Balik saja dari rumah Puan Tini, Daniel menghantar Nina balik ke rumah manakala Daniel terus ke office.
"Saya balik malam, jadi takyah tunggu saya lah" hmmm dingin semacam je mamat ni. Aku buat salah ke? fikir Nina.
"Haih kalau aku tau dia mau pigi kerja bagus aju sama kawan-kawan ku jak tadi" gumam Nina sambil melangkah masuk ke rumah.
Tudung dibuka lalu memanjat ke tingkat atas untuk menukar baju.
Selesai menukar baju, Nina turun balik ke bawah.
"Hmmm bagus aku buat cupcake" pantas buku resipi membuat cupcake dicapainya. Biasalah, suka tidur lanbat. Dah bosan, bagus buat cupcakes. Berbaloi sikit.
Lama tak buat cupcakes bersama semasa dengan kawan-kawan nya dulu. Dah jadi hobi untuk membuat cupcake,kek, pelbagai pencuci mulut dan makanan barat. Tapi bila dah datang malasnya, delivery je la alamatnya. Dah kahwin, takkan nak duduk rumah ngan kawan-kawan lagi?
Sementara Nina menunggu cupcakes nya siap dibakar didalam ketuhar, bunyi telefon yang menandakan mesej masuk membuatkan perbuatan Nina terhenti. Pantas dibukanya mesej dalam telefonnya.
Terpana Nina seketika melihat mesej yang dihantar, ia adalah gambar.
Gambar Daniel dan...Kayla?
Kenapa kayla?
Daniel dan Kayla?
Macam-macam soalan akhirnya hanya tertanam dalam fikiran nya.
Terasa ingin menyerbu office Daniel saja hanya untuk menanyakan hal ini. Haih baik tak payah. Buat malukan nama keluarga je. Keluarga Daniel. Keluarga Nina, bukan keluarga kaya macam keluarga Daniel, bukan dikenal satu Malaysia seperti Keluarga Daniel.
Bunyi ketuhar menandakan cupcakes nya sudah siap. Cupcakes dikeluarkan lalu dihias dengan butter cream dan manik-manik.
Hal Kayla diketepikan dulu, rosak cupcakes aku, ha siap!
Selesai menghias cupcakes, Nina kembali ke ruang tamu. Cupcakes nya dibiarkan diatas meja dahulu. Melihat telefon nya mengingatkan kepada gambar yang dihantar tadi. Arghhh! Sakit betul hatinya mengingati gambar Kayla sedang memeluk manja leher Daniel. Ingat Daniel tu siapa hah? Dia suami aku la! gumam Nina.
Tiba-tiba layanan mesra Daniel kepadanya sebelum ini terasa seperti lakonan semata-mata.
Dia menipukah?
Dia berpura-pura ka selama ini?
Arghhh! Makin dipikir makin pening rasanya.
Daniel ni pun bila lah nak balik, jenuh menunggu.
Akibat terlalu berpikir, akhirnya Nina terlelap di atas sofa sambil telefon masih didalam genggamannya.
********
Dah lewat malam, baru Daniel balik. Kondo yang dibelinya beberapa bulan yang lepas dan kini bertambah seorang penghuni iaitu sang isterinya.
Masuk saja kedalam kondonya, matanya terus tertancap pada Nina yang sedang tertidur di atas sofa.
"Dia tunggu aku ke?" Batin Daniel.
Terus terasa serba-salah sebab dingin dengannya semasa di kereta tadi. Kalau tak sebab Afzar bagitahu yang Kayla datang ke pejabat nya, tak dia bermasam muka tadi. Mana taknya, datang office orang tak bagitahu. Kena nya papa tahu, naya. Tapi pandai pula Kayla ni membodek supaya tak buat orang marah. Maka, termakan lah pujukan nya.
Langkah Daniel menuju ke arah dapur dahulu. Namun, langkahnya terhenti apabila ternampak cupcakes di atas meja.
"Dia buat ke?" dibelek-belek cupcakes tersebut. Hmm, manis. Dijilat sedikit butter cream diatas cupcakes tersebut.
Kemudian dia menapak ke ruang tamu. Fuhh, main fon sampai tertidur! fikir Daniel.
Diambil telefon tersebut, namun hatinya meronta-ronta ingin meneroka alam telefon Nina.
Oww takde password, apa punya kes takde password. Bini aku ni memang takde privacy ke? batin Daniel.
Tangannya gatal membuka mesej-mesej Nina.
Sampai ke satu mesej, terhenti tangannya.
Gambar dia dan Kayla. Jadi Nina nampak?
Siapa gambar? Wahh siapa pasang spy ni?!
Telefon dicampakkan ke atas sofa. Nak dikejut kan Nina? Kejut jugak lah.
"Awak bangun" gerak Daniel.
"Ermm" mata nya digosok-gosok. Hmmm dah balik dah dia. Akibat terlalu ngantuk, hilang fikiran nya tentang Kayla tadi. Langkah nya menuju ke bilik.
"Aik dia tak marah ke?" tanya Daniel sendirian. Pelik dengan perangai isterinya. Bini mana tak marah suami dengan perempuan lain. Haih!

YOU ARE READING
Cinta beza loghat ll
Romanceokay sebenarnya ada lagi cerita sebelum ni..ini hanyalah sambungan sahaja..kalau nak carilah tajuk cerita ni jugak...gambar yang sama...okay so..jom start sambung😙💘