Bab 32

41 3 0
                                    

"urghhh penat nya" Daniel mengeliat lalu merebahkan tubuhnya ke atas sofa.

Manakala Nina pergi menyalin bajunya. Gila panas betul pakai baju ni. Mandi peluh je sepanjang majlis tu. Nasib la ada air cond.

Mereka menunaikan solat fardhu Isya' sama-sama.

Sangkaan Nina bila dah kahwin Daniel, layanan nya pada Nina akan teruk. Tapi sampai Daniel dah ajak solat, hmmm okay lah tu.

"Awak..esok awak nak kerja ke?" tanya Nina.

"Ha'ah..esok dah start kerja dah" balas Daniel sambil main-main dengan rambut Nina.

"Awak pergi jam berapa? Balik jam berapa?" tanya Nina lagi.

Daniel tergelak kecil. Habis semua dia nak tahu.

"Esok saya pergi pagi lah..jam 8 gitu..balik tengahari atau pun petang sikit" jawab Daniel.

"Ohh..awak..."panggil Nina.

"Ye sayang?" sengaja Daniel menambahkan perkataan sayang itu..nak tengok reaksi isterinya.

Merah padam muka nya. Haih Daniel ni dah kena sampuk hantu sundal malam mana ni?

"Erm..tu..apa..ha Irsyad..dia kawan awak ke?" tanya Nina tergagap-gagap.

Terburai ketawa Daniel. Hmm best jugak kenakan dia ni.

"Napa ketawa? Orang tanya elok-elok kan" bentak Nina lalu menjeling Daniel. Saja je cari pasal hish!

"Ha'ah lah..dia business partner saya..oh ye..macam mana dia pun boleh kenal awak?" tanya Daniel.

"Oh..dulu pernah satu sekolah ngan dia..." jawab Nina.

Dia tak pasti sama ada mahu bagi tahu yang dia pernah fall in love dengan Irsyad dulu..hmmmm.

"Then? Awak rapat ke dengan dia?" tanya Daniel lagi. Alang-alang korek lah rahsia terus.

"Hah? Tak..tak rapat pun..cuma.." Nina menggantung kan ayat nya kerana ragu-ragu.

"Cuma?..." tanya Daniel.

"Sa-saya pernah fall in love ngan dia sekali" jawab Nina jujur. Taknak simpan sebarang rahsia.

Terdiam Daniel jadinya.

"T-tapi tu dah lama.. dulu kan cinta cinta monyet je" tambah Nina lagi.

Daniel senyum lalu mengangguk.

"Takpe..ok lah..rehat la awal..mesti awak penat..esok saya nak kerja" ujar Daniel.

"Oh..okay..saya tidur dulu la" balas Nina.

Daniel tahu yang Nina 'cuti'..kalau tak hmmm kskdkdlsjdjsksjsk.

********

"Hmm cepat betul pulak dorang kahwin..kita kahwin endak sampai 3 bulan..kahwin sudah dorang" ujar Risya.

"Dah jodoh..lagipun abang tengok hubungan dorang ok je" balas Adam yang mengunyah keropok sambil menonton tv bersama Risya.

"Tu lah..isya sangka Daniel masuk meminang Nina sebab ada plan..sekali tengok ok je..boleh lagi bersayang-sayang" tambah Risya.

"HAHAHAH lain kali biar abang warn dorang..kalau nak bersayang-sayang bagi isyarat dulu.. kalau tak tersedak kawan sayang tu" tutur Adam sambil ketawa.

Siapa lagi CEO of tersedak kalau bukan aku?
Hmmmmm.

"HAHAHAH dia tu memang macam tu...dari dulu lagi jadi lain kalau nampak lelaki..tapi kalau dengan geng dia..hmm gelak sampai hantu pun boleh lari" ujar Risya.

Cinta beza loghat llWhere stories live. Discover now