MENAMPILKAN!
"Satu kes kemalangan telah berlaku di jalan .... Melibatkan seorang pemandu lori dan seorang pemuda bangsawan. Kes masih dalam siasatan. Takziah diucapkan pada ahli keluarga mangsa." Terus ditutup tv yang memaparkan berita kematian salah satu musuhnya. 'Dia' ketawa dengan kuat kerana puas.
"Akhirnya jatuh juga kau Xavier."
Telefonnya berdering nyaring. Terus 'dia' melekapkan di telinga.
"Bodoh! Aku dah cakap aku yang akan matikan si Xavier tu! Aku minta masa sahaja!" Tengking si pemanggil.
"Kau cakap kau tak mampu buat bukan? Kenapa nak marah- marah adikku sayang. Dia dah mati. Abang kau ni yang buat." Kata 'dia' dengan sinis.
"Takkan kau nak tunggu kita kecundang dulu baru kau nak hapuskan dia?" 'dia' bertanya dengan nada jengkel.
"Aku dah beritahu kau, aku perlukan masa!" Si pemanggil naik berang.
"Untuk dia maju, masa takkan tunggu kau! Aku tahu kau kesiankan? Mana tekad kau yang dulu? Mana sikap tiada belas kasihan kau dulu!?" 'Dia' bertanya pada adiknya yang menahan suara menangis.
"Bodoh!" Si adik tidak mampu berkata- kata.
"Kau yang ajar aku jadi macam ni. Aku tak pernah minta untuk jadi macam sekarang. Aku tak boleh buat." Rintih si adik. Ya, memang betul 'dia' yang mengajar adiknya untuk menjadi seorang pembunuh upahan yang tangkas dan rakus. Semua itu hanya disebabkan tamak kuasa yang dia inginkan.
"Ingat Higanbana, kalau kau tak boleh buat! Aku yang akan turun padang!" Amaran si 'dia'. 'Dia' terus mencampak telefon ke lantai. 'Dia' ketawa kuat.
-------------
Beep... beep.. beep....
"TANGAN NI JANGAN PERNAH SENTUH HAK AKU!"
Beep... beep....
"MULUT NI JANGAN PERNAH CUBA BERCAKAP TENTANG CINTA DENGAN MILIK AKU!"
Beepppp... beep... beep....
" DAN MATA NI JANGAN PERNAH TENUNG APA YANG DAH JADI MILIK AKU LAH, DASAR BANGSAT!"
Beeepp... beep...
"Jom sayang, orang tua botak tu tak bagi naik kereta sendiri pergi sana."
Beepppppp..
"Kau tahu apa posisi yang best?" Tanya Raid tiba-tiba. Ariana mengeleng tanda tidak tahu.
"Mari aku tunjukkan." Raid angkat kepala Ariana ke lengannya. Dia tarik tangan Ariana tanda suruh memeluk pinggangnya. Raid terus balas pelukan Ariana. "Ha ni baru selesa." Kata Raid sambil menghidu rambut Ariana.Beep... Beep..
"Selamanya.... Ariana Carmila... milik..... Raid Xavier"
Sudah hampir sebulan, Raid Xavier masih tiada tanda- tanda untuk sedarkan diri. Terbaring kaku di katil wad dengan dada penuh wayar berselerakan.
"Sudahlah Ariana, jom kita balik." Kata Datin Arya kepada Ariana yang masih tidak henti menatap Raid.
"Tak apa, mama papa balik lah dulu. Biar Ana pula tunggu Raid dekat hospital okay." Tolak Ariana.
"Baliklah Ariana. Kejap lagi Rayyan datang jaga Raid. Dia dah sampai dekat airport dah tu." Tengku Azalina memaklumkan pada Ariana. Pasti Rayyan akan sedih melihat adiknya yang terlantar kaku ini. Kerana urusan kerja, terpaksa Rayyan tangguhkan kepulangannya untuk adiknya ini.
"Tak apa, Ana tunggu sampai abang Rayyan datang. Baru Ana balik." Ariana masih degil ingin menunggu.
"Ish susah cakap dengan anak awak ni bang." Datin Arya berkata pada Dato' Nizam.
"Kalau ada apa- apa bodyguard ada depan bilik ni. Jaga diri elok- elok Ariana." Tengku Raden berpesan pada Ariana.
Ariana mengangguk. Ariana memandang ibu bapanya keluar dari bilik.
"Raid, Ana rindu Raid. Bangunlah." Ariana pegang tangan Raid yang dicucuk dengan air itu. Matanya menitiskan air mata. Sungguh dia rindu dengan tunangnya yang suka mengarah itu.
"Tak puas tidur lagi ke Raid." Rintih Ariana. "Bangunlah. Ana rindu."
---------
Siapakah HIGANBANA?
YOU ARE READING
RAID: THE PSYCHO BADBOYFRIEND✔️
AçãoKnown as MY PSYCHO BADBOYFRIEND SHORT STORY Kami kawan sepermainan. Semakin membesar semakin berubah. Seorang lelaki yang membesar hanya untuk melindungi orang tersayang sehingga OBSES menguasai diri. Apa miliknya tetap miliknya. Kau sentuh milik d...