BAB 9

741 28 0
                                    


"So, kita nak date dekat mana?" Ariana bertanya riang sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.

"Kau nak pergi mana?" Tanya Raid. Ariana yang memandangnya sambil berfikir itu direnung. Tali pinggang keledar ditarik untuk Ariana.

"Herm shopping mall? Makan-makan dekat our fav restaurant??" Ariana memberi cadangan.

"Kinda boring." Balas Raid.

"Then?" Ariana mengangkat kening. Raid mengangkat bahu.

"Wayang! Jom, jom!" Ariana berkata penuh semangat.

"Boleh." Raid mengangguk.

"Tapi sebelum tu, aku kena ambil Rayyan." Raid masuk lorong menuju ke lapangan terbang.

"Wah abang Ray balik sini. Dah sampai ke?" Ariana dengan nada girang. Raid buat wajah ketat.

"Herm." Ariana senyum senget melihat Raid sudah mula cemburu itu.

"Abang Ray mesti putih melepak, hensem lepastu sweet. Bahasa Itali kan romantik gituw. Kan Raid?" Usik Ariana. Ariana memegang tangan Raid. Bermain-main dengan jari kasar Raid.

"Kalau abang Ray kahwin mesti anak dia comel-comel kan." Raid menarik tangannya dari tangan Ariana.

"Cute je jealous." Gumam Ariana perlahan. Tangannya mencubit pipi Raid. Raid mengelak.

"Yang ni comel, kadang-kadang garang macam singa. Kuat cemburu. Suka mengarah. Kadang je pandai sweet-sweet." Ariana mencucuk-cucuk lengan Raid.

"Raid." Panggil Ariana. Menyesal pulak mengusik tadi. Kan Raid dah diam.

"Tak nak layan sudah." Ariana bermain dengan tingkap. Buka tutup, buka tutup. Bosan. Dia main pula radio. Bosan lagi. Dia main kerusi. Diangkat turun. Kedepan ke belakang. Bosan lagi. Dia ingin membuka dashboard.

Pap! Tangannya dihalang dari membukanya. Tangan kiri Raid memegang tangan Ariana itu.

"Kenapa?" Tanya Ariana.

"Duduk diam-diam." Arah Raid. Ariana memuncung.

"Lamanya." Ariana bersandar lalu bermain dengan telefonnya. Beberapa minit kemudian barulah mereka tiba di airport. Masuk sahaja ke perkarangan lapangan terbang itu sudah terlihat satu susuk tubuh lelaki dengan t-shirt kelabu bersama cermin mata hitam. Raid berhenti betul-betul di hadapan lelaki itu.

"Kau memang kejam." Ayat pertama yang keluar dari mulut lelaki bernama Rayyan itu. Raid senyum senget.

"Siapa yang suruh aku ambilkan? Daddy kan? Kau pergi marah dia." Raid bersuara. Beg yang sedang dimasukkan oleh pembantu di situ dipandang sekilas.

Wajah Rayyan yang sudah kemerahan akibat suhu yang agak tinggi itu. Nasib dia hanya pakai t-shirt. Bukan apa dia sudah menunggu hampir 1 jam. Mahu tak panas.

"Kau memang adik yang kejam. Aircond!!" Rayyan bersandar. Surat khabar di tangan dikibas-kibas ke muka.

"Baru tinggal Itali 5 tahun dah macam jadi warga sana. Dasar kacang lupakan kulit." Raid menyumpah Rayyan.

"Kau apa tahu. Cuba kau duduk sana tengok." Marah Rayyan.

"Macam Ari boleh tahan dengan perangai jebon ni? Kalau abang jadi Ari, baik rejam dia sampai mampus." Rayyan bertanya pada Ariana sekaligus memaki Raid.

"Sebab perangai kau pun macam syaiton. Tu kau rasa aku ni jebon. Dengan Ariana, aku bidadara." Raid senyum menyenget. Rayyan menyumpah geli.

Mereka berhenti ke destinasi seterusnya. Raid hanya menyerahkan kunci pada Rayyan untuk abangnya pandu sendiri. Hantar sampai rumah? Memang tidak.

RAID: THE PSYCHO BADBOYFRIEND✔️Where stories live. Discover now