk Daniel dan Nina.
Mana tak marahnya. Dah macam pengantin baru kahwin semalam sweet dorang tu. Seatbelt Nina pun Daniel yang pasangkan. Lain betul perangai kawan ku yang sorang ni bila bersama suami.
"Alah kau. Nanti-nanti kau kahwin sweet lebih dari aku percayalah" balas Daniel.
Sarah duduk bersama Velda, Adriel di belakang ku sorang, Adam pun sorang juga belakang Khadijah dan Azyar, Hafriz dan Afzar depan Sarah dan Velda, Khadijah bersama Ayzar, Daniel bersama Nina manakala aku depan Adriel bersama seorang lelaki tak dikenali. And of course aku tepi tingkap.
Kapal terbang mula bergerak dan bersedia untuk berada di atas awan.
"Tak sejuk ke?" tanya Daniel.
"Tak la.. pening sikit je" balas Nina.
"Abang..ada bawak yang bantal kat leher tu tak?" tanya Nina.
"Oh..ada ada..ni ha" balas Daniel lalu meletakkan di belakang leher Nina.
Nina meletakkan kepalanya di bahu Daniel lalu melelapkan mata nya.
"Intan..intan!" panggil Khadijah dalam nada berbisik.
"Apa kau?" tanyaku. Nak tidur tak boleh. Tengok tv je la.
"Mintak bha asam-asam" pinta Khadijah.
"Yang mana? Banyak saini" balasku sambil mengambil satu beg aku simpan makanan lalu mencari asam-asam.
"Ada bha yang warna-warni tu" balas Khadijah.
"Oh yang ni ka?" tanyaku sambil menunjukkan satu jenis asam-asam.
"Iya iya itu..lempar bha" ujar Khadijah.
"Lempar? Ok ok" balasku lalu lempar ke arahnya.
Tapi malang, ngam-ngam aku lempar, pramugara datang.
"Siapa punya ni?" tanya pramugara itu sopan.
"Khadijah" balasku lalu pura-pura melelapkan mata.
"Mana satu Khadijah?" tanya pramugara tu lagi sopan.
"Sini sini" ujar Ayzar lalu pramugara tersebut memberi asam-asam itu padanya.
Setelah pramugara itu pergi, aku perlahan-lahan membuka mata.
"Bak sini asam-asam tu" pinta Khadijah.
"Alaa kongsi la" pujuk Ayzar.
"Awak pun makan asam-asam? Ha ambik la sikit" balas Khadijah lalu Ayzar tersengih.
Setelah 1 jam di atas awan, yang lain sudah terlelap. Aku nak tido tak boleh pula. Eh laki sebelah aku pun tak tido lagi?
Sedapnya dorang tido, manakala aku disini berasa semakin tak selesa apabila lelaki disebelah kerap memandangku dan semakin dekat dengan ku.
YOU ARE READING
Cinta beza loghat ll
Romanceokay sebenarnya ada lagi cerita sebelum ni..ini hanyalah sambungan sahaja..kalau nak carilah tajuk cerita ni jugak...gambar yang sama...okay so..jom start sambung😙💘