"Betul kau nak pergi?" Tanya Raid untuk kali ke seratus. Ariana menggangguk yakin."Aku risau." Raid pegang tangan Ariana.
"Tak ada apalah Raid. Kan ada bodyguard." Ariana peluk lengan Raid.
"Bukan boleh diharap sangat." Balas Raid. Sejak kejadian tu, Raid sangat berjaga- jaga. Dia upah hampir 20 orang bodyguard menjaga persekitaran rumah Ariana. Ariana masih keliru sebab utama dia menjadi mangsa di tempoh hari.
Setelah dia sedar dari pengsan di hospital, dia cuba bertanya pada Raid tapi lelaki itu hanya diam. Dia tidak pasti kenapa abang Raid iaitu Rayyan turut ada dalam perbualan Raid itu. Sungguh, apa yang dibicarakan dia tidak faham satu pun.
"Raid, jomlah turun." Ajak Ariana. Mereka sudah sampai ke dewan tersebut. Raid mengeluh.
"Ok, jom." Raid keluar dari kereta lalu membuka pintu Ariana. Mereka berjalan masuk ke dalam dewan. Julia, tak dapat hadir. Padahal dialah yang beriya-iya. Katanya ada perkara lain yang perlu dia lakukan.
Di sekitar dewan ada bodyguard yang menjaga mereka semua secara tepatnya iaitu menjaga Ariana.
Mereka duduk di meja. Mendengar mc berpotpet dengan gaya santai. Ada beberapa permainan yang dimainkan dan Raid turut serta. Ariana hanya gelak melihat gelagat senior-seniornya itu.
"Teka movie ni." Rakan dari kelas Raid mengetuai permainan. Mereka pusing anak panah di bahagian tengah. Pap! Berhenti pada Raid.
"Ohooo Raid Xavier!" Ramai-ramai bertepuk riang. Raid buat muka pasrah.
"Nah cer dengar lagu ni. Kau tak tahu memang noob." Usik rakan sekelas Raid. Speaker di atas pentas memainkan lagu.
The snow glows white on the mountain tonight
Not a footprint to be seen
A kingdom of isolation
And it looks like I'm the queen"2 minit untuk berfikir." Setelah lagu itu berhenti. Raid buat muka clueless. Semua sudah bantai terbahak-bahak ketawa. Kali pertama lihat muka Raid berkerut-kerut berfikir sedemikian.
Raid pandang Ariana. Ariana juga turut ketawa sambil mengangkat bahu. Memang mustahil lah Raid nak tahu ni cerita apa.
"Tet masa tamat." Alif bersuara.
"Jawapannya adalah Frozen!" Alif mengangkat tepung di dalam pinggan lalu ingin ditempek ke muka Raid.
"Mana aku tahu gila! Cerita pun kartun." Raid menahan tangan Alif.
"Ahak! Ni lah masanya untuk aku balas dendam." Alif ketawa jahat. Pap! Kena juga pada muka Raid. Semua kembali ketawa terbahak-bahak. Mereka sambung main permainan.
"Raid." Raid yang sedang menghampiri Ariana panggil. Penuh tepung. Ariana gelak. Muka Raid nampak bengang.
"Sini Ariana sapu." Ariana ambil tisu di meja lalu dilap wajah Raid.
"Jap aku basuh muka." Raid pergi ke tandas. Ariana mengangguk. Dia duduk kembali menikmati makanan yang sedap-sedap itu. Permainan sudah tamat. Ada yang ke tandas. Ada juga yang duduk ke meja.
"Ladies and gentleman, you can reach your partner's hand and dance in the middle of the hall with enthusiasm, and love." Kata mc sebelum lampu dimalapkan. Ramai pasangan mula ke tengah.
Raid datang menghulurkan tangan. Kelihatan tepung di mukanya sudah tiada. Sudah bersih seperti awal tadi.
"Wanna dance with me, sayang?" Raid bertanya dengan nada romantik.
"Ana tak reti." Ariana menggeleng.
"Come on, i will teach you." Raid menarik tangan Ariana lembut. Mereka ke tengah dewan.
YOU ARE READING
RAID: THE PSYCHO BADBOYFRIEND✔️
ActieKnown as MY PSYCHO BADBOYFRIEND SHORT STORY Kami kawan sepermainan. Semakin membesar semakin berubah. Seorang lelaki yang membesar hanya untuk melindungi orang tersayang sehingga OBSES menguasai diri. Apa miliknya tetap miliknya. Kau sentuh milik d...