"Hello, Assalamualaikum. Raid, kenapa?" Sedang Ariana bersiap ingin ke sekolah telefonnya berdering. Nama Raid tertera di skrin.
"Waalaikumussalam, pergi dengan aku harini. 7.10 aku sampai." Terus Raid tutup.
'Kotlah nak cakap bye- bye ke, selamat pagi sayang ke. Hish tak sweet langsung.' jerit Ariana dalam hati. Ariana turun sarapan seperti selalu setelah siap bersiap.
"Assalammualaikum mama, papa." Sapa Ariana dengan riang.
"Waalaikumussalam babygirl papa and mama." Jawab Dato' ilham dan Datin arya dengan nada perlahan.
Ariana cium pipi papa dan mamanya terus duduk di tepi Dato' ilham. Sambil meletakkan beg sandangnya di sebelah.
"Hari ini, Ana pergi dengan Raid tau." Beritahu Ariana pada ibu bapanya. Reaksi papa Ariana hanya lihat dia mengangguk dan mama hanya buat isyarat ok.
"Macam mana Raid dekat sekolah? Dia marah Ariana?" Tanya Dato' ilham. Dato' ilham dan Datin Arya sudah sedia maklum dengan baran Raid. Mereka tidak akan ambik sebarang tindakan kalau Raid tak pukul atau menyakiti anak mereka.
"Okay ja papa, setakat ni Raid baik je dengan Ana." Kata Ariana sambil senyum ringkas. Sebenarnya dia sedang risaukan lelaki bernama Irfan itu. Memanglah Raid akan menghantarkan ke sekolah pada hari- hari tertentu. Tetapi takkan seawal ini.
'Stop overthinking Ariana' marah Ariana pada diri sendiri. Nasi goreng hanya dikuis-kuis. Tanpa sedar dirinya sudah direnung oleh kedua ibu bapanya.
"Aik Ariana sayang, kenapa termenung ni?" Tanya Datin Arya. Ariana yang baru tersedar terus sengih memandang mamanya itu.
"Tak ada apa lah mama, Ana terfikir fail untuk madam lee Ana dah bagi ke belum. Hehehe." Dalih Ariana.
"Assalamualaikum." Suara Raid memberi salam.
"Waalaikumussalam." Jawab mereka semua.
"Mari masuk Raid, sarapan dah?" Tanya papa. Raid masuk dan menyalami tangan Dato' ilham dan juga Datin Arya. Raid berdiri di tepi kerusi Ariana. Dia pandang Raid sekejap dan terus sambung makan.
"Dah uncle." Jawap Raid dengan senyum manis.
"Mari lah makan sekali lagi Raid." Ajak Datin Arya.
"Tak pa lah aunty, Raid kena awal ni. Ada hal penting nak kena buat." Kata Raid mengundang rasa ragu-ragu. Apalah yang dirancang oleh Raid harini?
"Hah Ariana cepatlah Raid nak pergi awal tu." Gesa Datin Arya. Ariana hanya mengangguk sambil menghabiskan nasi yang berbaki.
"Dah siap, alhamdulillah. Papa mama, Ana pergi dulu." Ariana menyalami Dato' ilham kemudian Datin Arya.
Ariana keluar rumah dan masuk ke dalam kereta BMW Raid. Ariana pandang tempat duduk belakang. Pelik menyapa apabila tidak terlihat kelibat 2 orang sahabat Raid itu. Tak biasanya, mereka berdua itu tidak ikut sekali. Mesti ada sahaja mencelah. Kadang- kadang sampai pelik, jika Raid dan Ariana keluar bersama boleh terserempak dengan dua ketul itu.
Fikiran Ariana terhenti seketika apabila Raid masuk ke dalam kereta. Dato' ilham dan Datin Arya melambai dari luar tingkap. Ariana balas.
--------------------
Dalam perjalanan ke sekolah,
"Raid ada apa-apa nak bagitahu Ana?" Ariana mulakan bicara. Mungkin dia nak bagitahu apa yang dia akan buat harini. Raid mengerut dahi sebelum membalas.
"Bagitahu apa sayang?" Raid memandang Ariana sekilas sebelum kembali menghadap jalan yang sibuk dengan kereta.
"Kenapa Raid pergi awal harini? Kenapa Alif dan Zakif tak ada harini?" Tanya Ariana. Bertalu-talu soalan yang diberi.
YOU ARE READING
RAID: THE PSYCHO BADBOYFRIEND✔️
AçãoKnown as MY PSYCHO BADBOYFRIEND SHORT STORY Kami kawan sepermainan. Semakin membesar semakin berubah. Seorang lelaki yang membesar hanya untuk melindungi orang tersayang sehingga OBSES menguasai diri. Apa miliknya tetap miliknya. Kau sentuh milik d...