5 TAHUN KEMUDIAN,
"Tahniah!" Para tetamu memeluk Ariana. Ariana yang segak berbaju kurung moden berwarna peach itu senyum lebar.
Hari ini, dia sudah menjadi tunang Tengku Raid Xavier. Cincin di jari manisnya di pandang sekilas. Majlis tunang yang ringkas. Didatangi beberapa orang teman terdekatnya dan ibubapanya juga Tengku Raden dan Tengku Azalina juga. Rayyan pula sudah kembali ke Itali semula. Hanya Raid tiada di sini kerana masih dalam perjalanan selepas upacara sarung cincin.
"Ari!" Julia dari jauh mendekati Ariana. Dia memeluk Ariana erat.
"Akhirnya! Korang bertunang jugak." Julia memegang kedua-dua bahu Ariana.
"Thank you datang." Ariana peluk Julia pula.
"Apa-apa pun congrats!" Julia berair mata. Ariana menepuk kuat bahu Julia.
"Kau ni menangis dah kenapa?" Ariana gelak kecil. Julia sapu air matanya.
"Happy lah untuk korang." Julia mencebik bibir.
"Dah-dah, kau pergi makan dulu." Ariana menolak Julia pergi ke bahagian makanan.
"Banyak betul makanan." Julia rambang mata melihat. Dia terus cedokkan makanan ke dalam pinggan.
"Ambilkan air." Julia sengih. Tangannya sudah penuh dengan makanan.
"Ish kau ni, kejap." Ariana pergi ke bahagian air. Gelas kaca diambil. Entah mengapa tangannya yang tidak langsung basah itu boleh terlepas pegangan.
Prang! Pecah gelas tersebut. Ariana terpaku. Julia dengan muka cemas terus mendekati Ariana.
"Ariana kau okay tak?" Julia menarik Ariana menjauhi kaca yang pecah.
"Sayang kenapa ni?" Datin Arya bertanya dengan nada risau.
"Ana tak sedap hati." Dadanya terasa sesak. Ariana berlari ke atas mengambil telefonnya. Di dail nombor Raid dan menunggu hingga di sambungkan.
"Raid angkatlah." Cemas Ariana.
"Hello? Sayang?" Suara Raid menjengah.
"Raid dekat mana? Lama lagi ke nak sampai?" Ariana bertanya sedikit lega apabila panggilannya dijawab.
"Sekejap lagi. Aku singgah bakery kegemaran kau tadi." Raid membalas. Jarak suara agak jauh.
"Cepat tau. Ana risau." Kata Ariana. Pintu yang diketuk dibiarkan.
"Kenapa ni herm?" Suara Raid dekat.
"Entah, Ana rasa tak sedap hati. Cepat okay?" Ariana bergenang air mata.
"Okay. Jangan risau sayang. Sikit...." Balas Raid sebelum satu lori mendekatinya dengan terhuyung-hayang dari arah berlawanan.
Pon! Pon! Lori tersebut memberi bunyi hon pada Raid. Raid cuba elak. Lori itu melanggar tepi keretanya.
"Raid!" Ariana memanggil.
Bang! Bang! Bunyi tembakan serta kenderaan bergolek.
"Raid!!!!!!" Jerit Ariana cemas. Biliknya diterjah masuk oleh ibu bapanya.
"Ma! Pa! Raid! Dia.... Dia..." Suara Ariana teresak-esak. Tengku Raden dan Tengku Azalina turut masuk.
"Ariana kenapa ni?" Tengku Azalina dengan tanda tanya.
"Raid excident." Tangan masih menekup telefon ke telinga. Masih kedengaran kereta berasap dan panggilan orang ramai.
"Ari...a...na....." Kedengaran sayup suara Raid yang tersekat-sekat sebelum panggilan terputus.
BERSAMBUNG......?
YOU ARE READING
RAID: THE PSYCHO BADBOYFRIEND✔️
ActionKnown as MY PSYCHO BADBOYFRIEND SHORT STORY Kami kawan sepermainan. Semakin membesar semakin berubah. Seorang lelaki yang membesar hanya untuk melindungi orang tersayang sehingga OBSES menguasai diri. Apa miliknya tetap miliknya. Kau sentuh milik d...