BAB 2

2.7K 209 6
                                    

"Dia dekat mana?" Tanya Ariana dengan nada risau.

"Dekat court tepi padang. Cepat Ariana, dia dah pukul budak tu sampai hampir separuh mati. Kau je boleh tenangkan dia sekarang." Gesa Alif. Ariana terus berlari ke arah court di sebelah padang yang dinyatakan.

Ariana lihat ramai pelajar yang sedang mengerumuni tepi court sambil berbisik. Mereka hanya berani memerhati dari jauh sahaja. Ariana menolak badan-badan yang menghalang pandangan matanya. Sesudah sampai Ariana dihadapan pergelutan yang sedang berlaku, dia terkaku. Daim!

"TANGAN NI JANGAN PERNAH SENTUH HAK AKU!" Raid memijak tangan Daim sehingga menghasilkan bunyi patah.

"MULUT NI JANGAN PERNAH CUBA BERCAKAP TENTANG CINTA DENGAN MILIK AKU!" terus Raid menyepak sehingga mulut Daim hingga mengeluarkan darah pekat.

"DAN MATA NI JANGAN PERNAH TENUNG APA YANG DAH JADI MILIK AKU LAH, DASAR BANGSAT!" Raid mengangkat Daim dan menghentak kepalanya dengan mata Daim.

Muka Daim yang penuh dengan darah dan baju Daim yang dulu putih bersih sekarang sudah dipenuhi darah.

"RAID XAVIER STOP!" terus aku peluk Raid yang mengangkat kaki ingin memijak muka Daim itu sehingga terundur beberapa tapak ke belakang.

"SELAMANYA, NUR ARIANA CARMILA MILIK AKU!" Raid meludah ke arah Daim yang terlantar lemah.

'Ya. Selamanya aku milik Raid Xavier.' Ariana memejamkan mata sambil memeluk erat Raid. Dia membalas dengan lebih erat. Kepala Raid di jatuhkan ke bahu Ariana. Sebelah tangannya naik ke bahu Ariana.

"Takkan ada sesiapa yang akan dapat kau, ingat perkataan aku, sayang. Kau hanya untuk aku. Kalau aku tak dapat kau, orang lain pun tak akan dapat kau." Bisik Raid di telinga Ariana. Raid mengengam bahu Ariana kuat tanda amaran. Ariana mengaduh. Raid melepaskan pelukannya.

Berlagak seakan tidak terjadi apa-apa. Raid mengusap pipi Ariana lembut dengan senyum ringkas. Ariana memandang Raid tepat ke retina mata. Tangannya bergetar memegang tangan Raid yang sudah terluka dan dipenuhi darah itu.

Pandangan biasa apabila Raid terlibat dalam pergaduhan. Ariana membelek-belek tangan Raid sebelum kembali ke arah Raid. Raid yang tidak lepas memandangnya itu ditantang.

"Jom, Ana letak ubat. Kita pergi bilik perubatan ye." Ariana tarik tangan Raid tetapi terus Raid lingkarkan tangan ke atas bahu Ariana. Dia jalan sambil mengarahkan Alif dan Zakif membawa Daim ke hospital. Semua pelajar sudah beransur-ansur balik ke kelas apabila Alif menghalau mereka. Ada yang membuat muka tak puas hati kerana ingin melihat keadaan Daim yang sungguh parah itu.

Sampai sahaja mereka di bilik perubatan, terus Ariana pergi ke meja kerani di situ. Meminta ubat untuk disapu dan kain untuk membalut luka. Raid yang melihat setiap gerak geri Ariana, diendahkan.

Mereka duduk di bangku panjang berhadapan dengan pintu keluar. Sambil tekun Ariana menyapu dengan berhati- hati, Ariana sempat mengerlung Raid yang hanya memerhatinya. Setelah beberapa minit berdiam diri barulah Raid bersuara.

"Dia pegang kau dekat bahu kan?" Tanya Raid. Ariana diam. Sebenarnya dia tidak suka apabila Raid berlebih-lebihan apabila cemburu. Entah kenapa dia merasa takut jika ini bukan sekadar pergaduhan tumbuk menumbuk tetapi boleh sampai ke level membunuh. Raid mesti takkan seteruk itu kan?

'Apalagi Raid tak puas hati ni, dia dah patahkan tangan Daim yang cuit aku tu.' monolog Ariana. Dia hanya teruskan menyapu ubat.

"Jawablah aku tanya ni." Paksa Raid. Ariana letakkan perlahan- lahan tangan Raid di atas ribanya.

"Ye, kenapa tanya kalau dah tahu jawapannya? Kenapa tanya Ana lagi." Ariana pandang Raid yang memandangnya tajam.

"Aku tak suka dia sentuh kau." Raid menzahirkan rasa tak sukanya.

RAID: THE PSYCHO BADBOYFRIEND✔️Where stories live. Discover now